Usaha kuat dan kekal positif merupakan elemen penting yang perlu ada di dalam diri setiap usahawan, apatah lagi dalam mengharungi pandemik COVID-19.
Dua tahun berhadapan dengan pandemik COVID-19, turut memberi kesan kepada Alhumaira dalam meneruskan empayar perniagaannya.
“Ini merupakan butik pertama Alhumaira di dalam pusat beli-belah dan juga batu loncatan buat Alhumaira untuk terus berkembang lebih maju.
“Keputusan saya untuk membuka cawangan butik di dalam pusat membeli– belah setelah kita menghadapi zaman pandemik COVID-19, ternyata bukanlah sesuatu yang mudah.
“Pemilihan lokasi di dalam pusat beli- belah ini tentunya memberi kemudahan kepada penggemar Alhumaira, juga
untuk menarik minat orang baru untuk memilih jenama kami dan fesyen Muslimah yang kontemporari,” katanya.Mengutamakan keselesaan pengunjung, butik Alhumaira ini menitikberatkan ketelitian dari sudut dekorasi, gaya dan warna.
Bersempena dengan pembukaan butik ini juga, Alhumaira mengambil kesempatan melancarkan koleksi khas Raya mereka, yang diberi nama #SempurnaRaya2022 sebagai persediaan awal menyambut bulan Syawal.
Alhumaira turut mensasarkan Shah Alam atau Setia Alam untuk pembukaan butik seterusnya bagi memenuhi permintaan para penyokong di kawasan itu.
This website uses cookies.