Bukan rezeki Sharifah Zarina Wan Hassan dapat pembantu rumah yang baik. Tak sampai 24 jam diambil bekerja di rumahnya, pembantu rumah warga Indonesia itu dipercayai melarikan diri dengan memanjat tembok kediaman milik pelantun lagu Langit Ketujuh itu menjelang waktu Subuh sekitar pukul 4 pagi.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah Zarina, kelihatan amah yang lengkap memakai uniform warna olive lengkap bertudung gelap, menggunakan kerusi untuk memanjat tembok dengan membawa dua beg sebelum berjaya meloloskan diri pada 6 April lalu.
Kongsi ibu berusia 42 tahun itu, “Tak tahulah nak marah ke nak gelak. Ambil pukul 10 malam tadi pukul 4 pagi sudah kabur deh. Mau ke mana kamu? Udah ada yang nungguin ya.
View this post on Instagram
Tak apalah bukan rezeki saya. Harap-harap tak adalah apa-apa barang yang dicuri. Nak transfer duit kat agent pun tak sempat lagi dah bye bye gitu ya.
Nasib baik… kalau tak naya diknon. Saya upkan ni untuk peringatan kat you all semua kot kot la ada lagi dia ni muncul nak kerja jadi maid rumah korang. So be alert!”
Tak sangka insiden ini berlaku di rumahnya, Sharifah Zarina bagaimana pun menjelaskan tujuan dia mendedahkan perkara tersebut supaya kejadian sama tidak berulang kepada orang lain.
“Susah sungguh nak ambil maid sekarang ya. Gaji RM1.5k (permulaan) pun nak lari. Lepas 3 bulan naik lagi gajinya. Dahlah saya ni bukannya ada anak kecil. Semua dah besar buat hal masing-masing.
Saya cakap kat dia, sapu rumahnya seminggu sekali cukup. Cuci toiletnya seminggu 2 kali aja ya udah. Jangan fikir-fikir sangat buat kerja rumah.
Padahal saya sudah bilang kalau ngak serasi cakap je saya hantar balik ke agent terus cepat-cepat. Tapi tetap mau lari di Subuh hari ya.
Waduh waduh. Kok minta viral yah kamu. Makasi (terima kasih) ya transit di rumah saya.”
Dalam pada itu, Sharifah Zarina turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menguar-uarkan perkara ini kepada umum.
“Banyak versi komen-komen yang saya baca pasal kes maid saya yang lari tu. Apa pun nak ucap terima kasih pada yang ambil berat dan tanya khabar.
Terima kasih juga rakan media panjangkan hal ini sebab memang niat saya upkan perkara ni untuk bagi amaran dengan sesiapa je yang nak ambik maid.
Mana tahu minah ni dia pegi kerja rumah orang lain pula. Huh, angan-angan saya nak silang kaki macam boss terbantut lah. Kena sambung lagi nampaknya jadi maid tanpa gaji,” seloroh Zarina.
Moga Sharifah Zarina sekeluarga dilindungi daripada perkara yang tidak baik dan dipermudah segala urusan.