Bukan mudah untuk menjejak kisah terbaru usahawan wanita bertaraf legenda ini. Barangkali di atas faktor umur dan tidak lagi memimpin PT Mustika Ratu, beliau lebih senang menikmati sisa kehidupan jauh daripada perhatian media. Ibu Mooryati juga selesa beristirahat dan menyerahkan urusan dunia kepada para pewaris.
Mesra dan menyenangkan. Seperti masih terbayang momen penulis menemu bual Ibu Mooryati dan anakanda, Putri Kuswinu Wardani saat mereka berkunjung ke Malaysia.
Ads
Biarpun sudah sedekad lamanya, kenangan itu kini bertukar rindu terhadap jenama gergasi Indonesia yang cukup sebati di hati. Bayangkan walau berstatus jutawan kosmetik serta memiliki segudang harta yang melimpah-ruah, keluarga ini tetap merendah diri.
Kerana rindu menemukan penulis dengan cucu-cucu Ibu Mooryati iaitu adik-beradik Dr Kusuma Puteri dan Kusuma Anggraini, anak kepada Djoko Ramiadji (anak sulung Ibu Mooryati).
Menerusi akaun Ninik yang memegang posisi Pengarah Hotel Sheraton Mustika, Yogyakarta, perkongsian mereka bersama nenda kesayangan yang dipanggil Eyang Ti, mengubat kerinduan. Paling seronok tengok sambutan hari jadinya yang ke-94!
Masih kelihatan sihat dan bertenaga pada usia mencecah seabad, rahsia pengasas Mustika Ratu itu tak lain dan tak bukan hanyalah amalan minum jamu.
“Dari masih muda saya rajin minum jamu, saat ini pun saya masih rajin. Saya biasanya minum beras kencur yang saya buat sendiri di rumah.” Ibu Mooryati
Dengan kulit wajah yang masih licin, Ibu Mooryati membuktikan bahawa jamu adalah rahsia awet muda yang sangat mustajab.
Tengok kehidupan keluarga dan cucu-cucu beliau pun harmoni belaka. Semua cantik-cantik dan tampan, paling penting hidup senang serta berkerjaya bagus. Antaranya dua beradik ini yang bergelar doktor dan pengurus hartanah.
CUCU RAJA JAWA
Barangkali tidak ramai menyedari bahawa pengasas Mustika Ratu, Dr. B.R.A Mooryati Soedibyo ini merupakan seorang cucu Raja Jawa yang juga digelar pahlawan nasional Indonesia, Sri Susuhunan Pakubuwana X.
Dilahirkan pada 5 Januari 1928 di Solo, Ibu Mooryati membesar di istana, atau keraton, di Surakarta yang sarat kebudayaan Jawa. Di sini jugalah beliau mengenal tumbuhan berkhasiat, meramu jamu dan kosmetik tradisional dari bahan semula jadi.
Nenda Ibu Mooryati merupakan pemerintah dari susuhunan kesembilan Kesunanan Surakarta (1893-1939) sekaligus menjadikan keluarga itu susuhunan paling lama memerintah dalam sejarah Surakarta.
Gelaran B.R.A pada pangkal nama Ibu Mooryati adalah singkatan kepada Bendara Raden Ayu yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan putera puteri Sultan, cucu cicit hinggalah generasi di bawahnya.
BERNIAGA
Cantik dan pintar. Begitulah gambaran masyarakat terhadap sosok Ibu Mooryati sejak dahulu lagi.
Beliau merupakan alumni Universitas Saraswati, Universitas Terbuka dan Universitas Sebelas Maret Surakarta. Bahkan gelaran Doktor diperoleh dari Universitas Indonesia dalam jurusan Ekonomi.
Bukan itu sahaja, Ibu Mooryati merupakan penerima gelaran doktor tertua di Indonesia dan tercatat dalam The Indonesia World Records Museum (MURI)!
Ads
Seorang yang pandai menari, wanita ini menikah saat usianya menginjak 37 tahun. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Soedibyo Purbo Hadiningrat pada tahun 1965, kemudian mengikuti suaminya bertugas di Sumatera Utara.
Sebagai suri rumah, Ibu Mooryati fokus terhadap tugasnya sebagai ibu anak lima. Sambil menjaga Djoko Ramiadji, Putri Kuswinu Wardani, Dewi Nur Handayani, Haryo Tejo Baskoro dan Yulia Astuti di rumah, beliau mengamalkan jamu setiap hari.
Siapa sangka, hobi minum jamu Ibu Mooryati menjadi ikutan wanita lain. Beliau menggunakan resipi asli Keraton Surakarta untuk meracik jamu dan kosmetik dari bahan alami.
Jamu racikan ini mula digemari dan mendapat banyak tempahan. Di situlah bermulanya idea untuk berniaga.
Tanpa mempedulikan komen-komen negatif, beliau merintis perniagaan jamu dari ruangan garaj di rumah. Waktu itu (tahun 1973) Ibu Mooryati hanya sekadar mempunyai modal Rp 25,000 (sekitar RM7) untuk membangunkan Mustika Ratu.
“Trahing kusumo rembesing madu, trahing sinatrio mustikaning ratu.” Peribahasa Jawa
Mengambil nama Mustika Ratu dari peribahasa Jawa, empayar Ibu Mooryati pun berkembang ketika umurnya 45 tahun. Dari bantuan dua orang pembantu menjadi 25 orang dan kemudian meningkat 50 orang. Kesemua pekerja ini mendiami rumahnya.
Ads
Ingat lagi nama-nama jamu Mustika Ratu yang pernah kita amalkan dulu? Antaranya Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita, Kesepuhan dan Sepetan Sari yang sering dijual di toko-toko jamu dan salun kecantikan.
Tahun 1981, Ibu Mooryati membangunkan gedung sendiri hasil pinjaman bank berjumlah Rp100 juta untuk memajukan Mustika Ratu. Sejak itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi. Maju terus dan memartabatkan produk tempatan Indonesia secara holistik.
‘Semangatmu, dedikasimu, karyamu dan kerja kerasmu akan selalu menjadi inspirasi yang berharga untuk wanita Indonesia’ Mustika Ratu
LEGENDA
Ibu Mooryati banyak menjalankan program di peringkat nasional dan antarabangsa dalam mengangkat sosok wanita yang kuat. Salah satunya pertandingan Puteri Indonesia yang berinspirasikan daripada acara Miss Universe yang dihadirinya pada tahun 1990.
Percaya bahawa wanita mampu memimpin dan menguruskan organisasi, beliau menerapkan prinsip Pemberdayaan Perempuan untuk mencapai kesamarataan gender.
Tak hairanlah syarikat beliau terpilih sebagai advocate dalam G20 EMPOWER serta menjadi antara 60 perusahaan di Indonesia dan antara 4,637 perusahaan di dunia yang tergabung dalam Women’s Empowerment Principle.
Kini meskipun Ibu Mooryati tidak lagi bekerja keras seperti dulu namun legasi Mustika Ratu terus menjadi kebanggaan rakyat jiran dan menjana ekonomi rakyatnya. Semoga segala jasa dan usaha keras wanita ini mendapat penghargaan sewajarnya!
Foto: Instagram @ninik102
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekalung tahniah diucapkan kepada Setiausaha Luar Britain, Liz Truss yang dipilih menjadi Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK), umum Jawatankuasa Parti Konservatif 1922 pada Isnin. Wanita berumur 46 ini memperoleh 81,326 undi manakala pencabarnya Rishi Sunak sekadar mendapat 60,399 undi menurut pengerusi jawatankuasa itu, Sir Graham Brady.
Beliau akan menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi perdana menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May dalam tempoh 40 tahun, lapor Agensi Anadolu. Perdana Menteri Boris Johnson dipaksa untuk meletakkan jawatan kerana berhadapan banyak skandal semasa pandemik COVID-19. Lantas, Parti Konservatif kemudiannya terpaksa memilih pemimpin baharu. Jom kenali dengan lebih rapat siapakah gerangan wanita ini.
Graduan Oxford. Truss merupakan graduan Universiti Oxford Truss yang mengambil jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi.
Mary Elizabeth Truss dilahirkan di Oxford pada tahun 1975, dan dia dibesarkan di bahagian England yang secara tradisinya tidak mengundi Konservatif, sering berpindah randah antara Scotland dan utara England. Truss adalah anak kepada seorang profesor matematik dan ibunya pula seorang jururawat.
Truss terkenal dengan pandangan libertarian tentang ekonomi dan perdagangan. Truss mengasaskan Kumpulan Ahli Parlimen Konservatif Free Enterprise, kumpulan pasaran bebas ahli parlimen yang memperjuangkan ekonomi yang lebih keusahawanan dan lebih sedikit undang-undang pekerjaan.
Truss telah berkhidmat sebagai Setiausaha Luar sejak 2021 dan memegang jawatan Menteri untuk Wanita dan Persamaan sejak 2019. Pada tahun 2000, Truss berkahwin dengan akauntan Hugh O’Leary. Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak seperti pasangan-pasangan selebriti lain yang sering berkongsi gambar berdua di media sosial, sebaliknya pula bagi Linda dan Beego.
Menjengah ke akaun media sosial pasangan pelakon ini, mereka dilihat lebih banyak berkongsi tentang kerjaya seni masing-masing.
Sesekali, ada juga mereka berkongsi momen-momen bahagia bersama anak-anak serta keluarga.
DIUJI DENGAN PERCERAIAN
Baru-baru ini, rumahtangga Linda dan Beego yang dibina sejak 10 tahun lalu diuji dengan perceraian.
Mereka mengesahkan pernah bercerai pada 27 Mac 2023 namun jodoh masih panjang apabila rujuk semula ketika masih dalam edah pada 9 April 2023.
“Kami berhadapan masalah persefahaman dalam komunikasi. Mungkin kerana banyak perkara yang masing-masing pendam di dalam hati sebelum ini.
“Perceraian kami juga bukan disebabkan oleh penyondol (orang ketiga).
“Begitu juga, bukan kerana masalah kewangan sebagai mana dihadapi pasangan lain,” kongsi Linda atau nama penuhnya Norhazlinda Hashim kepada Harian Metro baru-baru ini.
Bagi Beego pula atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, dia bersyukur kerana mereka masih boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan kembali rumah tangga demi anak-anak.
Kata Beego, selama ini dia dan Linda tidak berkongsi tentang kisah kehidupan mereka di media sosial.
Bagaimanapun, mereka tidak menduga masalah rumah tangga serta perceraian mereka diketahui media. Pun begitu, mereka redha dengan apa yang berlaku.
Sementara itu, di Instagram milik Linda, dia baharu saja memuat naik gambar mesranya bersama suami tersayang.
Tulis Linda di ruangan kapsyen dengan nada merendah diri: –
“Assalamualaikum..terlalu ramai bertanya mana gambar kami berdua. Bukan tak nak post.. tapi malu la…
“Kita tak la secantik mana pun.. ni pun gigih cari angle mana yang on point..”
Linda turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan mereka termasuklah yang memberi kata-kata positif.
“Alhamdulillah kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang tak henti-henti mendoakan kami, yang bagi kata-kata positive pada kami, yang happy tengok kami..
“Tapi ada juga yang tak suka kita tau..tapi tak apa, sebab yang tak suka tu hanya 2,3 orang je.. yang suka ni beribu..
“Maka dengan ini, kami belanja la 1 gambar..”
Semoga Linda dan Beego kekal bahagia sampai syurga. Ujian itu tanda Allah SWT sayang pada hambaNya dan yang pasti ada hikmah di sebaik apa yang terjadi. Insha-Allah.
Untuk rekod, Linda dan Beego sah bergelar suami isteri pada 7 Jun 2013. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Kredit Foto: IG Linda Hashim, IG Beego
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari pelakon, Twinkle Khanna kini penulis buku berjaya. Meniti usia 49 tahun, bekas bintang Bollywood yang juga anak kepada seniwati Dimple Kapadia ini masih jelita. Bukan hanya raut wajah cantiknya menjadi bualan malah kejayaan Twinkle atau nama sebenarnya Tina Jatin Khanna turut mencetus inspirasi masyarakat di India.
Buat kesekian kalinya Twinkle melancarkan sebuah lagi karya baharu iaitu Welcome to Paradise pada November lalu. Lebih bermakna, pertengahan Januari lepas, suri hati kesayangan Akshay Kumar ini selamat bergraduasi di Goldsmiths, University of London di peringkat Ijazah Sarjana Penulisan Fiksyen.
“And it’s here. Graduation day. My first day at Goldsmiths feels like it was both yesterday and years ago. A sunny day, a pretty sari, and having my family with me make this day even more perfect than I ever imagined.
There comes a stage when the easiest way to grow is horizontally, but we have to push ourselves to grow in myriad other ways.”
Sementara itu, suami tercinta turut menitipkan ucapan tahniah atas pencapaian membanggakan isteri kesayangan yang dalam masa sama sibuk menguruskan keluarga.
“Two years ago, when you told me you wanted to take up studies all over again, I wondered if you meant it. But the day I saw you work so hard and perfectly manage a full-fledged student life along with home, career, me, and kids, I knew I had married a super woman.
Today on your graduation, I also wish I had studied a bit more to know enough words to tell you how proud you make me, Tina. Congratulations and all my love.”
Twinkle memutuskan untuk berhenti berlakon selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak, Akshay Kumar pada tahun 2001. Sepanjang bergelar anak seni, dia pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Baadshaah dan Barsaat.
Dia merupakan anak perempuan kepada dua superstar Bollywood iaitu Rajesh Khanna dan Dimple Kapadia yang sememangnya terkenal dalam kalangan peminat Bollywood kerana memiliki rupa paras kacak dan cantik selain berbakat besar dalam industri lakonan.
Selepas bersara daripada bidang lakonan, bekas aktres ini dikatakan mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Selain aktif menulis di blog popularnya, Twinkle juga merupakan kolumnis, penerbit filem, hos dan penulis buku berjaya.
Lebih dua dekad berkahwin, Twinkle dan Akshay dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aarav Kumar dan Nitara Kumar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...