Masih terngiang-ngiang suara lembutnya ibarat seorang ayah, dalam menyampaikan bait-bait dakwahnya. Itulah yang dapat digambarkan tentang Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Ads
Aturan ayat yang keluar dari mulutnya sarat dengan rasa kasih dan sayang dan tidak pernah jemu mengajak umat Islam melakukan amar makruf dan nahi mungkar.
Pemergian beliau begitu istimewa dan sangat dicemburui oleh setiap umat Islam. Menurut anak lelakinya, Mohamad Yusri Abu Hassan, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz disahkan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi selepas rebah dan tidak sedarkan diri kerana terjatuh setelah menunaikan solat subuh di usia 73 tahun.
Pemergiaannya diatur begitu cantik oleh Allah SWT sehingga dirasai oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Gombak.
Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dilahirkan di Arau, Perlis pada 13 Januari 1946 dan meninggalkan seorang balu, Datin Seri Rosbi Shahbudin.
Pernah berkhidmat sebagai Pengetua, Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dahulunya dikenali sebagai Institut Pengajian Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat.
Ads
Allahyarham yang merupakan adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din ini, mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dan dianugerahkan Sarjana Muda (Usuluddin).
Pada tahun 1977, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah memulakan tugas sebagai Imam di Masjid Negara dan meninggalkan tugas di Masjid Negara pada tahun 1983 sebagai Imam Besar Masjid Negara sebelum memulakan tugas sebagai Pegawai Agama, Istana Negara.
Ads
Menariknya, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz pernah berkhidmat sebagai Penasihat Agama kepada tujuh Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum bersara pada tahun 2007.
Tanggungjawab dan dedikasi beliau terhadap agama dipandang tinggi dan pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada tahun 2010.
Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz mempunyai lima orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan iaitu; Mohamad Yusri, Shahirah, Mohamad Fauzan, Munirah, Mohamad Helmi, Iskandar Ismail dan Mohamad Fikri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak mengenali Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon wanita kelahiran Ipoh Perak yang kini giat mencipta nama di persada Hollywood. Bakat dan aura pelakon ini memang tidak dapat dinafikan lagi, malahan semua filem yang dilakonkannya mencapai kutipan yang amat memberangsangkan.
Bermula dengan filem Crouching Tiger, Hidden Dragon, Tomorrow Never Dies, The Mechanic, Crazy Rich Asians dan terbaru, Minions: The Rise Of Guru, Michelle Yeoh kini menjadi antara personaliti Asian paling profilik dan dominan di Hollywood.
Walaupun sudah hampir berusia 60 tahun, Michelle Yeoh dikenali sebagai seorang pelakon yang berani, sering kali melakukan sendiri aksi stunt sendiri tanpa bantuan pelakon lagak aksi.
Dan kini, nama Michelle Yeoh hangat diperkatakan apabila namanya disebut-sebut bakal mengungguli dan dicalonkan untuk anugerah Acedemy (Oscar) tahun hadapan. Walaupun senarai pencalonan masih belum dimuktamadkan, namun pada ketika ini pengkritik filem sudah mula meramalkan 5 nominasi untuk setiap kategori termasuk untuk kategori Pelakon Utama Wanita.
Ini dikuatkan lagi seepas kemenangan Michelle Yeoh pada Anugerah Golden Globe baru-baru ini dimana Michelle memenangi anugerah pelakon wanita terbaik untuk kategori filem komedi/muzikal.
Menurut Gold Derby, laman web tersebut meramalkan Michelle Yeoh akan tercalon untuk kategori utama menerusi filem Everything Everywhere All At Once. Filem tersebut turut meraih rating sebanyak 97% di laman web Rotten Tomatoes, dan mendapat ulasan positif dari kebanyakan pengkritik filem di Hollywood.
Selain itu, Awards Daily juga menyebut Michelle Yeoh kini menyasarkan pencolanan pertamanya untuk anugerah Acedemy di mana beliau dikatakan bakal bersaing dengan nama-nama hebat seperti Margot Robbie, Cate Blanchett dan Olivia Colman.
Jadi mungkinkah Michelle Yeoh menjadi pelakon wanita pertama kelahiran Malaysia yang tercalon untuk kategori utama anugerah Akademi?
Everything Everywhere All at Once merupakan film komedi multiverse mengisahkan Michelle Yeoh sebagai pemilik sebuah kedai dobi yang sedang diaudit Perkhidmatan Pendapatan Dalaman yang mendapati bayangan dirinya wujud dalam alam-alam selari yang perlu dihubungi agar dapat menumpaskan suatu unsur jahat yang mahu memusnahkan alam.
Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Academy di mana anugerah Oscar 2023 dijangka akan diadakan pada 12 Mac 2023. Dan NONA berharap Datuk Michelle Yeoh dapat menembus senarai pencalonan itu nanti dan seterusnya menjulang nama Malaysia di persada perfileman antarabangsa.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya Datuk Fauziah Nawi dikurniakan seorang menantu yang bukan saja berbakat tetapi juga memiliki jiwa murni. Begitu juga Farah Ahmad yang cukup disayangi ibu mentua yang juga seorang seniwati disegani tanah air dan pengarah tersohor.
Keakraban mereka berdua yang dilihat acap kali bersama ke majlis-majlis rasmi dan hiburan pastinya mengundang rasa ‘cemburu’ khalayak. Sekaligus terserlah rasa kasih yang mendalam di antara ibu mentua dan menantu ini.
Apatah lagi, anak lelaki Datuk Fauziah Nawi yang juga suami Farah iaitu Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif sudah pun menghadap ilahi kira-kira lima tahun lalu.
Terbaharu bersempena ulang tahun kelahiran ibu mentua tersayang yang ke-71 pada 26 Jun lepas, Farah atau nama sebenarnya Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin meluangkan masa meraikan hari bahagia tersebut di samping rakan-rakan artis dan kenalan rapat ibu mentua.
Paling mengharukan apabila melihat Farah bergurau senda dengan Datuk Fauziah Nawi dengan memakaikan ibu mentua kesayangan mahkota. Tak ubah seperti seorang puteri!
“Alhamdulillah birthday girl 71 tahun. Mama, semoga segalanya dirahmati dan diberkati Allah SWT. Aamiin.
Terima kasih Kak Anne Abdullah dan kakak GTAS yang aktif ni menggembirakan hari mama dan selalu support dan ambil tahu pasal mama. Terima kasih Kafe Fushion 21 Subang atas hidangan yang sangat sedap dan harga yang sangat berpatutan.”
Turut meraikan Datuk Fauziah Nawi dalam sambutan hari lahir itu ialah dua cucu tersayang.
Selain aktif dengan karier seni dan lakonan, seniwati ini dan menantu rancak mengadakan Bengkel Lakonan Fauziah Nawi kepada pelapis anak seni tanah air.
Figura berbakat besar ini pernah tersenarai sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman dan pernah bertugas sebagai juruhebah radio.
4 Julai tahun lalu, Datuk Fauziah Nawi dikurnia Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Anak lelaki Datuk Fauziah Nawi iaitu Allahyarham Pitt Hanif ditemukan meninggal dunia pada 26 Oktober 2019 selepas bot yang dinaiki untuk pergi memancing terbalik di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang.
Hasil perkongsian hidup Farah Ahmad bersama Allahyarham Pitt Hanif, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Dhia Farhana, Mhia Farhana dan Thia Farhana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang terinspirasi dengan gaya hidup bilionair termuda dunia kelahiran Norway, Alexandra Andresen ini. Menjangkau usia 27 tahun pada 23 Julai ini, anak bongsu daripada dua beradik ini seorang yang cukup sederhana. Kalau tengok kehidupan Alexandra dan tidak tahu status dirinya, pasti ramai yang anggap dia seperti orang kebanyakan.
Hakikatnya, Alexandra Gamlemshaug Andersen merupakan pewaris empayar syarikat pelaburan Ferd iaitu salah sebuah syarikat swasta terbesar di Norway yang menyediakan dana lindung nilai dan pelabur aktif di bursa saham negara-negara Nordik.
Nama Alexandra mula menarik tumpuan dunia apabila dia merangkul gelaran bilionair termuda dunia ketika berusia 19 tahun pada 2016. Malah, Alexandra mengungguli kedudukan bilionair termuda dalam senarai Forbes selama tiga tahun berturut-turut.
Alexandra mempunyai seorang kakak iaitu Katharina yang berbeza umur setahun dan mereka mewarisi 42 peratus saham di Ferd. Forbes melaporkan tahun ini kekayaan yang dimiliki Alexandra mencecah sehingga 1.5 bilion Dolar Amerika atau bersamaan RM6.93 bilion.
Meskipun mempunyai wang yang banyak untuk membeli barangan fesyen, aksesori perhiasan diri dan kereta mewah, Alexandra memilih untuk hidup secara sederhana. Meninjau media sosial wanita ini, tidak kelihatan beg tangan atau pakaian label mewah yang digayakan.
Sebaliknya dia lebih gemar berkongsi aktiviti riadah dan meluangkan masa bersama insan tersayang.
Sebelum ini, Alexandra merupakan atlet ekuestrian dan pernah menjuarai Junior Norway sebanyak tiga kali dalam acara dressage.
Pasangan Johan Andersen Jr dan Kristin ini ternyata bijak membentuk peribadi kedua-dua anak mereka. Kongsi kakak Alexandra dalam satu temu bual, ibu bapa mereka mendidik anak-anak agar tidak terlalu menonjolkan kemewahan dan boros terutama dalam soal pembelian kenderaan.
“Ayah mempunyai peraturan di mana kami boleh membeli kereta yang diidamkan tetapi ia mestilah yang terpakai.”
Sementara itu, Alexandra yang ditemu bual pada tahun 2014 pula memberitahu, “Saya sebenarnya berjimat sepanjang masa dan menyimpan wang yang saya peroleh sama ada elaun mingguan daripada ibu bapa, wang tunai kemenangan pertandingan ekuestrian atau wang hadiah pada hari lahir.”
Kebanyakan orang berjaya dan berilmu memang tak gemar tunjuk kemewahan diri. Bahkan mereka lebih suka hidup sederhana dan menikmati hidup dengan santai.
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...