Ambil Upah Jahit & Kerja Kedai Makan Waktu Kecil, Impian DATIN AMELIA HASSAN Jadi Usahawan Tertunai!

Kagum dengan kesungguhan dan semangat Datin Amelia Hassan! Mula berniaga seawal umur sembilan tahun, jelitawan yang meniti usia 36 tahun ini kian sukses bergelar usahawan dan membina legasi sendiri.

Tidak menyesal ‘mengorbankan’ zaman kanak-kanak kerana minat mendalam terhadap dunia perniagaan, Datin Amelia tersenyum puas apabila impian memiliki empayar niaga dan menjadi bos kini dalam genggaman.

Sejak remaja hingga ke hari ini pesona dan aura Datin Amelia sentiasa menarik perhatian. Apatah lagi dia memiliki rupa paras menawan yang membuatkan sesiapa saja terpikat dengan personaliti dirinya.

Akui Datin Amelia, dari kecil lagi dia sudah pandai bergaya dan menjaga penampilan diri. Sampaikan arwah ibunya memanggil pemilik Amelia Hassan Holdings Sdn Bhd ini dengan gelaran ‘Datin’. Masin mulut ibu!

Foto Koleksi Peribadi Datin Amelia Hassan
Foto Koleksi Peribadi Datin Amelia Hassan
Foto Koleksi Peribadi Datin Amelia Hassan
Foto Majalah Nona
Foto Koleksi Peribadi Datin Amelia Hassan

“Umur sembilan tahun saya sudah minat berniaga dan mengikut jejak langkah arwah ibu. Arwah ibu saya orang Padang, Indonesia dan keturunan Minang. Jadi, ‘darah’ peniaga itu sudah sebati dan mengalir dalam diri.

Dari kecil saya mula berdikari dan bekerja sendiri tanpa paksaan ibu ayah. Mereka juga bagi kebenaran ambil upah di kawasan rumah kerana faham minat saya untuk mencari duit sendiri.

Setiap hujung minggu, saya akan ambil upah bekerja di kedai makan kawan ibu saya. Hari biasa pula saya ambil upah jahit baju, sembat dan jahit tulang belut di rumah. Itu pun selepas kerja sekolah sudah siap.

Hasil duit upah itu saya jadikan sebagai modal untuk membeli peralatan tulis yang saya jual kepada kawan-kawan di sekolah. Memang sejak kecil lagi saya simpan angan-angan mahu menjadi bos dan jutawan untuk bantu keluarga, adik-beradik, saudara mara dan orang susah. Itu niat dan impian saya.

Dek kerana sudah terbiasa pegang duit sendiri, saya puas dapat beli apa yang saya mahu dengan duit tersebut. Kalau ingat balik detik itu, tiada sekelumit pun rasa menyesal korbankan zaman kanak-kanak untuk berniaga dan ada duit sendiri. Sampai sekarang saya terbiasa mencari, memberi dan tidak pandai meminta-minta daripada orang,” ungkap anak sulung daripada empat beradik ini.

Foto Koleksi Peribadi Datin Amelia Hassan
Foto Majalah Nona
Foto Koleksi Peribadi Datin Amelia Hassan

Sementara itu bisnes fesyen Amelia Hassan kini tertumpu kepada koleksi Khimar dan tempahan baju raya dan majlis keramaian. Ujarnya, idea menghasilkan khimar tercetus sewaktu mengerjakan umrah. Istimewanya Khimar by Amelia Hassan ialah ia ringan, jenis kain yang digunakan tidak mudah kedut, selesa, pilihan warna menarik dan ready for

solat.

Selain ada label fesyen sendiri, Datin Amelia juga pengasas bersama pusat rawatan estetik Health Valley yang turut memasarkan produk supplemen kesihatan ToCo-R untuk kesihatan dan kecergasan wanita, Pure Bird’s Net yang berkualiti premium, EmCurve dan EmLady.

Graduan Diploma Perniagaan dan Diploma Fesyen ini bertuah kerana perjalanan kariernya selama ini mendapat sokongan suami tercinta, Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin.

“Suami sangat supportive. Dari awal perkenalan, dia tahu saya rajin cari duit dan kerja siang malam. Dia selalu beri semangat dan inspirasi buat saya serta selesa saya jadi diri sendiri. Apa saja keputusan saya, suami sokong. Katanya, saya berbeza daripada wanita lain kerana ada visi hidup dan dia bangga memiliki saya.

Alhamdulillah, kami saling melengkapi dan suami adalah segala-galanya buat saya. Semangat dan sokongan darinya menjadikan siapa saya hari ini.”

Foto Majalah Nona
Foto Koleksi Peribadi Datin Amelia Hassan
Foto Koleksi Peribadi Datin Amelia Hassan
Foto Koleksi Peribadi Datin Amelia Hassan

Tambahnya lagi, “Keluarga adalah keutamaan saya. Tiada guna ada duit banyak tapi keluarga tak bahagia. Jadi, bila waktu bekerja saya akan beri perhatian sepenuhnya. Begitu juga bila bersama suami dan anak-anak, saya akan manfaatkan masa berkualiti bersama-sama.”

Dalam kesibukan mengurus keluarga dan perniagaan, Datin Amelia tidak terkecuali menjaga kesihatan diri. Patutlah sentiasa cantik dan kekal ramping. Ditanya rejim kecantikan yang diamalkan selama ini, sambil tersenyum Datin Amelia membuka rahsia.

“Makan makanan yang berkhasiat, vitamin jangan lupa, saya juga amalkan pengambilan bird nest,

cuba tidur secukupnya dan elakkan diri dengan stress. Saya juga luangkan masa untuk bersenam dan buat rawatan curve burn fat di Health Valley. Kalau tak ada masa sekali pun cuba berjalan at least 10km setiap hari dan buat jadual untuk me time.

Selain itu, sentiasa berfikiran positif, sedekah setiap hari atau lakukan perkara yang boleh buat kita bahagia. Paling penting dekatkan diri dengan Allah SWT dan utamakan keluarga, suami serta anak-anak.”

Sebelum mengakhiri perbualan, Datin Amelia meluahkan rasa syukur atas limpahan rezeki yang dikurniakan kepadanya hari ini. “Alhamdulillah setiap kejayaan saya bermula dari keluarga dan doa anak-anak angkat saya. Saya tidak sesekali lupa di mana asal usul saya.

Bila sudah berjaya sekarang, cara untuk saya reward diri ialah dengan membahagiakan orang tua, mentua, suami, anak-anak dan anak-anak angkat iaitu anak-anak yatim yang saya jaga.

Saya akan pastikan anak-anak yang saya ambil sebagai anak angkat seramai ratusan orang ini akan bahagia dan turut merasai kesenangan saya.”

Share
Published by
Suzi