Sekitar tahun 2013 Nona pernah menemu ramah pereka fesyen berbakat besar bernama Alia Alizar ni sempena ‘Edisi Platinum, Nona 3 Dekad’. Memang cantik orangnya. Sampai ke hari ini pun masih ingat lagi raut wajah manis dan keramahan Alia.

Meskipun sudah lima tahun berlalu, namun persona yang dimiliki ibu berusia 33 tahun ini tetap sama seperti dulu. Bahkan sejak bergelar ibu, terserlah jiwa penuh kelembutan Alia. Mengimbas kembali temubual bersamanya, Pengarah Kreatif YADOTSA ini nyata terbuka berkongsi sisi peribadi. Malah, tak lokek membongkar rahsia cantiknya!

Ads

Citarasa fesyen anda?

Saya seorang yang ringkas. My personal fashion style would be just jeans and plain top. Styling myself with a bold colour scarf, funky sandals, cardigan and a handbag that goes with my outfit of the day!

Label fesyen kesukaan …

Givenchy,  and Proenza Schouler.

Kerjaya?

Selaku Pengarah Kreatif YADOTSA, saya bertanggungjawab menyediakan rekaan, jenis fabrik dan warna bagi koleksi terkini ready to wear (RTW) YADOTSA. Jika sebelum ini kami hanya fokus kepada pakaian RTW, namun kini YADOTSA turut menawarkan perkhidmatan busana perkahwinan kepada bakal pengantin, pengapit dan flower girls. Mostly garments are sketched and designed to attend weddings and event.

Sumber inspirasi anda ialah …

Bapa saya. Beliau adalah sumber inspirasi saya dalam pelbagai perkara. A persistent, strong and positive person in facing challenges and obstacles. Dalam industri fesyen pula, saya mengagumi McQueen, Stella McCartney & Ricardo Tisci. Koleksi mereka sentiasa tampak relevan dan indah.

Ads

Petua kekal cantik?

Rutin harian yang saya amalkan demi penjagaan kulit dan tubuh badan adalah dengan memastikan minum air putih selepas bangun dari tidur. Selain itu saya juga gemar menikmati minuman campuran buah Avocado dan telur. Ia adalah resipi kesihatan turun-temurun keluarga kami yang diamalkan sehingga ke hari ini.

Anda adalah seorang yang …

Ads

Pemalu, kuat berimaginasi, penyayang dan gemar melihat perkara yang unik dan pelik yang boleh memberikan inspirasi dalam kerjaya saya.

Suasana percutian yang diimpikan?

Tenang dan mendamaikan. Maldives adalah destinasi impian saya untuk bercuti.

Kini, Alia sedang sarat hamil cahaya mata kedua dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Sherfeelea Jahan.

Kredit foto: Instagram Alia Alizar

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI