Peminat masakan tempatan mahupun Barat tentu sekali arif dengan pelbagai rempah ratus yang berfungsi untuk menambah aroma dan rasa hidangan. Selain membangkitkan kelazatan, tahukah anda bahawa ia juga memiliki kuasa penyembuhan yang luar biasa? Ayuh teliti pelbagai kurnia kesihatan yang dimiliki oleh rempah ratus di bawah.

Ads
  1. BAWANG PUTIH

Keharuman aroma bawang putih terhasil daripada allicin, sejenis sulfur yang mengandungi khasiat perubatan herba. Jika diamalkan setiap hari, bawang putih dapat membantu untuk merendahkan risiko penyakit jantung sehingga 76%, mengurangkan paras kolesterol, mencairkan darah (mengelakkan darah beku) serta membekalkan antioksidan. Ia juga berupaya menyisihkan karsinogen yang memusnahkan sel DNA.

  1. CENGKIH

Biji cengkih mengandungi khasiat antiradang yang dikenali sebagai eugenol serta antioksidan untuk melindungi anda daripada penyakit jantung serta kerosakan sendi rawan atau otot akibat artritis. Selain itu, penghidap sakit gigi juga boleh mencuba petua berikut. Kunyah beberapa biji cengkih dan alihkan ke arah gigi yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Minyak cengkih dapat memberi efek kebas dan membunuh bakteria.

Amalkan 6 REMPAH RATUS Ni Untuk Hindar Penyakit, InsyaAllah Berkesan!

  1. HALIA

Para penyelidik mendapati bahawa halia baik untuk menentang inflamasi. Gabungan halia dan kunyit juga mampu mengurangkan kesakitan atau bengkak bagi penghidap artritis. Ia turut berkesan untuk mengurangkan simptom migrain serta mencegah dan melambatkan pertumbuhan kanser. Selain itu, halia dapat meneutralkan asid, mengurangkan rasa loya dan meningkatkan jus penghadaman.

Ads
  1. KETUMBAR

Turut dikenali sebagai parsli Cina, ketumbar sering digunakan secara meluas dalam masakan Thai, Vietnam dan India. Ia dipercayai baik untuk meredakan masalah penghadaman, malah amat sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah usus atau diarea. Selain itu, kajian ke atas ketumbar juga mendapati bahawa ia boleh mengurangkan kolesterol serta diperkaya dengan antioksidan yang tinggi.

Amalkan 6 REMPAH RATUS Ni Untuk Hindar Penyakit, InsyaAllah Berkesan!

Ads
  1. KULIT KAYU MANIS

Aromanya yang manis dan rasanya yang enak pasti membuatkan ramai yang sukar percaya bahawa kulit kayu manis dapat membantu meningkatkan kawalan gula darah bagi pesakit diabetes. Ia baik untuk meningkatkan fungsi insulin dan merendahkan paras gula darah dengan hanya pengambilan ½ – ¼ sudu teh sehari. Selain itu, rempah ini juga mengandungi khasiat antibakteria dan antiradang serta baik untuk meredakan masalah pedih ulu hati.

  1. KUNYIT

Kuasa kunyit mula mendapat perhatian penyelidik selepas didapati baik untuk membantu menentang kanser. Bahan yang terdapat di dalam warna kuningnya dikenali sebagai curcumin dan dianggap sebagai agen antikanser. Ia dapat membantu untuk meredakan inflamasi yang mencetus tumbesaran tumor, malah turut berfungsi sebaik brokoli atau kubis bunga untuk membunuh karsinogen.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI