Pelakon Oktovia Manrose telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 6 Disember lalu kira-kira pukul 8.40 malam di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Oktovia atau nama penuhnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman berkata, dia bersyukur diberi seorang lagi zuriat selepas 11 tahun melahirkan anak pertama.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Oktovia kelihatan mendukung anaknya sambil menitipka rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakannya dan suami seorang lagi cahaya mata.
Selain daripada itu, dia juga sempat memberikan ucapan sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan yang sentiasa menjadikannya seorang yang istimewa. “I will always love you with all my heart. Happy 1st year of our relation!”, tulisnya.
Selain itu, Oktavia juga berharap agar zuriat mereka ini dapat membesar menjadi seseorang yang bertakwa dan taat dengan perintahAllah S.W.T.
Untuk rekod, Oktovia Manrose sebelum ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan pertamanya. Pada penghujung tahun 2021, pelakon terbabit telah bernikah dengan Khairul Efsan dan menimang cahaya mata perempuan pertama mereka awal Disember tahun ini.
Tahniah NONA ucapkan kepada Oktovia dan Khairul Efsan atas kelahiran anak pertama mereka.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.