Pereka fesyen terkenal Anas Abdullah dan Butang Emas, baru-baru ini memperkenalkan satu kerjasama unik yang mencipta sejarah dalam industri fesyen tempatan. Kerjasama ini melibatkan pelancaran 100 koleksi eksklusif kaftan mewah yang dipersembahkan dengan keanggunan dan kecanggihan tinggi, menggabungkan sentuhan reka bentuk moden dan pengaruh budaya Malaysia.

Kerjasama ini adalah hasil daripada gabungan kepakaran dan visi daripada pengurusan Qyriz, peneraju industri pembuatan dalam menghasilkan koleksi yang bukan sahaja unik tetapi juga mampu membawa kebanggaan kepada negara melalui seni dan kualiti buatan tempatan yang diangkat ke tahap antarabangsa.

Koleksi kaftan ini terdiri daripada 100 rekaan eksklusif yang menggunakan material berkualiti tinggi seperti silk untuk hijab dan diamond silk organza. Kain diamond silk organza terkenal dengan teksturnya yang elegan dan cantik, memberikan kilauan halus pada kain yang reflektif. Dikenali kerana drape yang elegan dan penampilan ringan, fabrik ini dipilih untuk memastikan keselesaan optimum serta sentuhan elegan pada setiap rekaan kaftan.

Aleeza Kasim Terima Pengiktirafan MBOR, Anas Abdullah Pula Cipta Sejarah Dengan Pelancaran 100 Koleksi Kaftan Mewah

Ads

Aleeza Kasim Terima Pengiktirafan MBOR, Anas Abdullah Pula Cipta Sejarah Dengan Pelancaran 100 Koleksi Kaftan Mewah

Inspirasi utama koleksi ini diambil daripada elemen-elemen tropika Malaysia seperti durian, manggis, rama-rama, serta motif budaya tempatan. Durian dan manggis melambangkan “circle of life”, sementara rama-rama dengan warna-warni sayapnya memberikan inspirasi kepada gabungan warna mewah seperti emas, biru firus, dan hijau zamrud dalam rekaan ini. Koleksi ini juga diserikan dengan motif batik moden, menyatukan kesederhanaan dan sofistikasi untuk wanita moden.

Harga koleksi kaftan ini bermula dari RM399 hingga RM999, bergantung kepada reka bentuk dan hiasan. Koleksi ini akan dilancarkan secara eksklusif dalam acara “The Iconic Transformation” dan selepas itu, ia boleh didapati melalui laman web rasmi serta pop-up stores di beberapa lokasi utama terpilih.

Ads

Melalui kerjasama ini, Butang Emas dan Anas Abdullah berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records dengan memperkenalkan “100 Koleksi Kaftan Mewah yang Dilancarkan oleh Jenama Tempatan.” Menurut Anas Abdullah, proses untuk mencapai matlamat ini mencabar kerana ia melibatkan pemilihan material terbaik serta koordinasi antara pelbagai pihak. Namun, dengan komitmen yang tinggi dan sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat, pihak penganjur yakin untuk mencatat sejarah penting dalam industri fesyen Malaysia.

Aleeza Kasim Terima Pengiktirafan MBOR, Anas Abdullah Pula Cipta Sejarah Dengan Pelancaran 100 Koleksi Kaftan Mewah

Ads

Supermodel ikonik Aleeza Kasim, yang terkenal dengan pengalamannya di dalam dan luar negara, dipilih sebagai wajah utama untuk kempen koleksi ini. Sebagai seorang ikon dalam dunia fesyen, Aleeza Kasim membawa aura eksklusif dan menjadi sumber inspirasi kepada wanita yang menghargai keanggunan dan kecantikan dalam setiap reka bentuk. Beliau juga turut tersenarai dalam Malaysia’s Book Of Records untuk Model Malaysia Pertama Yang Menyarung 100 Pakaian Dalam Masa 2 Hari.

Aleeza Kasim Terima Pengiktirafan MBOR, Anas Abdullah Pula Cipta Sejarah Dengan Pelancaran 100 Koleksi Kaftan Mewah Aleeza Kasim Terima Pengiktirafan MBOR, Anas Abdullah Pula Cipta Sejarah Dengan Pelancaran 100 Koleksi Kaftan Mewah

Dato’ Anas Abdullah berharap kerjasama ini akan bukan sahaja meningkatkan pengiktirafan jenama Butang Emas dan Anas Abdullah, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat fesyen serantau. Selain itu, mereka berhasrat untuk membawa koleksi kaftan ini ke peringkat antarabangsa, dengan perancangan jangka pendek untuk membawa koleksi ini ke Brunei atas permintaan pasaran di sana.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI