Gaya Hidup

Ameerah AlTaweel, Gadis Biasa Menjelma Jadi Puteri Arab Saudi Yang Disayangi

Memiliki rupa paras yang yang cantik, Puteri Ameerah binti Aidan bin Nayef AlTaweel Al Otaibi telah memukau setiap mata yang memandang. Lahir pada 6 Novermber 1983, Puteri Ameerah AlTaweel dibesarkan oleh ibunya yang berstatus ibu tunggal bersama neneknya di Riyadh.

Kisah hidupnya umpama dongeng yang sering menjadi bed-time story kanak-kanak perempuan, Cinderella. Ketika berusia 18 tahun, Puteri Ameerah AlTaweel mahu menyiapkan tugasan sekolahnya dengan mewawancara Putera AlWaleed Bin Talal yang merupakan cucu dari Raja Pertama Arab Saudi, Ibn Saud juga merupakan anak saudara Raja Arab Saudi sekarang, Raja Salman bin Abdul Aziz.

Kehebatan cinta pandang pertama di antara keduanya telah memutuskan pasangan ini untuk melangsungkan perkahwinan walaupun jarak usia 30 tahun. Bermulalah episod Puteri Ameerah alTaweel sebagai ahli istana Arab Saudi.

Namun, sayangnya perkahwinan yang terjalin atas dasar cinta ini tidak kekal lama dan pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada November 2013. Walaupun sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih baik sebagai sahabat.

Harta yang melimpah-ruah tidak menjadikan Puteri Ameerah AlTaweel duduk bermaharalela di kediaman mewahnya. Wanita yang mendapat pendidikan di University in New Haven dalam jurusan Pengurusan Perniagaan ini juga terkenal sebagai seorang aktivis kemanusiaan.

Puetri Ameerah AlTaweel pernah menjawat jawatan sebagai Wakil Ketua Yayasan Alwaleed bin Talal yang bergerak dalam bidang kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan pendidikan. Beliau telah melawat lebih daripada 70 buah negara dengan inisiatif membantu mereka yang memerlukan. Puteri jelita ini terkenal di seluruh dunia sebagai seorang dermawan dan juga ikon fesyen.

Selain beramal untuk membantu mereka yang memerlukan Puteri Ameerah AlTaweel juga memperjuangkan hak wanita daripada diskriminasi gender. Beliau berjuang agar kaum wanita di Arab Saudi tidak lagi dijadikan warga kelas dua. Puteri Ameerah mahu menjadi wanita pertama yang memandu di atas jalan raya Arab Saudi.

Puteri Ameerah AlTaweel juga aktif membantu pesakit kanser melalui Tasamy Social Inisiative Center. Organisasi ini merupakan gerakan positf untuk menyalurkan kempen kesedaran dan bimbingan bagaimana melawan kanser.

Puteri Ameerah AlTaweel telah menamatkan zaman solonya dengan berkahwin dengan seorang Jutawan Arab Saudi, Khalifa bin Butti al Muhairi. Dikhabarkan suami barunya ini memiliki jumlah kekayaan USD1.5 billion yang menjadikannya di antara lelaki terkaya di dunia. Khalifa bin Butti al Muhairi merupakan pemegang saham terbesar di NMC Healthcare, sebuah syarikat swasta dalam bidang kesihatan terbesar di Arab Saudi yang berdaftar di London. Beliau juga merupakan Pengerusi Di KBBO Group.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan