Seperti yang diketahui ramai, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat telah selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan di Kuala Lumpur pada 21 September lalu jam 7.07 malam. Bayi perempuan comel yang diberi nama Ana Nayla benar-benar telah mencuri hati setiap orang yang memandangnya.
Memiliki kulit wajah yang putih kemerahan mewarisi kecantikan ibunya dan ketampanan ayahnya. Bayi perempuan yang mesra disapa ‘baby wuvv’ oleh ibunya begitu comel dengan mempunyai sepasang mata yang cantik dan berwarna kelabu. Kebahagian jelas terpancar di wajah isteri kepada Nabil Mahir ini.
View this post on Instagram
Nampaknya Ayda Jebat sudi berkongsi kebahagiaannya bergelar seorang ibu dengan membuka akaun laman sosial khusus untuk anak kesayangannya itu @ananaylaofficial menerusi Instagram. Walaupun akaun tersebut baharu sehari diwujudkan namun telah mempunyai hampir 50 ribu pengikut. Wajah comel Ana Nayla boleh ditatap menerusi akaun ini.
Sejak mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu memang seronok melihat perjalanan hidup pasangan selebriti ini. Kedua-duanya sangat ceria dan jelas terpancar kebahagiaan pasangan suami isteri ini. Baik Ayda Jebat mahupun suaminya, Nabil Mahir kedua-duanya suka bergurau dan usik mengusik antara satu sama lain.
Kini pasangan sama cantik sama padan ini menempuh fasa baru dalam hidup mereka apabila bergelar mommy dan daddy. Ayda Jebat memulakan langkah dalam karier seninya apabila menyertai program Akademi Fantasia Musim ke-9. Ketika itu usianya baharu sahaja menjangkau usia 19 tahun.
Penyanyi lagu Temberang ini telah memilih untuk menjalani pembedahan ketika melahirkan anaknya. Walau bagaimanapun Ayda Jebat telah bersalin seminggu lebih awal daripada tarikh yang dirancang.
Sebelum itu, pasangan selebriti juga telah berkongsi momen indah dalam hidup mereka mengumumkan jantina bayi di hadapan anggota keluarga mereka di rumah serta sahabat terdekat secara virtual.
Pengumuman yang turut dikongsikan di saluran YouTube Wuvv Show itu, dengan durasi 7 minit dan 58 saat penuh dengan gelak tawa. Seronok melihat bagaimana pasangan ini mengusik keluarga dan para sahabatnya.