Memiliki pinggang kecil dengan bentuk badan hourglass seringkali menjadi idaman wanita. Disebabkan itu, jualan korset atau pakaian pelangsingan cukup laris kerana penjual menjanjikan kesan serupa. Namun menurut wanita asal Myanmar yang mendakwa dirinya sebagai pemilik pinggang terkecil di dunia ini, beliau hanya mengamalkan gaya hidup dan diet sihat sejak kecil.
Berusia 25 tahun, penampilan Su Moh Naing di ruang maya cukup menggemparkan. Ada yang memuji dan ada juga yang mencemuh apabila melihat foto-foto beliau.
Dengan ukur lilit pinggang sekitar 13.7 inci atau 34.8cm, penuntut University of Bago, Myanmar itu menegaskan tidak pernah menyunting gambar, apatah lagi membuat pembedahan untuk mendapatkan pinggang sekecil itu.
Mengakui gemar mengambil gambar dan berkongsi keunikan tersebut dengan lebih 400,000 pengikut di Facebook, kecantikan Su Naing ternyata menyerlahkan identiti wanita Myanmar yang sebenar. Secara tidak langsung, masyarakat dunia turut mengenali negara Myanmar melalui dirinya.
Ads
Berbanding ukuran pinggang sihat yang pada umumnya sekitar 31.5 inci (sumber United Kingdom National Health Service), ukuran Su Naing disifatkan sebagai ‘amat kecil’ kerana lebih separuh daripada normal.
Lapor Daily Star, tiada rahsia yang diamalkan kecuali menjalani gaya hidup dan diet sihat, selain faktor genetik yang membuatkan pinggangnya kecil.
“Saya memiliki kebiasaan hidup sihat dan menjaga pola makan dengan betul. Tiada apa untuk dirisaukan…” Su Naing
Aduh, makan hati tengok gambar Su Naing! Walaupun berpinggang kecil, tapi orangnya tetap kelihatan sihat dengan rona kulit wanita Asia yang sinonim putih bersih. Terus termotivasi untuk jaga pemakanan supaya cantik langsing macam ni.
Ads
Ads
*************************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*************************
Untuk rekod, pemegang The Guinness World Record untuk rekod pinggang terkecil di dunia adalah Ethel Granger, seorang wanita Inggeris yang memiliki ukuran pinggang 13 inci.
Melihat penampilan Puteri Diraja Brunei, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah ini pasti khalayak terus teringat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim! Tak dinafikan makin menginjak dewasa, makin terserlah persamaan Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dengan ibunda tersayang.
Ini diakui sendiri oleh Azrinaz yang melahirkan rasa teruja dan gembira melihat anakanda tersayang kian meningkat usia remaja serta menjadi gadis penuh elegan.
Lebih istimewa, ibu jelita berusia 44 tahun tersebut memuat naik video yang memaparkan kelibat Puteri Ameerah sewaktu menghadiri sebuah majlis dalam persalinan kasual serba hitam.
Akui Azrinaz, “MasyaAllah that’s how I look like when I was younger. You have my physique and cara jalan pun sebiji. Ini bukan self claim tau. Miss you everyday and love you lots.”
Perkongsian tersebut nyata mendapat reaksi followers kesayangan Azrinaz dan rata-rata mereka turut memuji keanggunan anakanda puteri kesayangan Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Memiliki rambut hitam panjang mengurai dan keperibadian Puteri Ameerah yang tak lekang dengan senyuman membuatkan sesiapa saja terpikat dengan anakanda bekas personaliti televisyen tersebut.
Pada 28 Januari lepas, YTM Puteri Ameerah genap berusia 15 tahun. Menatap wajah terbaharunya, gadis ini saling tak tumpah mewarisi rupa paras ibunda tersayang.
Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata hasil perkahwinannya terdahulu bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei iaitu YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah kini menginjak usia remaja.
Hujung-hujung minggu ni apa kata sesekali anda cuba buat sendiri resepi minuman sihat ni. Bukan saja mudah didapati, murah dan selamat ia juga bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman. Serai tu sendiri kita dah tahu memang banyak kebaikannya untuk kesihatan.
Sesekali jadikanlah teh serai sebagai rutin minuman kesihatan anda setiap hari. Sebelum tu, jom semak apa kebaikan teh serai yang membantu:
MENGURANGKAN GEJALA HAID
Setiap kali haid pasti akan mengalami sindrom seperti senggugut dan kembung perut. Amalkan minum teh serai setiap hari bagi menenangkan perut dan bertindak sebagai antiradang.
MENJAGA SISTEM PENCERNAAN
Kajian oleh National Institutes of Health membuktikan serai efektif sebagai ubat semula jadi untuk mengatasi sakit perut dan masalah pencernaan.
RAWAT JANGKITAN MULUT & GIGI
Serai bersifat antimikroba. Serai mampu melawan bakteria Streptococcus mutans salah satu penyebab utama gigi rosak. Dengan kandungan antimikroba di dalamnya teh serai membantu mengatasi jangkitan mulut dan gigi berlubang.
MELAWAN RADIKEL BEBAS
Berdasarkan informasi diterbitkan oleh Journal of Adriculture and Food Chemistry, serai mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikel bebas dalam badan. Radikel bebas salah satu punca penyakit seperti kanser.
RESEPI TEH SERAI
Amalkan sekali sehari sahaja.
Bahan-bahan:
2 batang serai
1 batang kulit kayu manis
Madu
Air panas
1 uncang teh100 ml perahan jus lemon/limau purut
Cara Membuat:
Potong akar serai dan buang semua daun/kulit di bahagian luarnya. Ketuk serai lalu masukkan ke dalam cawan bersama kulit kayu manis. Tuang air panas diikuti uncang teh. Keluarkan uncang apabila air berubah warna. Tambahkan madu dan perahan lemon, kacau rata. Minum ketika panas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Tanggal 2 Februari lalu pastinya menjadi momen indah buat usahawan Nur Amirah Maulat Abdullah apabila dia kembali bergelar isteri.
Tampil berbusana indah serba putih di majlis pernikahan, jelas terserlah wajah bahagia wanita cantik ini di samping suami tercinta, Ihsan Yusof.
Menariknya, Nur Amirah atau mesra disapa Mira tidak mengambil khidmat jurusolek untuk hari bahagia tersebut.
Sebaliknya, dia selesa menata rias wajah sendiri dan ternyata naik seri wajah Mira!
Selepas bertahun-tahun naik turun mahkamah, dia akhirnya bercerai namun kekuatan Mira sebagai ibu tunggal meraih perhatian khalayak.
Mira merupakan pengasas Kayra Health & Beauty. Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.