Sebut saja kulit orang Jepun, terus terlintas kelembutan mochi yang lazat sempurna. Lembap dan anjal bila disentuh, rakyat di Negara Matahari Terbit itu memang terkenal dengan amalan kecantikan wajah yang ringkas serta tidak menyusahkan untuk dipakai.
Salah satu kemestian dalam regimen penjagaan wajah mereka adalah losyen muka. Terus popular dan dipercayai sebagai losyen No. 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut, Hada Labo Hydrating Lotion kekal di hati wanita yang mencintai amalan ‘Cara Kecantikan Jepun.’
Pemakaian losyen wajah sebagai langkah pertama, sangat penting selepas membersih muka kerana kemampuan ‘mengunci’ lembapan, menjadikan kulit kita lebih sihat semula jadi.
Ia juga sesuai dipakai untuk prep mekap. Langkah ini penting bagi menyediakan permukaan wajah yang sempurna, sekaligus memastikan mekap tahan lama tanpa kesan bercapuk.
HYALURONIC ACID
Berbanding losyen wajah lain, Hada Labo Hydrating Lotion diperhebat dengan 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang dipatenkan. Ia mampu membaik pulih lapisan permukaan kulit dan melindunginya daripada ancaman luar.
HA adalah sejenis bahan yang wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia untuk memberikan kelembapan, keanjalan dan kelembutan pada kulit. Hada Labo menghasilkan HA dalam pelbagai saiz molekul untuk penyerapan menyeluruh ke tiap lapisan kulit, sekaligus membekalkan lembapan berpanjangan hingga 8 jam.
Setiap botol losyen pelembap mengandungi:
· HA besar, sederhana & super – 3 jenis HA hebat yang bergabung, membentuk lapisan perlindungan kunci lembapan serta mengekalkannya di dalam kulit untuk jangka masa panjang.
· HA nano – HA bersaiz molekul halus yang mudah meresap dan menyerap jauh ke dalam kulit untuk menganjalkan serta menyediakan kulit untuk bagi langkah seterusnya.
Bukan itu sahaja. Hada Labo Hydrating Lotion turut dirumus dengan kandungan air serta minyak yang seimbang untuk kulit. Penghasilan minyak semula jadi ini membantu mengurangkan jerawat dan mengecilkan saiz liang pori.
Nikmati kompleksi kulit yang lebih sihat serta kurang berminyak dengan tekstur halus secara keseluruhan. Semua kebaikan HA memastikan wajah anda tampil lebih segar bermaya, lembut dan berseri-seri.
Berbeza daripada produk penjagaan wajah lain, losyen ini juga dirumus dengan bijak tanpa kandungan berbahaya seperti alkohol, paraben, pewangi, pewarna, minyak mineral dan MIT.
Jadi tunggu apa lagi, ayuh dapatkan set Hada Labo anda sekarang di Watsons (link https://www.watsons.com.my/hyrdating-lotion-170ml/p/BP_73408), Shopee (link https://shopee.com.my/mymentholatum) dan Lazada (link https://www.lazada.com.my/shop/my-mentholatum). Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Website: Hada Labo Malaysia
Facebook: MY Hada Labo
#HadaLaboMalaysia
#HadaLabo
#HydratingLotion
#SkinHydration
#JapaneseWayOfBeauty
This website uses cookies.