Amalan Doa SEMASA MEMASAK, Ibu Ibu Boleh Ikut Langkah Ini Agar Akhlak Anak Terpuji

Pergilah merantau ke hujung dunia sekali pun, masakan seorang ibu tetap dikenang sebagai masakan paling sedap di dunia ini.

Air tangan seorang ibu sebenarnya mengalirkan kasih sayang, kesungguhan dan ketulusan yang tidak berbelah bahagi. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan).

Kerana itu, cuba manfaatkan waktu memasak ini untuk ‘mengikat’ selera dan hati mereka. Nona rangkumkan doa dan amalan zikir langkah demi langkah ini yang boleh anda amalkan sewaktu memasak.

(1) Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

(2) Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi ayat 10 yang bermaksud, “Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

(3) Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud, “Apa yang di sisi-Mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

(4) Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.”

(5) Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah ayat 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

(6) Doa memotong sayur ialah surah Al-Kautsar ayat 1–3 yang bermaksud, “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.”

(7) Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah ayat 137 yang bermaksud, “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(8) Mulakan dengan bacaan Bismillah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Bismillah untuk mendapatkan keberkatan.

(9) Waktu mengacau masakan, KACAU IKUT LAWAN ARAH JAM. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunah Rasulullah.

(10) Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.”

(11) Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati. Norzalina Mohd Alias

Sumber: infomamak

Share
Published by
Norzalina