Kembali ke realiti. September ini bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara pulih secara berperingkat dan kebanyakan yang bekerja di rumah kembali bertugas di pejabat. Masa untuk bersinar dan melangkah lebih jauh, ayuh semak dulu persiapan kecantikan terbaharu ni!
Ciptakan semula penampilan yang lebih bertenaga, segar dan muda. Memandangkan SOP pelitup muka terus menjadi norma baharu di tempat kerja, berikan tumpuan lebih kepada bahagian sekitar mata yang kebiasaannya cepat ditandai penuaan.
Ads
Tip 1: Buat transformasi kulit ketika tidur
Usah buang masa, mengapa tidak dirawat kulit wajah ketika anda berehat? OLEHENRIKSEN memperkenalkan Dewtopia 20% Acid Night Treatment, serum terbaharu yang berkuasa menyingkirkan kulit kusam dalam satu malam.
Campuran 20% asid terdiri AHA (10%) dan PHA (10%) mampu menjelmakan kulit yang lembut, sekata dan berseri-seri pada waktu pagi.
Tip 2: Atasi kedutan mata
Serlahkan pandangan yang menawan di sebalik pelitup muka. Setiap hari, oleskan Clarins Double Serum Eye ini untuk melicinkan kedut, mengurangkan sembap bawah mata dan lingkaran gelap sambil melindungi kulit mata yang sensitif.
Ia juga diperkaya dengan Anti-Pollution Complex untuk membantu melindungi kulit daripada kesan sampingan blue light.
Tip 3: Litupan penuh bawah mata
Selepas mengoles serum, jangan lupa litupi dengan Fenty Beauty Bright Fix Eye Brightener. Walaupun mempunyai tekstur ringan, namun ia cukup mampan untuk litupan penuh dan berpanjangan, sekaligus melembap dan mencerahkan daerah bawah mata yang gelap.
Ads
Tip 4: Bulu mata melentik
Sesuai untuk semua jenis bulu mata, Rare Beauty Perfect Strokes Universal Volumizing Mascara ini sememangnya untuk anda. Menurut pengasasnya iaitu selebriti Selena Gomez, beliau percaya maskara ini adalah ‘starting point’ terbaik.
Formula maskara yang melentik, memanjangkan dan menebalkan bulu mata menjadikan ia sempurna di setiap sudut.
Tip 5: Pakai produk kulit berasaskan berlian
Ads
Apabila mula bekerja, penjagaan kulit harus menjadi keutamaan lebih-lebih lagi yang bekerja di bawah pendingin hawa. Rangkaian ACELABS Lumiere Diamond yang dihasilkan daripada serbuk berlian sebenar ini antara yang efektif untuk kecantikan.
Menariknya, fungsi pintar SMART membantu mengatasi tanda penuaan, mampu meresap jauh ke dasar kulit dan menyerlahkan kompleksi yang muda remaja.
EKSTRA!
Bagi meningkatkan lagi penjagaan kesihatan anda di tempat kerja, jenama Skin Inc menyarankan anda membawa beg perlindungan COVID yang berisi semua keperluan penting.
Antara yang mesti diisi adalah hand sanitizer, serum muka dan mask liner, selain faceshield, semburan sanitasi, tisu basah dan sebagainya. Lengkap dalam satu beg Skin Inc!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari seorang ‘influencer’ yang memiliki lebih 100 ribu pengikut di laman Instagram, Qasrina Karim kini melebarkan sayap kariernya dalam dunia lakonan. Kejayaan lakonannya dalam filem Kongsi Raya hasil arahan Teddy Chin membuka jalan luas untuknya melakar kejayaan buat diari seninya sendiri.
Qasrina yang memiliki segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia ternyata bukan sahaja memiliki gaya fesyen menarik yang seringkali menjadi rujukan kaum hawa terutamanya yang memakai hijab untuk tampil bergaya, malah bintang yang kian menyerlah ini memiliki aura kecantikan yang sempurna.
Menurut Qasrina yang ditemubual di acara pelancaran kosmetik Wardah juga merupakan duta bagi jenama ini berkongsi antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan.
Selain daripada itu, bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari.
Sumber air amat penting untuk memastikan tubuh badan saya sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat. Malah, ia juga memberi kebaikan kepada kulit wajah.
Jadi saya seringkali minum sekurang-kurangnya dua liter air atau satu liter botol besar. Bagi aspek pemakanan pula, saya tidak minum susu kerana ia boleh menyebabkan wajah saya berjerawat
Menurut Qasrina juga, dia hanya minum susu jenis oat dan juga kacang almond untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.
Di samping itu juga, Qasrina akan memastikan waktu tidurnya dijaga dengan baik untuk memberi tenaga pada keesokakan harinya.
Sama juga seperti orang lain, bagi saya, waktu tidur amat penting. Saya perlukan selama enam hingga tujuh jam untuk memastikan tubuh badan saya berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
Bukan itu sahaja, malah untuk memberi tubuh badan saya lebih bertenaga, saya menjadikan senaman badminton atau berlari sebagai aktiviti senaman yang memberi banyak kebaikan pada diri
Wajah Qasrina juga seringkali disamakan dengan dua figura hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah. Memandang isu tersebut dalam sudut yang positif, Qasrina terima sebagai pujian tetapi lebih selesa jika tidak dibanding-bandingkan dengan mana-mana selebriti.
Tak dinafikan bakat lakonan Riena Diana semakin dapat pujian dan jadi buruan pengarah seni. Bukan hanya berbakat besar namun aktres ini juga mempunyai pakej lengkap dan dikurniakan raut wajah cantik. Apatah lagi dia masih muda dan sihat bertenaga.
Karakter yang dibawa Riena Diana sebagai Laila dalam drama bersiri popular Kampung People memberi kesan di hati penonton. Walau ‘demam’ Kampung People sudah berakhir namun lakonan mantap wanita cantik ini masih diingati.
Terutamanya slanga Riena dalam drama tersebut yang kerap menyebut nama ‘Lailer’ hingga mencuit hati peminat. Sejak drama berkenaan ditayangkan, ramai yang mula mengenali Riena. Sekaligus berjaya melonjakkan populariti anak kelahiran Selangor itu.
Baru-baru ini, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal diberi kepercayaan sebagai penyiasat bagi program I Can See Your Voice Musim Ketujuh.
Sejak drama Kampung People melonjak naik sekitar tahun 2019, bakat lakonan Riena Diana menjadi buruan pengarah dan wajah cantiknya semakin banyak menghiasi drama di kaca televisyen.
Antara drama lakonannya termasuklah Wanita Syurga, Nur, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin dan Cinta Buat Dara bersama Syafiq Kyle.
Setiap hari apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tentang laporan kes terkini wabak COVID-19 ianya cukup meresahkan kita.
Namun begitu, kita dinasihatkan untuk bertenang dan tidak terlalu panik dengan mengikut setiap arahan yang diberikan. Teruskan amalan norma baharu dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti kerap mencuci tangan, menyapu hand sanitizer, memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan sosial pada setiap masa.
Bagi mereka yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk memakai pelitup muka bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Namun, ada juga mereka yang sihat atau tidak bergejala turut memilih untuk memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada jangkitan.
Ia sebagai salah satu cara kita mencegah penularan wabak ini. Namun, apa yang harus anda tahu ialah penggunaan pelitup muka secara terus menerus memberi kesan tidak bagus terhadap kesihatan kulit wajah.
Kulit akan menjadi lebih sensitif dan mudah berjerawat di beberapa bahagian akibat penggunaan pelitup muka dalam tempoh terlalu lama. Keadaan tersebut berlaku kerana kulit tidak dapat bernafas. Bagi membolehkan kulit bernafas seperti biasa, buka pelitup muka setiap empat jam selama 15 minit, jika anda tidak berada di tempat sesak.
Tahukah anda ketika kita bernafas kemudian menghembusnya, suhu dan kelembapan di sekitar pelitup muka yang tertutup akan meningkat. Keadaan ini boleh menggalakkan bakteria untuk terus membiak.
Akhirnya keadaan ini boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan mudah tersumbat. Selain itu, jika pelitup muka dibiarkan dalam jangka masa panjang boleh meninggalkan bekas pada kulit.
Justeru, anda disarankan supaya melakukan rawatan kulit secara natural antaranya dengan menyapu pelembap dan masker. Pakar dermatologi turut mengesyorkan cara selamat bagi membantu mengelakkan masalah kulit.
Anda boleh menyapu pelembap pada setiap hari untuk mengurangkan masalah kulit kering atau berminyak. Ini kerana kulit yang kering atau berminyak boleh memburukkan lagi keadaan kulit contohnya jerawat.
Waktu terbaik untuk menggunakan pelembap wajah ialah selepas mandi, mencukur janggut (bagi lelaki) atau ketika berlakunya pengelupasan kulit. Sebaiknya elak mengeringkan kulit wajah yang sedang basah dengan menggunakan tuala dan menggosoknya. Cara ini boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan kelembapan kulit.
Oleh itu, amalkan rutin penjagaan kulit seperti biasa biarpun dalam norma baharu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...