Amal Waist Training & Diet Sihat, Wanita Asal Myanmar Ini Terkenal Sebagai Pemilik Pinggang Terkecil Di Dunia

Memiliki pinggang kecil dengan bentuk badan hourglass seringkali menjadi idaman wanita. Disebabkan itu, jualan korset atau pakaian pelangsingan cukup laris kerana penjual menjanjikan kesan serupa. Namun menurut wanita asal Myanmar yang mendakwa dirinya sebagai pemilik pinggang terkecil di dunia ini, beliau hanya mengamalkan gaya hidup dan diet sihat sejak kecil.

Berusia 25 tahun, penampilan Su Moh Naing di ruang maya cukup menggemparkan. Ada yang memuji dan ada juga yang mencemuh apabila melihat foto-foto beliau.

Dengan ukur lilit pinggang sekitar 13.7 inci atau 34.8cm, penuntut University of Bago, Myanmar itu menegaskan tidak pernah menyunting gambar, apatah lagi membuat pembedahan untuk mendapatkan pinggang sekecil itu.

Mengakui gemar mengambil gambar dan berkongsi keunikan tersebut dengan lebih 400,000 pengikut di Facebook, kecantikan Su Naing ternyata menyerlahkan identiti wanita Myanmar yang sebenar. Secara tidak langsung, masyarakat dunia turut mengenali negara Myanmar melalui dirinya.

 

 

 

Berbanding ukuran pinggang sihat yang pada umumnya sekitar 31.5 inci (sumber United Kingdom National Health Service

), ukuran Su Naing disifatkan sebagai ‘amat kecil’ kerana lebih separuh daripada normal.

Lapor Daily Star, tiada rahsia yang diamalkan kecuali menjalani gaya hidup dan diet sihat, selain faktor genetik yang membuatkan pinggangnya kecil.

“Saya memiliki kebiasaan hidup sihat dan menjaga pola makan dengan betul. Tiada apa untuk dirisaukan…” Su Naing

Aduh, makan hati tengok gambar Su Naing! Walaupun berpinggang kecil, tapi orangnya tetap kelihatan sihat dengan rona kulit wanita Asia yang sinonim putih bersih. Terus termotivasi untuk jaga pemakanan supaya cantik langsing macam ni.

 

 

 

 

 

*************************

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

*************************

 

Untuk rekod, pemegang The Guinness World Record untuk rekod pinggang terkecil di dunia adalah Ethel Granger, seorang wanita Inggeris yang memiliki ukuran pinggang 13 inci.

 

Foto: Facebook Su Moh Moh Naing

Share
Published by
Norzalina