“Allah Ikat Kita Dengan Suami Kerana Dari Suamilah Kita Diberi Pahala Kesabaran” USTAZAH ASMA’ HARUN

Wanita jangan merungut apabila terpaksa buat kerja rumah 24 jam kerana menurut Ustazah Asma Harun, rumah adalah gudang pahala untuk wanita.

Melalui perkongsian ceramah dari Ustazah Asma’ Harun, keistimewaan wanita sungguh hebat sekali. Tetapi ada syarat-syaratnya.

Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”


(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Diringkaskan oleh Ustazah Asma’, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:

  1. Menjaga solat
  2. Menjaga puasa di bulan Ramadan
  3. Menjaga maruah diri
  4. Mentaati suami

Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.

“Diri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kita boleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.”

ujarnya.

Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:

“Apabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.”

TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.’

“Kalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.” katanya lagi.

Kredit Foto: Instagram Ustazah Asma’ Harun

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad