Kembali ke realiti. September ini bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara pulih secara berperingkat dan kebanyakan yang bekerja di rumah kembali bertugas di pejabat. Masa untuk bersinar dan melangkah lebih jauh, ayuh semak dulu persiapan kecantikan terbaharu ni!
Ciptakan semula penampilan yang lebih bertenaga, segar dan muda. Memandangkan SOP pelitup muka terus menjadi norma baharu di tempat kerja, berikan tumpuan lebih kepada bahagian sekitar mata yang kebiasaannya cepat ditandai penuaan.
Tip 1: Buat transformasi kulit ketika tidur
Usah buang masa, mengapa tidak dirawat kulit wajah ketika anda berehat? OLEHENRIKSEN memperkenalkan Dewtopia 20% Acid Night Treatment, serum terbaharu yang berkuasa menyingkirkan kulit kusam dalam satu malam.
Campuran 20% asid terdiri AHA (10%) dan PHA (10%) mampu menjelmakan kulit yang lembut, sekata dan berseri-seri pada waktu pagi.
Tip 2: Atasi kedutan mata
Serlahkan pandangan yang menawan di sebalik pelitup muka. Setiap hari, oleskan Clarins Double Serum Eye ini untuk melicinkan kedut, mengurangkan sembap bawah mata dan lingkaran gelap sambil melindungi kulit mata yang sensitif.
Ia juga diperkaya dengan Anti-Pollution Complex untuk membantu melindungi kulit daripada kesan sampingan blue light.
Tip 3: Litupan penuh bawah mata
Selepas mengoles serum, jangan lupa litupi dengan Fenty Beauty Bright Fix Eye Brightener. Walaupun mempunyai tekstur ringan, namun ia cukup mampan untuk litupan penuh dan berpanjangan, sekaligus melembap dan mencerahkan daerah bawah mata yang gelap.
Tip 4: Bulu mata melentik
Sesuai untuk semua jenis bulu mata, Rare Beauty Perfect Strokes Universal Volumizing Mascara ini sememangnya untuk anda. Menurut pengasasnya iaitu selebriti Selena Gomez, beliau percaya maskara ini adalah ‘starting point’ terbaik.
Formula maskara yang melentik, memanjangkan dan menebalkan bulu mata menjadikan ia sempurna di setiap sudut.
Tip 5: Pakai produk kulit berasaskan berlian
Apabila mula bekerja, penjagaan kulit harus menjadi keutamaan lebih-lebih lagi yang bekerja di bawah pendingin hawa. Rangkaian ACELABS Lumiere Diamond yang dihasilkan daripada serbuk berlian sebenar ini antara yang efektif untuk kecantikan.
Menariknya, fungsi pintar SMART membantu mengatasi tanda penuaan, mampu meresap jauh ke dasar kulit dan menyerlahkan kompleksi yang muda remaja.
EKSTRA!
Bagi meningkatkan lagi penjagaan kesihatan anda di tempat kerja, jenama Skin Inc menyarankan anda membawa beg perlindungan COVID yang berisi semua keperluan penting.
Antara yang mesti diisi adalah hand sanitizer, serum muka dan mask liner, selain faceshield, semburan sanitasi, tisu basah dan sebagainya. Lengkap dalam satu beg Skin Inc!
This website uses cookies.