“Allah Kelilingi Saya Dengan Orang-Orang Baik” Mizz Nina Kongsi Bahagia, Teruja Bertemu Yasmin Mogahed

Setiap manusia yang hadir dalam hidup ini bersebab. Tiada yang sia-sia atau tanpa makna. Allah datangkan mereka sama ada untuk menguji kita, mengubah kita atau memberi peringatan kepada kita. Inilah yang disyukuri oleh selebriti Mizz Nina dalam pertemuan terbaharunya dengan pendakwah bebas serta pakar motivasi Muslimah dari Amerika Syarikat, Ustazah Yasmin Mogahed.

Figura hebat yang juga penulis buku Healing the Emptiness itu tiba ke Malaysia untuk sesi ceramah eksklusif di Kuala Lumpur.

Ustazah Yasmin mengangkat topik mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental dan rohaniah dengan Tuhan, disamping kaedah menyembuhkan diri daripada kedukaan dan ketakutan.

Menurut Mizz Nina, 42 tahun, beliau terinspirasi dengan penyampaian dakwah Ustazah Yasmin dalam mendidik umat Islam di seluruh dunia.

Peluang bertemu Ustazah Yasmin dalam siri ceramah tiga hari itu banyak membantu Mizz Nina serta peserta ceramah memahami apakah maksud ujian dan bagaimana menghadapinya dengan penuh kesabaran.

 

 

“Alhamdulillah Allah telah kelilingi saya dengan orang-orang yang baik, mereka yang saya sanjungi untuk membimbing dan memberi ilham.

Yasmin, anda telah membantu berjuta-juta orang, melalui ceramah dan buku anda. Saya adalah salah seorang daripada mereka dan saya berdoa agar Allah sentiasa memelihara anda dan keluarga anda, memberkati anda dengan lebih barakah dan mendekatkan lagi anda dengan-Nya.” Mizz Nina

Tulisnya lagi, beliau amat terpesona dan teruja bertemu guru agama itu sehingga terlupa meminta autograf untuk buku tulisannya.

“Saya sangat teruja dengan perbualan kami sehingga terlupa untuk meminta tandatangan anda. Tak mengapa, mungkin di perjumpaan akan datang.” Mizz Nina

Alhamdulilah for the blessing of being able to meet up & spend some time with one of my beloved teachers Ustazah Yasmin Mogahed this morning.

Alhamdulilah Allah has surrounded me with good people, those whom I look up to for guidance & inspiration. Yasmin Mogahed, you have helped millions of people, through your talks and books, me being one of them and I pray that Allah always preserves you and your family, bless you with more barakah and increase you with your closness to Him Aameen3. I was so caught up with our conversation I forgot to ask you for your signature, next round in shaa Allah.

Looking forward to your conferences and a weekend of growth and healing. Hope to see everyone there! BarakAllahu feeki…

 

Dalam perkembangan terkini, Mizz Nina kelihatan tenang melalui detik sukar apabila berpisah dengan bekas suami, Noh Hujan selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka berdua mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.

“Untuk terus berada di landasan Allah, saya cuba mencari bahan untuk menyumbang kepada agama. Dalam bidang seni suara pula, penyampaian itu adalah daripada perkara yang baik-baik kerana saya mahu berkongsi bersama peminat terutamanya apa yang sedang berlaku dalam hidup saya kini.”

 

MUSA

Sendiri tapi bahagia. Tumpang gembira melihat diri Mizz Nina yang kekal istiqamah dan selalu bergambar dengan anak kesayangannya, Musa. Teringin nak tengok wajah si comel, agak-agaknya bila Mizz Nina nak kongsi wajah permata hatinya tu?

 

 

 

 

 

Kini Mizz Nina terus mengaktifkan diri dalam bidang dakwah selain menulis buku dan membangunkan sebuah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim iaitu Qalby App.

Share
Published by
Norzalina