Rezeki tak pernah salah alamat. Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, rezeki Fazeera dan Fizo Omar kian melimpah ruah. Kalau dulu lepas bersalin anak kedua iaitu Wan Umaira, pasangan selebriti ini dilantik sebagai duta Mamz. Tahun ini, Fazeera dan Fizo berjaya keluarkan produk makanan, Mi Kari Pop! Wah, murah rezeki.
Difahamkan produk sulung Fazeera dan Fizo ini mula dijual pada pertengahan Mac lepas. Bagaimana pun buat masa ini, ia hanya di pasaran secara dalam talian di TikTok.
Fazeera yang merupakan bekas pramugari berasal dari Sarawak ini meluahkan rasa teruja dapat mengusahakan produk berkenaan di samping suami tercinta.
“Alhamdulillah sumber rezeki baru kami. Doakan kami baru baru nak niaga ni. Amin ya Rabbal rezeki Ramadan.”
Dalam salah satu posting yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Fazeera dan Fizo serta beberapa staf bertungkus-lumus menyiapkan bungkusan tempahan dari pelanggan. Malah dikelilingi dengan berkotak-kotak Mi Kari Pop.
Tumpang gembira melihat sambutan yang diterima daripada peminat dan pelanggan terhadap produk sulung pasangan suami isteri ini.
View this post on Instagram
Tambah Fazeera, “Alhamdulillah. I am so humbled to say that this is our first product together Fizo Omar. I highly appreciate support daripada semua, peminat, family, kawan-kawan, saudara.
Both of us baru-baru nak bermanja dengan bisnes kecil-kecilan tapi your support is a big thing to us. Thank you so much.
InshaAllah kita mula dari bawah dulu, trust the process inshaAllah urusan rezeki dan ibadah kita akan dipermudahkan selalu.”
View this post on Instagram
Fazeera dan Fizo sah bergelar suami isteri 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fizo Omar, dia turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam.