Gaya Hidup

Amal Gaya Hidup Sihat Di Usia 44 Tahun, ‘Rahsia’ Catriona Ross Kekal Langsing Dan Menawan!

Kebanyakan wanita yang melahirkan anak, pastinya akan berdepan dengan masalah berat badan. Tetapi ada juga juga yang tekad mendapatkan kembali bentuk badan idaman untuk kepentingan kerjaya.

Salah seorang adalah Catriona Ross yang semua maklum dia berjaya menguruskan berat bdannya dan kembali langsing lepas lahirkan anak ketiganya. Malah kejayaannya itu turut menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana.

Catriona Kongsi ‘Amalan’ Kekal Langsing Dan Sihat

Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Catriona yang pernah dikritik gara-gara berbadan gempal mendedahkan tip bagaimana untuk kekal langsing dan sihat.

Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria.  Iaitu diet yang seimbang, disiplin dan latihan senaman.

Dia juga turut memberitahu diet yang dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan minyak dan lemak tetapi melebihkan sayuran.

Malah dalam posting terbarunya, Catriona turut memaparkan kegigihan dia melakukan jungle trekking di Tugu Trail Walk hingga menerima pujian dari netizen yang kagum dengan usaha Catriona untuk kekal sihat dan langsing.

@lilly_haniza Patut la body cantik sis… Suka tgk

@ermiriaibrahim@mrsfbi41 fuhhhh..patut body solid huh…

@ziqrymunchkin Its amazing to watch ur transformation, inspired!

Inilah rahsia sebenar bagaimana Catriona berjaya mengekalkan berat badannya. Sebelum itu Catriona telah mengalami berat badan mendadak dan pernah mencapai sehingga 75 kilogram berbanding 58 kilogram sebelumnya.

Dalam satu hantaran lain, Catriona turut berkongsi 5 tip berguna yang dibuat sepanjang proses menurunkan berat badannya itu.

1. Daki Gunung

“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”

2. Berenang & Bersenam

“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”

3. Eat Clean Diet

“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih)  sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”

4. Makanan Kukus Tanpa Minyak

“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,”

5. Beras Perang

“Saya tetap makan nasi, cuma tengahari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,” ujarnya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.

Sumber Foto: Instagram Catriona Ross

Share
Published by
Haifa Nasir