
Melahirkan cahayamata sememangnya menjadi momen indah buat setiap wanita bergelar isteri. Proses kehamilan sepanjang 9 bulan dilalui dengan penuh rasa debaran, teruja dan penuh doa agar zuriat yang dikandung berada dalam keadaan sihat walafiat dan cukup sifatnya.
Perasaan teruja tatkala hamil dan menimang cahayamata sulung merupakan momen indah yang dikongsi oleh Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi. Mia selamat melahirkan cahayamata sulung seberat 3.27 kilogram pada 28 September 2018 yang lalu. Bayi comel pasangan pelakon dan penjaga gol ini diberi nama Sayf Issa Bin Mohd Izham Tarmizi.

Namun begitu, sebaik sahaja Sayf Issa dilahirkan, Mia mengamalkan proses berpantang secara tradisional di bawah pemantauan @natalismothercare. Tambah Mia lagi, sepanjang dalam pantang, dia rajin melakukan tungku dan sauna setiap pagi dan petang, urut, dan bertangas.
Nampaknya, ibu moden seperti Mia juga percaya amalan berpantang secara tradisional berkesan untuk membantu ibu di dalam pantang menjaga kesihatan dari segi fizikal dan mental. Mia sempat berpesan kepada bakal ibu agar jangan ponteng treatment kalau nak cepat kurus dan sihat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah Bercita-Cita Jadi Arkitek & Kecewa Tak Sambung Belajar, Allah ‘Ganti’ Duka Mila Jirin Jadi ‘Arkitek Impian’ Di Bizmilla!

Siapa yang tak kenal dengan figura bernama Mila Jirin ini. Saat ramai yang menjangkakan kariernya sebagai penyanyi terus bersinar selepas memenangi program realiti Akademi Fantasia, rezeki anak jati kelahiran Pulau Pinang ini rupa-rupanya lebih menyerlah dalam bidang perniagaan.
Apatah lagi, Mila mempunyai seorang suami yang berpandangan jauh dan ‘otak bisnes’!
Meskipun layak digelar jutawan namun selebriti ini cukup merendah diri dan sentiasa mencari peluang perniagaan baru demi memajukan lagi perusahaan Bizmilla.
Difahamkan sepanjang hampir 12 tahun membina Bizmilla, Mila dan suami kini memiliki 20 dewan banquet dengan lebih 250 pekerja dan bayaran gaji mencecah hampir RM1 juta sebulan!
Mila Jirin Kini Usahawan Berjaya & Rancak Bina Bizmilla

Berkongsi sisi kejayaan dan kesukaran yang pernah dilalui, Mila atau nama penuhnya Norsyarmila Jirin meluahkan rasa syukur atas perancangan sempurna Allah SWT terhadap dirinya.
Walau pernah sedih kerana tidak mampu melanjutkan pengajian di universiti dan cita-cita bergelar arkitek tidak kesampaian namun hari ini Mila merupakan salah seorang usahawan wanita sukses tanah air.
Dedahnya, “Dulu aku bercita-cita nak jadi jadi engineer. Nak jadi arkitek. Masa sekolah teknik, aku belajar AutoCAD dan lukisan kejuruteraan.
Pernah lukis floor plan ala budak sekolah. ‘Rumah Idaman buat Mak & Ayah’ atas kertas LK. Tapi lukisan tu hilang dan sampai hari ni aku masih ingat dan rindu.
Lepas habis sekolah, aku tak sambung universiti. Masa tu kecewa. Tapi Allah Maha Baik. Allah bawa aku ke ‘universiti kehidupan’. Belajar dari kerja, pengalaman, jatuh bangun.

Tanpa sedar, hari ini aku dah design 20 banquet hall Bizmilla Wedding Centre. Dari lukisan kasar, brainstorming dengan arkitek, 3D drawing, pilih kontraktor, susun material, furniture, banquet equipment, interior exterior plan, hingga ke bahagian yang aku paling suka – concept decoration.
Bahagian paling mencabar tapi paling memuaskan bila jadi realiti.
Aku selalu pesan pada diri, ‘Kalau Allah tak bagi jalan yang kita rancang, Allah sedang bawa aku ke jalan yang lebih indah.’
Dan hari ini, aku bangga jadi ‘arkitek impian’ untuk client-client yang nak bina majlis terindah di Bizmilla. Setiap dewan kami bukan sekadar bangunan, tapi ruang untuk impian jadi kenyataan.”

Mila Jirin mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga bekas pengurusnya Ahmad Ailis Mohamed Mustapha atau dikenali sebagai Isz Mustapha pada November 2015.
Hasil perkongsian hidup selama sedekad, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohd Arif Zikri.
Moga kejayaan yang diraih Mila dengan dibantu bersama suami tercinta ini menjadi inspirasi dan suntikan semangat buat lebih ramai wanita untuk turut sama berjaya seperti personaliti ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
RAISUDDIN HAMZAH Jadi Wakil Jurucakap Pinang Watie Untuk Menantunya. Anggap Shuib Seperti Anak Sendiri

Hujung minggu lalu, terjawab sudah kisah perjalanan cinta di antara Shuib dan pasangannya Wanite Hanafiah. Mereka selamat menjalani adat bertunang dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 23 Jun ini.

Di sebalik keceriaan sepanjang majlis pertunangan itu berlangsung, kehadiran bapa kepada Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah bersama isterinya sebagai wakil pihak Shuib mendapat pujian ramai. Menerusi video yang dikongsi Siti Fatimah Suberi atau biasa disapa Makder, suaminya telah meminangkan sendiri Watie buat Shuib untuk menjadi suri hati penyampai radio Suria FM itu.
Ramai memuji ukhwah yang dijalinkan oleh keluarga ini di mana Raisuddin dan keluarganya menjadi tulang belakang Shuib sejak Allahyarhamah Siti Sarah meninggal dunia dua tahun lalu. Tidak hairanlah mengapa Shuib meletakkan amanah dan tanggungjawab meminang Watie di tangan bapa mentuanya itu yang disifatkan sebagai mentua terbaik.

“Alhamdulillah kami sekeluarga bersyukur dan tumpang bahagia dengan pertunangan ini.
Kami mengharapkan ada yang dapat menjaga Shuib dan anak-anak dengan baik selepas ini,” ujar Mak Der ketika dihubungi oleh NONA sebentar tadi.
Menurut Mak Der yang sememangnya amat rapat dengan Allahyarhamah Siti Sarah, dia mengagumi keperibadian dan sifat yang dimiliki oleh suaminya, Raisuddin Hamzah yang berlapang dada dan menerima dengan hati yang terbuka pelawaan Shuib untuk menjadi wakil pihaknya untuk upacara peminangan tersebut.
“Saya kagum dengan sifat suami yang menerima pelawaan Shuib untuk menjadi wakil di pihaknya untuk pinangan ini. Bagi mereka, tiada istilah bekas mertua dalam kamus keluarga ini. Shuib sememangnya menganggap abah (Raissuddin Hamzah) seperti bapa kandungnya sendiri,” ujar Mak Der yang mendoakan semoga ukhwah keluarga ini terus erat selamanya.

“Terima kasihhh makderr,terima kasih abah. Semoga ikatan keluarga kita makin erat dunia dan akhirat.”-Shuib
Untuk rekod, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Pada Ogos 2021, penyanyi lagu Kesetiaan itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat wabak Covid-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Kisah Kulit Gebu ‘Dipanah’ Terik Mentari & Debu, LISA SURIHANI Terkesan Keadaan Kanak-Kanak Pelarian Rohingya!

Demi menyaksikan sendiri keadaan kanak-kanak pelarian Rohingya, Lisa Surihani sanggup turun padang, berpanas dan melalui kawasan berdebu di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh baru-baru ini. Lisa yang dilantik sebagai Duta UNICEF Malaysia sejak dua tahun lalu tanpa teragak-agak memberi komitmen penuh bertemu kanak-kanak terbabit dengan harapan agar kehadirannya mampu menceriakan anak kecil yang serba kekurangan.
Di samping dapat membuka mata pelbagai pihak agar memberi perhatian kepada kebajikan anak-anak ini sekaligus membela nasib bangsa Rohingya.
Menaiki penerbangan Malaysia Airlines untuk tiba ke Cox’s Bazar awal April lalu, Lisa yang lengkap mengenakan T-shirt rasmi UNICEF dan pakaian serba biru adalah sebagai tanda sokongan kepada golongan kanak-kanak dilihat cukup teruja melayan kaum ibu dan kanak-kanak etnik yang dipinggirkan ini.
Selain beramah mesra dan mendekati mereka, isteri Yusry Abdul Halim ini nyata tidak kekok memasuki salah satu tempat perlindungan kanak-kanak dan wanita di sana yang hanya berdindingkan buluh serta daun rumbia. Memetik kenyataan Lisa ketika menghadiri sambutan ulang tahun Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 anjuran UNICEF Malaysia, ibu kepada dua anak ini menyatakan sokongan penuh terhadap pembelaan kanak-kanak yang tidak diberi peluang kerakyatan.

“Lawatan ini adalah satu pembelajaran untuk saya. Saya bersedia untuk melihat kesengsaraan pengalaman kanak-kanak sebagai pelarian dengan mata saya sendiri. Saya akan lihat dan dengar perkara yang mungkin tidak menyenangkan, perkara yang tiada orang ingin baca, dengar atau buat laporan.
Akan tetapi, dunia perlu tahu apa yang mereka lalui. Seorang kanak-kanak tetap seorang kanak-kanak walaupun mereka pelarian. Dan terutamanya mereka yang ‘voiceless’ seperti mereka yang tiada kerakyatan, pelarian, dipinggirkan. Kita perlu bersuara dengan lebih kuat lagi,” tegasnya.

Dalam lawatan itu juga Lisa berkesempatan mengunjungi Hospital Medan Malaysia yang memberikan khidmat perubatan kepada pelarian di sana. Lisa yang merupakan ibu kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne mengakui terkesan dengan nasib yang menimpa kanak-kanak di kem pelarian paling padat dan terbesar di dunia itu.
Difahamkan, Kem Pelarian Cox’s Bazar menempatkan sehingga 600 ribu orang pelarian Rohingya yang dinafikan hak mereka di negara sendiri, Myanmar. Sudahlah terpaksa berpadat dengan ramai penghuni, mereka juga kekurangan kemudahan seperti bekalan air bersih mencukupi, bekalan elektrik dan sebagainya.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


