Alahai, manjanya cucu Datin Seri Rosmah Mansor. Ke mana saja pergi pasti ingin berada di sisi dan ‘melekat’ dengan nenek kesayangan. Isteri bekas Perdana Menteri ini juga dilihat mesra dan rajin melayan cucu tersayang. Apatah lagi dengan satu-satunya cucu perempuan yang merupakan anak kepada Yana Najib ini.
Berkongsi detik indah ibu tersayang bersama permata hatinya itu, pemilik nama Nooryana Najwa Najib Razak ini teruja menyaksikan dua insan kesayangannya tersebut saling menyayangi.
Menerusi foto yang dimuat naik pada awal Mac lalu, kelihatan Datin Seri Rosmah bersama cucunya iaitu Amelia berpimpin tangan dan mengenakan persalinan sedondon rona hijau.
Malah ketika Penaung program PERMATA itu ralit tadabbur Al-Quran, Amelia setia berada di pangkuan Datin Seri Rosmah.
Sebagai ibu, Yana Najib meluahkan rasa gembira melihat keakraban nenek dan cucu berkenaan.
Kongsinya, “Sementara mummy Amelia sibuk, Amelia dah jadi BFF (best friend forever) dengan grandma. And matchy-matchy pula tu.”
Puteri kesayangan Yana Najib ini selamat dilahirkan pada 23 Ogos 2023 dan bakal menginjak usia dua tahun tidak lama lagi.
Yana yang kini menyandang jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai turut aktif membantu golongan memerlukan khususnya wanita.
8 Mac lalu, dia turun padang memeriahkan program ‘Empowering the Young Muslimah: Perjalanan Wanita Muda Dalam Dunia Moden’ dan memartabatkan kaum wanita sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.
“Islam honours women in every way. A mother is a gateway for paradise, a daughter is a path to mercy, and a wife is a garment for love. In Islam a woman is honoured in every stage. Inspired, empowered, and rejuvenated.”
Tidak hanya aktif dalam dunia politik, Yana juga pada 15 Oktober 2024 dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MATRADE yang turut disaksikan pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Yana Najib baru menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 bersama suami tercinta yang berasal dari Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev. Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 19 Mac 2015.
Hasil perkongsian hidup selama sedekad, Yana dan Daniyar dikurniakan tiga orang anak iaitu Adam Razak berusia tujuh tahun, Aidan Najib Daniyar kini berumur tiga tahun dan Amelia Rahah Daniyar.
Selain Adam, Aidan dan Amelia, Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima kehadiran cucu baharu iaitu Ardan Razak yang lahir pada 16 Januari lepas. Ardan ialah anak kepada Ashman Najib dan isteri, Nikola Mulyadi.
Ini menjadikan Ardan Razak cucu keempat buat bekas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
This website uses cookies.