Tengok Sheera Iskandar ni terus ingat Gerak Khas. Memang namanya sudah cukup sinonim dengan drama kepolisan berkenaan. Malah, takdir Allah juga telah mempertemukan Sheera dengan seorang anggota polis sebagai suaminya.
Ads
Kuat betul penangan Gerak Khas dalam diri pelakon cantik ini sampai bertemu jodoh pun dengan anggota badan beruniform tersebut!
Semakin diulit bahagia sejak bergelar isteri pada tanggal 3 Mei 2021, Sheera bukan hanya aktres yang dikurniakan raut wajah cantik malah dia juga memiliki keperibadian yang menyenangkan. Melihat wajah jelitanya pasti mengingatkan peminat kepada pelakon veteran yang juga ibu Sheera, Aznah Hamid.
Menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 3 Mei lepas, pastinya rumah tangga pasangan ini lebih bermakna lebih-lebih lagi apabila Sheera selamat bersalin anak sulung mereka iaitu bayi perempuan pada 22 Mei lepas yang diberi nama Puteri Long Harissa. Alhamdulillah!
Berita gembira itu disampaikan suami Sheera di Instagram, “Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Isteri saya Sheera selamat melahirkan puteri kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs.
Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, doktor dan nurse yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri saya yang tercinta. Saya amat menghargainya Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Amin amin ya rabbal alamin.”
Ads
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Sheera mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari. Hasil pembedahan itu juga doktor dapati dia turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS.
“Doktor kata faktor penyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut. Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
Start dari situ, saya jaga pemakanan dan elakkan makanan yang boleh aktifkan cyst tu balik. Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan.
Ads
Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting.
Sebelum kahwin lagi memang saya dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil. Saya dapat tahu saya hamil bulan September lepas.”
Semoga rumah tangga Sheera dan suami lebih bermakna dengan kehadiran puteri sulung di samping sukses dalam kerjaya yang diceburi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Badan dah kurus tapi pipi pula nampak tembam ditambah pula dengan dagu yang berlapis! Jadi apa nak buat? Sebenarnya, tanpa perlu menjalani pembedahan serta mengeluarkan kos yang banyak pun masih ada cara yang lebih mudah, selamat dan semula jadi untuk melenyapkan masalah dagu berlapis. Tinggal rajin atau tidak sahaja.
Walaupun prosesnya tidak sepantas rawatan moden namun cara ini lebih mudah dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Apa yang penting konsisten dan sabar, itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkan bentuk wajah tirus serta dagu yang runcing.
Perlu ke bantuan alat-alat pelik menguruskan wajah seperti yang banyak dijual di Internet? TIDAK. Anda ikut saja 4 cara di bawah ni!
AMBIL UBAT IKUT DOS
Apa saja jenis ubat ubatan pasti akan terkandung bahan-bahan kimia sekaligus berisiko untuk mendapat kesan sampingannya dalam jangka masa panjang. Salah satunya ialah pembengkakan kesan pengambilan ubat berlebihan tanpa nasihat doktor. Pembengkakan ini bukan hanya terjadi pada badan bahkan juga wajah. Ia juga tidak bagus untuk organ dalaman.
BANYAK MINUM AIR PUTIH
Lemak dipercayai mudah larut dengan air putih. Maka disarankan untuk mengamalkan meminum air putih sebanyak 8 gelas sehari. Bukan hanya di badan malah lemak di sekitar wajah juga akan berjaya dikurangkan apabila anda mengamalkan meminum air putih setiap hari. Minimum adalah 2 liter.
BUAT URUTAN RAHANG
Juga salah satu cara bagi menghilangkan lemak di pipi dan dagu yang boleh dipraktikkan di rumah. Namun pastikan caranya betul kerana boleh menyebabkan kulit kendur. Lakukan dengan betul. Bukan saja lemak dapat dikurangkan bahkan aliran darah pun menjadi lancar.
Caranya, urut wajah dari atas ke bawah. Kemudian teruskan urutan dari dagu ke atas menuju pipi. Seterusnya, tepuk-tepuk lembut di bahagian dagu menggunakan ais batu dan tuala hangat selama setengah jam.
SENAMAN WAJAH
Lakukan senaman wajah pada waktu senggang secara rutin. Proses metabolisme menjadi lebih sempurna dengan sel kulit wajah yang lebih segar melalui senaman wajah. Lemak akan mudah terbakar dan hilang. Caranya, pegang leher dengan kedua-dua tangan kemudian angkat kepala ke atas agar dapat merenggangkan otot rahang. Buat 10 kali sehari untuk hasil yang terbaik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pastinya ramai yang merindui kelibat dan kepetahan Nurul Syuhada mengendalikan program atau bual bicara di kaca televisyen bukan? Mula menceburi dalam bidang pengacaraan selepas bakatnya dicungkil dari program bakat realiti, Malaysian Top Host pada 2005, kini Nurul Syuhada dilihat sudah memperlahankan aktiviti seninya.
Meniti usia 38 tahun, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini khabarnya sedang menikmati momen-momen indah seorang ibu. Walaupun sudah lama tidak ke udara, Nurul Syuhada kini sibuk menumpukan fokusnya kepada keluarga malah turut aktif di laman sosial Instagram berkongsi perkembangan anak-anak dan keluarganya.
Baru-baru ini, Nurul Syuhada ada memuat naik sekeping foto dirinya bersama anak-anak telah menarik perhatian warga maya yang rata-rata memuji kecomelan anak-anaknya. Malah ada yang terpesona dan menganggap anak-anak pengacara itu memiliki genetik menarik yang tertentu lantaran rupa paras mereka yang menawan.
Kalau diikutkan, padanlah anak-anak Nurul Syuhadah ini semuanya comel dan manis belaka kerana Nurul Syuhadah sendiri berdarah kacukan. Bekas pengacara Malaysia Hari Ini dan Majalah 3 itu mewarisi darah kacukan dari sebelah bapa mereka. Manakala suami Nurul Syuhada pula, Raja Amir berdarah kacukan Melayu-Australia dari sebelah ibunya.
Selama 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun. Lantas, nenjengah pada ruangan komen hantaran gambar Nurul Syuhada bersama anak-anak di Instagramnya, ramai dilihat memuji kecomelan anak-anak Nurul Syuhadah dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Pernah beberapa tahun menyepi dari arena seni, kemunculan Linda Nanuwil dalam program hiburan popular Gegarvaganza 2020 memberi kejutan buat peminat. Sekaligus mengubati kerinduan mereka terhadap selebriti ini.
Populariti Linda dalam industri bukan hanya terletak pada wajah cantiknya semata-mata, bahkan penyanyi kelahiran Sabah ini juga punya bakat besar dan pakej lengkap serta mempunyai susuk tubuh ramping persis supermodel!
Ketika menjadi peserta Gegarvaganza, kejelitaan yang ada pada pemilik nama Norlinda Nanuwil ini dikatakan mirip selebriti dan aktres cantik, Nur Fazura Sharifuddin.
Malah setiap kali penampilan Linda muncul di kaca TV, peminat mengaku terdapat beberapa persamaan di antara wajah mereka berdua.
Pada Disember 2020, Linda dipilih sebagai Artis Tercantik 2020 berdasarkan undian pembaca Gempak yang mengenepikan pesaing terdekatnya, Siti Saleha dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Berterima kasih dengan peminat yang bertungkus-lumus mengundi dirinya, Linda bagaimana pun mengakui kecantikan itu sesuatu yang subjektif.
“Walaupun bagi Linda kecantikan seseorang bukan hanya pada rupa paras, tapi juga lahir dalam diri kita iaitu ketulusan, kebaikan, adab dan keikhlasan.
Dalamannya cantik, maka terpancarlah ‘nur’ pada wajahnya.”
21 Mac ini Linda menyambut ulang tahun kelahiran ke-39. Nama Linda mula meniti di bibir peminat muzik apabila bakat nyanyiannya disedari menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim Kedua.
Buktinya, Linda merangkul gelaran Naib Juara dan lagu-lagu dendangannya menjadi kegemaran peminat ketika itu
Linda sebelum ini melancarkan single berjudul ‘Ikhlaskan Hatimu’ dan terlibat dalam penggambaran telemovie Misteri Jam Vintage.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...