Sejak ada anak kecil, waktu solat ibu sering terbabas. Perkongsian ibu Insyirah bagi idea utuk ibu-ibu perbaiki solat. Nak-nak waktu sekarang ini, bila tiba hendak berjemaah, ada sahaja yang buat fiil.
Anak-anak banyak ragamnya. Kadang-kadang mereka nak mendengar kata, kadang-kadang kita sampai naik hantu pula bila si kecil meragam taknak ditinggalkan. Susah hati ibu bila balik dari kerja, nak kejar waktu solat. Waktu itu jugalah si anak tadi asyik nak mengempeng.
Ads
Anak-anak yang dah boleh faham, boleh juga kita slowtalk, tapi maslaahnya untuk anak yang masih bayi. Tak boleh nak salahkan mereka sebab seharian mereka di taska atau rumah pengasuh, tentu balik ke rumah nak bermanja dengan mak pula sampai kadang-kadang solat pun hujung-hujung waktu. Yang terpaksa qada solat pun ada sebab anak taknak berenggang.
Perkongsian cara solat dengan anak kecil oleh Insyirah Soleha di laman FBnya boleh menjadi panduan untuk mak-mak yang selalu menghadapi masalah ni.
“Selalu ibu-ibu bila ada anak kecil, tak seronok terasa peluang ibadah semakin sempit. Selalu rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan. Jadi, suami cadangkan untuk kami berkongsi cara untuk solat dengan anak kecil. Mungkin ada masa anak meragam tak mahu duduk, ibu pula dah makin singkat waktu untuk solat. Daripada luput waktu solat, boleh sahaja solat dengan anak kecil.”katanya.
Apa tips diberikan?
1. Ibu ayah boleh salin pampers anak sebelum solat. Kalau memang pampers anak berat dengan air kencing atau berak, basuh dahulu. Bagi anak selesa.
2. Ibu biasanya dapat agak masa untuk salin pampers anak, jadi boleh sedia untuk tukarkan pampers anak sebelum solat.
Permasalahan dukung anak pakai pampers ;
1. Berhubung dengan najis
متصل بالنجاسة
2. Menanggung najis
حامل النجاسة
Dua perkara ini berbeza :
Contoh berhubung dengan najis ialah tahi cicak pada pakaian kita semasa solat.
Contoh menanggung najis ialah kita solat atas karpet masjid, ada najis pada hujung saf.
1. Najis pada pakaian
2. Najis pada karpet.
Apa hukum kedua-dua situasi tersebut?
1. Sah kedua-dua solat?
2. Tidak sah kedua-dua solat?
3. Salah satu sah?
“Solat tidak sah sekiranya najis pada pakaian kita semasa solat, tetapi solat sah sekiranya tahi cicak hujung karpet tempat solat. Sama juga seperti dukung bayi belum bersunat dan memakai pampers, najis tidak menempel pada tubuh kita,”katanya lagi.
Ads
Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu
Contoh solat sambil mendukung bayi ketika rukuk
Ads
Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu ketika sujud
Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu semasa tahiyat
NOTA TAMBAHAN :
Ibubapa mestilah memastikan dada sentiasa mengadap ke arah kiblat.
Benarlah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Asalkan kita rajin bertanya, menuntut ilmu dan berpengetahuan, kita tahu solusi kepada setiap persoalan. Lepas ni taka da alasan lagi untuk mak-mak tinggalkan solat dengan alasan anak taknak berenggang ok!
Sumber: FB Insyirah Soleha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Program realiti TV, Pencarian Nona Superwoman semakin hampir ke penghujungnya. Cabaran kian sengit menyaksikan enam lagi peserta yang terus ‘berjuang’ demi merebut tempat ke pentas akhir seterusnya bergelar juara.
Hotel terkemuka bertaraf dunia, Four Seasons Kuala Lumpur menjadi medan pertarungan para peserta Pencarian Nona Superwoman. Apa yang pasti keyakinan dan kemampuan diri setiap peserta masih kekal utuh di hujung perjuangan mereka. Masing-masing berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempamerkan hasil yang terbaik demi menambat hati juri.
Cabaran Episod 7 kali ini ialah ‘Business Strategy – Branding Plan’ yang menguji peserta dalam menghasilkan idea-idea luar biasa untuk pembinaan jenama atau brand identity.
Terdahulu hos Nadia Annuar memperkenalkan panel jemputan yang pakar dalam dunia perniagaan iaitu Sifu Jamal. Peserta diberikan ilmu dan perkongsian tentang penjenamaan produk oleh Sifu Jamal dalam satu sesi workshop.
Seterusnya, cabaran episod kali ini telah diumumkan oleh juri tetap iaitu Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan. Peserta diminta melakukan pembentangan pembinaan jenama dengan menggunakan perkhidmatan sektor-sektor yang diberikan. Awal Ashaari memaklumkan peserta diberikan masa selama satu jam setengah untuk menyiapkan tugasan tersebut manakala untuk sesi pembentangan mereka hanya diberikan masa selama 10 minit.
Hasil penilaian juri, Syu Ramli diumumkan sebagai pemenang dalam cabaran kali ini sekaligus melayakkan dirinya ke pentas akhir. Diikuti Linda Ross, Ayu Omar, Fazs Faozi dan Ana Najia yang turut mara ke peringkat akhir.
Manakala Fazlia Akma berada di kedudukan terendah sekaligus tersingkir.
“Saya memang dah jangkakan yang saya akan tersingkir kerana performance saya agak merosot. Tetapi alhamdulillah saya sampai ke semi-final. Perancangan selepas ini kembali kepada bisnes kerana saya bakal melancarkan sebuah akademi. Jadi saya akan kembali sibuk dengan bisnes.
Salah satu sebab saya sertai Pencarian Nona Superwoman untuk meningkatkan keyakinan diri. Sebelum ini saya mudah gugup bila bercakap depan orang. Dalam program ini saya banyak belajar tentang keyakinan diri, cara penyampaian, cara bercakap, cara bawa diri, body language dan sebagainya. Pesanan saya buat rakan-rakan yang berjaya ke final tunjukkan yang terbaik dan selamat maju jaya!” komen Fazlia.
Pencarian Nona Superwoman julung kali diadakan khusus buat usahawan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Matlamat program ini bagi menyuntik inspirasi dan memberi peluang baharu kepada para peserta agar bangkit memajukan empayar perniagaan memandangkan setiap daripada peserta ini memiliki latar belakang bisnes yang berbeza.
Terus setia mengikuti perjuangan peserta Pencarian Nona Superwoman dalam usaha mereka menjadi ahli perniagaan yang berwibawa serta berkarisma.
Pencarian Nona Superwoman bersiaran setiap hari Rabu jam 9 malam di Astro Prima yang dibawakan secara ekslusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta diperkasakan oleh USANITA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya lafaz puji dan syukur ke hadrat Ilahi mampu diucapkan apabila kunjungan Datin Sri Nurheliza Helmi ke Tanah Suci kali ini, turut dibawa ke tempat-tempat yang terkenal dengan sirah Rasulullah SAW. Lebih manis, kesempatan ziarah bersama suaminya itu dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar.
Berkongsi pengalaman manis itu dengan peminatnya di media sosial, Heliza sempat mengungkap sejarah destinasi yang dikunjungi itu dengan lengkap.
Salah satunya lokasi yang dikatakan tempat Rasulullah SAW bermain ketika berusia 5 tahun. Tonton video yang dikongsi…
“Mengikut sumber penduduk kampung tempatan dikatakan di sinilah Rasulullah SAW dibelah dada ketika berusia 5 tahun.
Jaraknya terletak lebih kurang 100 meter dari tapak rumah Halimah Saadiah, menuruni cerun arah barat rumah Halimah Saadiah.” Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman
“MasyaAllah tabarakAllah. Selalu kita dengar sirah tentang baginda Rasulullah SAW dibesarkan oleh ibu susuan Halimatus Saadiah, diasuh sehingga 4-5 tahun. Tapi jarang sangat kita ke tempat nurseri Rasulullah.
Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk sampai ke Perkampungan Bani Saad yang mana mengikut penduduk tempat di sinilah Rasulullah bermain ketika kecil dan juga dikatakan di cerun ini (gambar kedua) Rasulullah dibelah dada oleh Malaikat Jibrail ketika usia lebih kurang 5 tahun. SubhanAllah.
Lebih umpphh bila kisah-kisah ni diceritakan oleh Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar, Allah beri kefahaman InsyaAllah.”
Paling seronok bila Heliza berkongsi momen iftar di Tanah Suci secara langsung di Instagram. Seronoknya!
Semoga kita juga diberikan kesempatan untuk menyambut Ramadan di Tanah Suci malah dapat peluang melawat tempat-tempat bersejarah Nabi suatu hari nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mizz Nina dipilih sebagai antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini yang disambut di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.
Selebriti berkenaan yang nama sebenarnya Syazrina Azman, 42 tahun dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan atas segala usahanya dalam misi kemanusiaannya selama ini.
Mizz Nina sememangnya sinonim dengan aktiviti sukarelewan kerana sering berkongsi setiap aktiviti kemasyarakatan yang dilakukannya terutama menjalankan misi di negara bergolak seperti Syria bersama-sama dengan peminat dan pengikutnya di media sosial Berita baik itu turut dikongsikan dalam laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), hari ini menerusi hantaran di Instagram @myjakim.
Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada semua ikon yang terpilih. Meninjau Insta Story Mizz Nina, Mizz Nina dilihat turut memuat naik paparan senarai anugerah di samping menulis potongan ucapan terima kasih kepada semua termasuk pihak Jakim, peminat serta rakan-rakan selebriti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...