Berbeza dari gadis-gadis lain, Aina Irdina Azni jelas cukup fokus dalam merencanakan masa depannya. Pada usia 24 tahun, dia bukan saja mempunyai kerjaya mantap di sektor kerajaan, malah atlet bola jaring ini juga menceburi bidang seni seperti modelling, pengacaraan dan lakonan.
Di bawah monitoring 1O1stylegarage, wajah Aina kini semakin laris dan menjadi buruan penggiat seni. Terkini, Aina yang menjadikan Scha Alyahya sebagai idola itu baru saja tampil dalam video muzik Fanzi Ruji berjudul Hati Nan Rapuh.
Nona: Bagaimana bermulanya langkah pertama Aina dalam dunia modelling?
Aina:Bakat dan potensi saya dikesan oleh 1O1Talent, dimana Principal Manager saya sekarang adalah IDr Mohd Nizar. 1O1 believe that i can do well in modelling, acting and hosting.
Nona: Sebagai seseorang yang sudah mempunyai kerjaya tetap, bagaimana anda membahagikan masa untuk kerja, keluarga dan diri sendiri?
Aina: Sebenarnya memang saya bekerja mengikut waktu pejabat dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, setiap Isnin sampai Jumaat. Tak dinafikan perlu komitmen yang sangat tinggi kalau nak seimbangkan masa antara famili dan diri sendiri. Jadi biasanya saya sediakan jadual yang ringkas dan senaraikan tugas yang perlu dibuat agar pengurusan masa itu lebih kemas. Cara itu juga, saya takkan terlepas momen-momen indah dalam hidup ni.
Ads
Nona: Pencapaian anda dalam sukan bola jaring dan cita-cita dalam sukan ni?
Aina:Kalau ikutkan masa sekolah dulu, saya pernah sampai ke tahap mewakili Negeri Selangor. Sekarang bila dah bekerja, saya mewakili syarikat pula bagi menyertai pelbagai kejohanan yang telah dijalankan. Sambil tu saya juga aktif dalam open tournaments netball di sekitar KL dan Selangor. So far setiap tournament yang disertai, mostly ada placing and I hope kalau diberikan peluang, saya nak pergi ke peringkat yang lebih tinggi.
Ads
Nona: Hobi dan minat anda pada waktu lapang?
Aina:Saya suka habiskan waktu lapang dengan bersukan. Sebagai peminat sukan bola jaring, saya selalu join open tournaments. Biasanya saya akan main posisi Goal Shooter (GS) dan target saya jelas nak jaringkan bola sebanyak mungkin. Kalau takde aktiviti or game yang dianjurkan, saya akan habiskan waktu lapang dengan famili dan kawan kawan.
Ads
Nona: Zaman ini ramai rakan sebaya dan selebriti amnya berlumba-lumba mengejar populariti di media sosial demi meraih followers tinggi. Apa komen anda?
Aina:Media sosial adalah platform yang sangat berkesan untuk meningkatkan populariti. Dalam kalangan selebriti, ia digunakan untuk berinteraksi dengan peminat. Semakin banyak followers, semakin luas liputan dan itu sangat bermanfaat kepada golongan seni. Komen saya, gunakan platform media sosial ini sebaik-baiknya untuk menyebarkan benda-benda yang positif.
Nona: Kata orang, kalau nak berjaya dalam industri ni, wajah cantik mesti selari dengan bakat. Tapi sekarang ada tambahan… followers media sosial pun mesti tinggi baru dapat perhatian produser. Betul ke?
Aina:Dari perspektif seorang produser, populariti seseorang talent itu penting untuk tujuan promosi produk yang dikeluarkan oleh syarikat produksi. Namun bagi saya, sebaiknya biarlah keupayaan talent diukur berasaskan bakat dan potensi yang ada. Populariti tu penting namun ia tidak menjamin kualiti terbaik.
Nona: Apa pandangan anda bila orang kata, wanita cantik high maintainance. Setuju atau sebaliknya?
Aina:Bagi saya, persepsi wanita cantik itu high maintainance sepatutnya tidak perlu wujud. Kecantikan tu subjektif dan most of the time, tidak perlu pun high maintainance untuk menampakkan seseorang itu cantik atau bergaya but it depends atas individu tersebut dan kemampuan masing-masing.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai, khususnya wanita tidak kira samada anak muda hingga wanita dewasa yang berminat untuk menjadi pempengaruh (influencer) di media sosial.
Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu mengorbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti. Malah, bergelar influencer dan instafamous juga tidak terlepas dari menghadapi gelombang kehidupan.
Baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran di laman sosial miliknya, pempengaruh sosial media terkemuka, Syafiqah Aina mendedahkan bahawa dia juga berdepan pelbagai struggle dalam kehidupan. Meski dirinya sering menjadi pusat perhatian apabila berada di dalam ‘spotlight’ viral.
Semua Ada Fasa ‘Struggle’ Masing-Masing, Cuma Ujian Kita Berbeza!
Menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat Aina seolah-olah meluahkan rasa yang terbuku di hatinya, sekaligus memberi bayangan bahawa dia sedang berada di fasa yang kurang indah dalam kehidupanya.
Bagaimanapun, menerusi hantaran tersebut Aina menegaskan bahawa kita atau sesiapa sahaja tidak mempunyai hak untuk ‘menghakimi’ (Judge), ujian yang sedang dilalui oleh orang lain.
“Betul tak kalau Aina cakap semua orang mempunyai ujian dan bergelut (Struggling) dengan hidup masing-masing. Tetapi kita semua mempunyai pergelutan dan ujian yang berbeza yang kita hadapi.
“Mungkin berat, mungkin tidak tapi bukan hak kita untuk menghakimi (judge), “Alaa hal dia kecil je, kalau nak dibandingkan aku”
“Kemampuan seseorang tu kan berbeza untuk lalui satu-satu perkara. Mungkin kalau kita duduk dekat tempat orang lain, kita juga tak mampu untuk jadi macam dia.
“Sama juga macam Aina. I’m still struggling with myself, tapi biarla kita simpan supaya itu bukan jadi kelemahan diri untuk ditayang. Saya sentiasa mencuba untuk selesaikannya.
Letakkan Pengharapan, Luahkan Pada Yang Maha Esa!
Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci, berkenaan masalah atau ujian yang sedang dilaluinya dalam kehidupan saat ini, Aina sempat menitipkan cara bagaimana dia mendapatkan ketenangan hati ketika sedang diuji.
Jelas Aina, ketika merasakan ujian yang perlu dilalui terlampau berat hingga tidak mampu bahunya memikul, dia akan kembali kepada yang maha esa, meratap dan meluahkan segala permasalahan yang perlu dihadapinya.
“Setiap hari Aina cuba buat lebih baik, still too much to learn for a better me & sometimes bila rasa betul-betul tak mampu, cuba meluah.
“Letakkan sepenuh pengharapan pada Allah & percaya, dia tahu semuanya dan akan tolong sesuatu yang terbaik untuk kita. He always has a better plan for us.
“Jangan terlalu keras pada diri sendiri. Terimalah diri anda apa adanya, kelemahan dan segalanya, tetapi sentiasa cuba yang terbaik untuk mencari jalan keluar dari segala permasalahan sebaik mungkin.
Team NONA, mendoakan setiap ujian dan kesusahan yang sdang dihadapi oleh Aina menemui jalan penyelesainya dan semoga Aina cekal dan tabah berdepan detik sukar dan struggle dalam kehidupanya ini.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Ilmu itu ibarat air, berkatnya terus melimpah selagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain. Masih terngiang-ngiang nasihat yang disampaikan para asatizah sempena Majlis Ilmu VIP XCESS KE SYURGA yang berlangsung semalam. Antaranya daripada penceramah yang kami panggil Ummi, Dr Robiah K Hamzah.
Berusia 73 tahun, kehadiran Ummi serasa menambah keserian majlis. Manis berbaju merah jambu, Ummi seperti biasa muncul dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Dalam kelembutan itu, rupa-rupanya mampu mengejutkan para hadirin sebaik Ummi berucap di pentas.
Menerusi topik ‘VIP XCESS KE SYURGA’, sesi talk bersama Moderator Datuk Hajah Rozzana Rahmat ini dihadiri oleh tiga panel hebat iaitu Dr Robiah K Hamzah, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
Antara perkongsian paling menarik yang melekat di fikiran penulis adalah sewaktu segmen Ummi menjawab soalan Moderator, tentang bagaimana menjadi VIP ke syurga.
Allahu cukup bagus penerangannya sehingga memberi keinsafan kepada setiap pendengar. Paling suka kata-kata Ummi semalam…
“Selagi kita mempunyai perasaan memiliki, kita tak mampu rindu Allah dan berserah pada Allah. Kerana semua isi langit dan bumi, Allah yang urus. Allah yang bagi….”
Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 dan Ramadan Al-Mubarak, pihak Majalah Nona bersama rakan sinergi PEKAWANIS, My #InfaqIhsan, Warisan Ummah Ikhlas dan Angel Group Creative Financial Solution sukacitanya menganjurkan Majlis Ilmu NONA VIP XCESS KE SYURGA.
Majlis yang bertemakan rona putih dan pink dengan sentuhan Timur Tengah ini diadakan bertujuan untuk menyebarkan motivasi kepada para Muslimah, selain memantapkan ibadah dan persiapan rohani menjelang ketibaan bulan Ramadan.
Turut disampaikan, Anugerah Ikon Muslimah NONA kepada enam personaliti dakwah yang disegani ramai iaitu Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Dr Robiah K Hamzah, Datuk Hajah Rozzana Rahmat, Dr Rukhaidah Abd Karim dan Fatin Nabila Ahmad Zainuddin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sebut saja nama Datin Maria Arshad pasti ramai yang teruja untuk mengetahui kisah peribadinya.
Tidak lagi aktif dalam dunia lakonan serta jarang muncul di kaca televisyen mahupun media cetak, aktres terkenal era 80an ini lebih selesa menjalani rutin kehidupannya sebagai isteri, ibu dan nenek.
Melihat kepada penampilan terkini Datin Maria Arshad atau nama sebenarnya Kamariah Arshad, susuk tubuhnya yang ramping serta raut wajahnya yang masih kekal jelita tidak menunjukkan bahawa kini usianya telah pun mencecah 62 tahun. Seperti tak percaya!
Memang selayaknya Datin Maria Arshad digelar ‘super gorgeous grandma’ kerana nampak lebih muda berbanding usia sebenar. Pelakon filem ‘Langit Tak Selalu Cerah’ ini rupanya seorang yang sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Bagi Datin Maria Arshad biar cantik semula jadi, jangan halang proses penuaan yang sememangnya pasti akan berlaku. Apa yang penting ialah seorang wanita itu haruslah bijak untuk menjaga diri sendiri agar kekal sihat dan bertenaga walau berapa pun usianya.
Sebab itulah Datin Maria Arshad setia dengan cara semula jadi berbanding melakukan rawatan-rawatan moden yang ada di pasaran ketika ini. Beliau melalui proses penuaan dengan rasa syukur, tenang dan bahagia. Secara tak langsung akan terserlahlah pesona awet muda.
SUMBER INSPIRASI MENANTU
Datin Maria Arshad bukan hanya menjadi inspirasi wanita-wanita di luar sana bahkan menantunya, Sharifah Shahirah atau Shiera turut menjadikannya sebagai sumber inspirasi. Shiera, 46, yang kini semakin manis bertudung aktif sebagai penyampai radio serta pengacara. Shiera merupakan isteri kepada Ijoy Azhari dan ibu anak lima.
Hubungan Shiera dan Datin Maria Arshad umpama isi dengan kuku. Beruntungnya Shiera kerana disayangi dan sangat serasi dengan mertuanya yang dipanggil Mama.
“Ibu mertua saya seorang yang mengutamakan keluarga. Selalunya Mama akan lebihkan anak menantu dan cucu. Mama memang rapat dengan cucu-cucunya dan mereka selalu bersama. Secara tak langsung saya dan suami turut menerapkan caranya itu dalam mendidik anak-anak.
Kami menggalakkan anak-anak untuk berjumpa dengan nenek mereka sekerap yang mungkin. Ibu saya sendiri pun sering berpesan, jangan lupakan ibu mertua. Jadi saya sentiasa memuliakan ibu mertua sama seperti ibu sendiri.
Antara air tangan Mama kegemaran kami sekeluarga ialah ayam masak merah. Memang sedap! Orang kata salah satu cara untuk tackle hati ibu mertua ialah melalui masakan. Tapi cara saya lain iaitu dengan mengambil berat dan menghubunginya selalu.
Kalau berbual memang kami tak pernah bercakap tentang kecantikan sebaliknya lebih kepada hal-hal anak cucu. Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan jelita sampai sekarang.
Mama seorang yang sangat disiplin dengan amalan petuanya dan dilakukan bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Saya pula sebaliknya, tak dapat nak ikut sangat petua-petua yang diamalkan sebab terlalu sibuk. Setiap orang ada cara masing-masing.”
Kredit Foto: Instagram Shiera Al-Khaired
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...