Suatu ketika dulu penyanyi era-90an Elda Susanti pernah popular dengan genre dangdut. Antara lagu hitnya ialah ‘Yang Ku Sayang’ dan ‘Kau Penggoda’.
Kini naib juara Dangdut Star terbitan Astro ini masih aktif dalam aktiviti seni dan segala urusan kerjayanya diurus sendiri oleh suami yang merupakan bekas pemain drum kumpulan Rio, Syed Tawfik Syed Salleh.
Dalam usia 38 tahun Elda Susanti sudah pun bergelar ibu kepada 7 orang anak berusia 16, 13, 12, 9, 7 dan 2 tahun, serta seorang bayi berusia 3 bulan. Kala ditanya apa rahsianya kekal langsing sama seperti zaman anak dara, ini jawapan Elda Susanti.
Saya juga pengamal makanan tradisional. Pilihan utama saya semestinya jamu kampung buatan ibu mertua. Kalau nak tahu, saya turut menjual jamu tradisi khas buat wanita dan lelaki. Selain itu, ulam-ulaman ‘wajib’ ada dalam hidangan saya setiap hari. Kadang saya curi masa untuk bersenam walau sekejap.
CABARAN IBU ANAK RAMAI
Sebagai ibu anak 7 saya susun masa sebaik-baiknya agar teratur. Saya mempunyai 6 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Cabarannya ketika awal-awal mereka nak membesar serentak. Letihnya hanya Tuhan yang tahu.
Kini alhamdulillah anak sulung dah remaja dan banyak membantu. Anak-anak juga tak banyak karenah. Mungkin sudah terdidik dengan cara berdikari.
17 TAHUN BAHAGIA BERSAMA SUAMI
Walaupun beza usia Elda Susanti dan suami 16 tahun namun mereka kekal bahagia bersama. Kini hampir 17 tahun usia perkahwinan mereka. Memiliki suami yang berusia 54 tahun menjadikan Elda Susanti seorang isteri dan ibu yang matang.
Hormati keluarga pasangan dan tunjuk kasih sayang depan anak-anak. Pertuturan yang baik menjadikan keluarga aman damai,” kongsi Elda Susanti yang kini bergelar warga pendidik sebuah sekolah agama di Lembah Kelang. Dia juga mengusahakan bisnes makanan dan jamu tradisi secara sambilan.
This website uses cookies.