23 Februari 2012 menjadi detik bahagia buat pasangan romantis Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim apabila mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Melangkah usia perkahwinan yang kesepuluh semalam, tiada ungkapan lain yang mampu diucapkan mereka selain bersyukur atas kurniaan rezeki daripada Allah SWT.
Ads
Sah bergelar isteri ketika berusia 26 tahun, selebriti jelita berkenaan kian bahagia dan matang melayari kehidupan di samping keluarga tersayang. Apatah lagi, Datin Lisa kini merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata comel!
Berkongsi rasa gembira dan syukur sempena ulang tahun perkahwinan ke-10, ini titipan romantis Datin Lisa kepada suami tercinta.
“Dearest Yushby, we hit a milestone together today. Alhamdulillah, 10 lovely years. Who would have thought here is where we would be today after our eyes were locked on one another at that Raya event.”
Mendedahkan detik perkenalan mereka, Datin Lisa turut memberitahu dia meminati ahli kumpulan KRU tersebut dalam diam. “It was so brief, in my mind then I thought “Get real Lisa. He’s not interested.” U later told me , you thought “I would never get a chance with her.”
But by His Will and Grace, I have had the chance to spend my days with someone I had the hots for and love the one who became my best friend. He also blessed us with 3 beautiful children. Though our lives were with its ups and its trials, am truly grateful to Him and I count my Blessings how we made it through together.
May our love be blessed with His Barakah and may He allow for us to grow old together and be reunited again in the Gardens of Paradise. Kurniakanlah Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah buat kami Ya Allah. I love you Baby. Selamat Hari Kita.”
Sementara itu, Datuk Yusry di media sosial miliknya turut meluahkan kesyukuran. “10 tahun dah kita hidup bersama. And throughout it, there isn’t a single minute that I don’t feel like the luckiest guy in the world. Thanks for the wonderful and meaningful times spent together. Thanks for always being there for me and our children.
Ads
You are such a wonderful person to be spending my life with; you are a fabulous and loving mother to our 3 beautiful kids.
Really don’t know how else to express my feelings as I am so deep in gratitude. Thank you dear. I love you and am madly in love with you. Selamat Hari Kita 10 sayang.”
Kalau sudah jodoh, memang takkan ke mana. Begitu indah perancangan yang diatur olehNya kepada pasangan selebriti ini.
Ads
Sebaik melahirkan anak ketiga pada 15 Jun tahun lalu, beberapa bulan selepas itu Datuk Yusry dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.
Hasil perkongsian hidup, Datuk Yusry dan Datin Lisa Surihani dikurniakan Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Kredit foto: Instagram Lisa Surihani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesal dengan insiden yang menimpa perniagaan dan kehidupan Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor yang juga Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd dan kakak kepada selebriti popular berkenaan tampil memberi kenyataan hari ini. Memohon maaf kepada semua penyokong kuat Naelofar Hijab dan individu yang terkesan dengan situasi tersebut pada Isnin lalu, Nabila menerusi kenyataannya tidak menyangka ia menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
“Sepanjang majlis pada malam itu, kami telah mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol-botol minuman keras, gelas serta perkakas diasingkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat tersebut sebelum berlangsungnya majlis.
Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup dan merokok adalah dilarang sama sekali. Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkakas termasuklah sudu, garfu dan gelas yang digunakan para tetamu juga disediakan oleh katerer terlibat.”
Bagi menjernihkan keadaan, Nabila turut menyatakan lokasi majlis itu dipilih kerana kemudahan yang ada selain kekosongan ruang sewa pada setiap hari Ahad dan Isnin memandangkan ia tidak dibuka untuk kunjungan umum.
“Sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED serta sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan untuk menjayakan majlis ini dan semuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan oleh pihak ruang acara.
Kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua. Kami mengambil serius dan mendengar semua komen serta akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelak insiden sama berulang.
Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan. Kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan,” kongsi Nabila penuh ikhlas.
Moga dengan kenyataan Nabila ini semua pihak dapat mengambil iktibar. Bak kata pepatah, ‘Buang yang keruh, ambil yang jernih.’
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini, negara digemparkan dengan satu lagi berita jangkitan Covid-19. Selepas 80 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disahkan dijangkiti virus itu dan mencatatkan kes kematian kumulatif Covid-19 iaitu 21 kes, terbaru perkhabaran yang diterima daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsudin mengesahkan terdapat tujuh petugas Istana Negara positif Covid-19.
Tambah Datuk Ahmad Fadil Shamsudin lagi, kesemua tujuh petugas Istana Negara berkenaan dilaporkan stabil dan sedang menjalani rawatan di hospital.
Menurut laporan yang disiarkan Agensi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pula memaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menjalani saringan kesihatan dan disahkan negatif.
Seri Paduka berdua kini menjalani kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam.
Sementara itu, memetik titah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di IG Air Tangan Tunku Azizah, “Saya memohon kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama, doakanlah saya sekeluarga selamat. Kami self quarantine dalam bilik masing-masing dan tidak bertemu sama sendiri.”
Dalam pada itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu proses nyahcemar kuman kini akan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di premis-premis awam dan kawasan berisiko tinggi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekalung tahniah diucapkan kepada penyanyi bersuara lunak, Nora Ariffin yang merupakan salah seorang penerima pingat dan darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021. Pengurniaan Pingat Panglima Mahkota Wilayah (PWM) yang diberikan kepada Nora membawa gelaran Datuk!
Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin meluahkan rasa syukur dan terharu atas pengurniaan tersebut di media sosial miliknya.
“Assalamualaikum warahmatullah, bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT. Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan kurniaan ini.
Terima kasih juga kepada Kementerian Wilayah Persekutuan di atas pengiktirafan yang diberi.Sejujurnya saya amat bersyukur pada Allah SWT, terharu, teruja dan gembira di atas penganugerahan ini.Ia adalah anugerah dan hadiah yang amat bermakna untuk saya dan juga arwah suami tercinta Johan Nawawi.”
Ujarnya lagi, “Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih kepada anak-anak tercinta, keluarga, saudara mara, sahabat sahabat, peminat peminat & semua pihak media yang telah memberi ucapan, sokongan dan doa kepada saya.
Ini adalah satu amanah, tanggungjawab dan peniup semangat untuk saya terus aktif bergiat dalam bidang seni budaya.Semoga kita semua diberkati Allah SWT.In Shaa Allah.”
Nora bersama dua lagi penggiat seni iaitu pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim dan penulis lirik dan skrip ternama tanah air iaitu Habsah Hassan turut menerima pingat sama yang membawa gelaran Datuk. Mereka antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan.
Jelas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pengurniaan tersebut adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya dalam bidang masing-masing. Bagaimana pun, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan tahun ini masih belum diputuskan memandangkan situasi pandemik Covid-19.
Kehidupan wanita berjiwa cekal ini tidak terlepas dengan pelbagai dugaan. Pada 24 Mac 2017 Nora telah kehilangan suami tersayang Johan Nawawi yang juga komposer terkenal akibat serangan jantung. Kira-kira dua tahun kemudian, beliau sekali lagi diuji apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan meninggal dunia disebabkan faktor genetik pada 15 Disember 2019.
Nora kini bergelar nenek kepada cucu sulungnya, Ayden Johan yang kini berusia lima bulan. Selain menyanyi, Nora turut dilantik sebagai duta produk kecantikan Prettian. Moga Datuk Nora terus kuat mendepani hari-hari mendatang dan menjadi sumber kekuatan buat ramai wanita.
Kredit foto: Instagram Nora Ariffin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...