Tersentuh melihat tubuh-tubuh kecil ini bersengkang mata menyempurnakan kelengkapan buat para petugas barisan hadapan. Tercetusnya Projek Pelangi ini merupakan idea serta inisiatif sendiri oleh anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) sambil dibantu oleh tenaga pengajar RPWP. Murninya usaha anak-anak syurga ini.
Sesugguhnya, pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada para doktor, jururawat, pembantu perubatan dan lain-lain sepanjang penularan wabak COVID-19 cukup menyentuh jiwa rakyat Malaysia.
Semua pesakit dibantu tanpa mengira penat dan lelah. Mereka berjuang siang dan malam demi memastikan para pesakit sembuh seperti mana misi utama mereka iaitu berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakit. Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Seiring dengan bertambahnya kes positif COVID-19 setiap hari, semakin berat beban tugasan mereka. Namun berpaksikan kepada tanggungjawab serta amanah yang diberikan mereka terus berjuang demi menghapuskan virus ini.
Dalam pada itu kekangan terbesar selain berhadapan dengan peningkatan kes setiap hari ialah kekurangan bekalan material untuk menjahit PPE (Personal Protective Equipment). Malah ada yang kehabisan stok! Pun begitu, kini ramai yang telah menunjukkan keprihatinan dengan menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Ini satu perkembangan yang positif!
INISIATIF
Mereka juga telah dilatih untuk membantu insan lain dan dalam masa yang sama tidak merasa rendah diri dengan kekurangan yang ada. Pendedahan ini juga bagi membuktikan bahawa ramai lagi yang lebih susah dan memerlukan bantuan. Secara tak langsung mereka menjadi lebih bersemangat untuk memajukan diri.
Permulaan Projek Pelangi adalah ketika negara dilanda musibah banjir besar di Kelantan sekitar tahun 2015 sampailah sekarang. Terdapat kira-kira 20 orang Co-Founder yang turut sama membantu Warga Prihatin ini.
Ads
Projek Pelangi juga ihsan daripada pengasasnya, Dr Hj Masjuki Hj Mohd Musuri bersama anak-anak yatim untuk membantu petugas barisan hadapan (frontliners). Untuk projek ini mereka telah membeli sebanyak 52,000 meter material PPE untuk dijahit. Anak-anak yatim dan asnaf tekun menjana tenaga menghasilkan face shield untuk kegunaan petugas barisan hadapan.
Tersentuh hati melihat kesungguhan dan ketekunan anak-anak ini membantu frontliners dengan niat untuk membantu Malaysia memerangi wabak COVID-19 bersama-sama. Walaupun tidak berada di barisan hadapan, sekurang-kurangnya mereka memberi bantuan dari segi sokongan material yang diperlukan.
‘Menyedari akan hakikat ini, kami di RPWP bersama anak-anak melalui Projek Pelangi telah memulakan projek “Bantuan PPE COVID-19”, kerjasama bermula dengan Klinik As Salam Bangi, kami sedang menyiapkan “Face Visor” untuk kegunaan para frontliners. Insya Allah, kami juga sedang usahakan bantuan PPE untuk peralatan keselamatan yang lain juga.
Seruan kepada seluruh rakyat Malaysia, ayuh sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada mereka dengan menyumbang semampunya. Biarlah kami bersengkang mata untuk mereka kerana mereka sanggup mati untuk kita.
Projek ini BUKAN untuk mengisi masa lapang di kala PKP ini semata. Tapi sebagai ruang bagi kami untuk mendidik diri sendiri dan anak-anak erti sebenar “ikhlas” dan “kholas” yang bermaksud “habis” dan “selesai”. Oleh itu, setiap yang dibuat haruslah SEHABIS BAIK hingga SELESAI!
Biarpun kos penghasilannya lebih tinggi daripada DIY biasa, kami menekankan kualiti PPE yang dihasilkan Projek Pelangi. Ini bagi menepati piawaian yang diperlukan oleh frontliners COVID-19.’
Ads
OBJEKTIF
Projek ini menyediakan platform kepada masyarakat untuk menyalurkan bantuan modal kepada anggota KKM. Selain itu, menyediakan dan mengedar bantuan PPE kepada anggota KKM di seluruh negara.
Seterusnya ialah menjadikan proses penyediaan dan tadbir urus sebagai satu sarana pendidikan kepada anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin marilah kita sama-sama membantu dengan memberi sumbangan terhadap Projek Pelangi ini untuk menyalurkan bantuan PPE buat petugas-petugas keselamatan bagi menentang wabak virus COVID-19.
Anda juga dialu-alukan untuk turut serta di dalam projek ini atau seumpamanya sekaligus dapat membantu RPWP menjayakan projek mulia ini. Sememangnya mereka masih memerlukan sumbangan dari segi kewangan bagi menjana pembelian material dan peralatan untuk menghasilkan PPE. Semoga kerjasama serta niat kita diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Layari https://projekpelangi.com/kempen/bantuan-ppe-covid-19/ bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menyalurkan sumbangan anda kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Terkini, sasaran sumbangan yang diperlukan ialah sebanyak RM1,000,000.00 Sama-samalah kita membantu seterusnya mengekang wabak COVID-19 ini daripada terus menular.
Stay at home, patuhilah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita jaga kita!
Kredit: Rumah Pengasih Warga Prihatin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon popular Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal berkata, dirinya tidak pernah risau jika rezekinya ‘sempit’ setelah memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat dahulu.
Jelas Nad lagi, dia mahu mencontohi Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai ‘role model’ terdekat. Malah dirinya yakin bahawa dengan penghijrahan ini, dia mampu berjaya dalam karier lakonan dengan melakonkan pelbagai watak termasuk watak antagonis.
Nad Zainal, 34 menjadikan pelakon, Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai contoh terbaik untuk selebriti bertudung yang terus berjaya dalam karier lakonan dengan pelbagai watak termasuk antagonis atau jahat.
Mengulas berkenaan mengapa dia memilih Noorkhiriah sebagai contoh, Nad menyatakan bahawa dia amat mengagumi keperibadian dan perwatakkan yang ditunjukkan oleh aktres itu. Tegasnya lagi keperibadian Norkhiriah wajar dicontohi oleh selebriti wanita bertudung lain.
“Lagipun saya yakin walaupun sudah tampil bertudung, namun masih boleh membawakan apa saja watak dalam lakonan. Malah, rezeki semakin bertmbah dan tidak putus.
“Saya juga melihat kak Noorkhiriah sebagai contoh kerana dia tetap berjaya membawakan watak jahat dengan imej bertudung,” katanya.
Sehubungan itu, bertepatan dengan keputusan ini, Nad memohon agar para peminat mendoakan agar dirinya kekal istiqomah dengan penampilan berhijab. Tambahan pula, masih banyak perkara yng perlu dipelajarinya.
“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penghijrahan. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya.
Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismai selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab pada 23 Januari 2023. Hasil perkongsian hidup selama setahun lebih itu diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki.
Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Kadangkala, bila tonton sesebuah drama yang mengundang emosi sampai menangis boleh mengakibatkan mata bengkak. Drama bersiri ‘Rindu Kasih’ yang sedang tular ketika ini menjadi perbualan hangat dan meninggalkan pelbagai emosi terhadap penonton. Isu yang dipaparkan dalam drama ini sememangnya banyak berlaku dalam masyarat kita.
Petikan dari drama Rindu Kasih (Kredit Foto: IG Ummi Nazeera)
Bintang-bintang hebat drama ini antaranya Ummi Nazeera, Izzue Islam, Amyza Aznan, Ezzaty Abdullah dan Nafiz Muaz. Tak dinafikan memang mantap lakonan mereka sehingga sampai ke jiwa penonton.
Memandangkan drama ini banyak bermain dengan emosi ia turut mendapat perhatian suami kepada Ummi Nazeera iaitu Dr Mohd Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani atau dikenali sebagai Dr Izzar.
Seakan memahami perasaan penonton khususnya wanita yang mudah tersentuh jiwanya, Dr Izzar berkongsi tip mudah bagi mengurangkan mata bengkak akibat menangis.
“Saya mendapati kes mata bengkak sebab menangis keterlaluan dan kehabisan stok tisu di rumah makin bertambah dalam seminggu ni. Kenapalah agaknya?
“Mata bengkak akibat menangis sememangnya normal. Apabila anda menangis semasa tengok drama Rindu Kasih tu, air mata tu akan menjadi banyak dan ‘drainage system’ mata iaitu tear duct tidak dapat menampung untuk menyerap kembali air mata yang banyak tu.
“Oleh itu, air mata berlebihan akan berada di tisu bawah mata sehingga menyebabkan mata sembab atau bengkak.”
Berikut tip yang dikongsi oleh Dr Izzar di akaun Instagramnya.
1. Rendam dua teabag (caffeinated) dalam air suam dan letakkan dalam peti ais. Bila mata sembab, letaklah terus sejuk-sejuk tu. Kafein dalam teh akan mengecutkan salur darah seterusnya mengurangkan sembab.
2. Potong timun sejuk dan letak di tempat yang sembab.
3. Guna ‘cool compress’ – Guna ice bag, guna kain rendam dalam air sejuk. Kemudian letaklah di mata.
4. Guna sudu sejuk yang diletakkan dalam peti ais. Kaedah ini lebih praktikal untuk yang tengok drama curi-curi di tempat kerja untuk mengelakkan ditegur bos kenapa menangis semasa kerja.
5. Cold rub. Sejukkan tangan atau jari dahulu dengan air. Kemudian urut mata supaya bengkak itu berkurangan. Boleh tonton di Youtube teknik urutan.
Dr Izzar turut mengingatkan kepada orang ramai, jika mata sering menjadi bengkak bukan kerana menangis sebaiknya berjumpalah dengan doktor. Bimbang ada penyakit lain pula.
“Kalau mata itu bengkak selalu walaupun tidak menangis tengok Rindu Kasih, baik berjumpa doktor. Risau ada penyakit lain yang tidak diketahui.”
Untuk info, Dr Izzar memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Ireland dan Ijazah Sarjana Kesihatan Masyarakat (UKM). Beliau kini sedang bertugas di Bahagian Kawalan Penyakit (Ibu Pejabat KKM). Pernah berkhidmat di Hospital Serdang, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam KKM dan Pejabat Kesihatan Putrajaya.
Kredit Foto: Instagram Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian kisah keluarga ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed…
Sememangnya kasih sayang mempunyai indikasi paling dekat di hati seorang wanita bergelar ibu. Begitu juga dengan saya, ibu yang mempunyai 10 cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan saya setiap hari.
Bergelar ibu kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor nyata bukan perkara mudah bagi saya. Biarpun pada awal pembabitan anak ketiga daripada sembilan beradik itu dalam industri seni menerbitkan perasaan gusar di hati, namun saban tahun saya sudah mampu menyesuaikan diri dengan tempias dunia glamor Neelofa.
Kini, dunia glamor itu bukan sahaja dirasai oleh Neelofa malah Nabila serta anak perempuan bongsu, Ameera Khan.
Saya bersyukur sebab Allah pelihara dan kurniakan kesenangan untuk menjaga semua anak-anak. Alhamdulillah, mereka dengar cakap dan tahu peranan masing-masing.
Anak lelaki saya, Mohamed Aqief misalnya yang paling senang jaga antara anak-anak lain. Mohamad Faliq, anak bongsu pula sudah mampu solat lima waktu tanpa tinggal dan rajin berzikir.
Saya terkejut dengan perkembangan Faliq sebab kebanyakan ilmu tentang solat, dia dapat dekat YouTube. Dari situlah dia belajar doa qunut, bacaan tahiyat dan sebagainya.
Memang sejak Faliq kecil lagi saya akan perdengarkan dia Asmaul Husna dan ceramah agama Mufti Menk setiap pagi. Sebelah malam pula saya ajar dia baca surah Al-Mulk sampai dia boleh hafal,” terang anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
“Kalau suami masih beri keizinan mengandung lagi setiap tahun saya mahu ada anak. Saya memang sukakan budak-budak dan dari kecil sudah terbiasa dengan adik-beradik ramai.
Ikutkan anak saya sudah ada 10 orang. Tapi tak ada rezeki sebab masa kandungan saya masuk tujuh bulan, anak meninggal dalam perut.
Itu cerita beberapa tahun lepas dan satu-satunya kelahiran yang saya lalui secara pembedahan. Sembilan anak yang ada sekarang ini semuanya lahir normal dan mudah. Paling senang dilahirkan ialah Nabila dan Neelofa sampai bersalin pun dekat rumah saja. Tak sempat pergi ke hospital.
Sama ada suami atau saya sendiri, kami tak pernah pilih kasih dalam mendidik anak. Semua layanan sama rata saja. Jadi, kalau ada yang tanya apa saya buat untuk anak pandai dalam akademik hanya kata-kata perangsang.
Tiada ajaran istimewa pun sebab pada akhirnya nanti kemahuan untuk berjaya itu ada dalam diri sendiri. Tak ada sesiapa yang mampu ubah kalau bukan empunya diri. Saya juga yakin setiap anak mempunyai kelebihan tersendiri serta kebolehan dan minat masing-masing.
Sebagai ibu, saya sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk mereka berjaya di dalam apa jua yang mereka ceburi.
Saya bukanlah seorang ibu yang menetatapkan standard tertentu untuk keputusan pelajaran anak-anak. Memang Neelofa anak yang paling pandai dan tidak pernah hutang ‘A’ sama seperti Aqief dan Nur Athisha.
Saya lebih gemar memberi sokongan dan dorongan untuk mereka berjaya. Begitu juga kasih sayang yang dicurahkan terhadap mereka, semuanya sama.
Mereka sememangnya amat rapat di antara satu sama lain dan saya merupakan tempat mereka merujuk atau sumber rujukan mereka dalam apa jua sekalipun memandangkan bapa mereka lebih tegas dalam mendidik anak-anak.Namun ketegasan tersebut membentuk keseimbangan di dalam support system kekeluargaan.
Semoga ikatan kasih sayang dan kekeluargaan ini menjadi dorongan untuk masing-masing mengeratkan lagi ukhuwah dan persaudaraan sesama Islam pula, insyaAllah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira dengan kehidupan penyanyi muda, Syasya Rizal sekarang. Bukan hanya ‘berhijrah’ dari segi penampilan ke arah lebih baik dan menutup aurat, bahkan kian bahagia melayari hidup sebagai isteri dan kini berstatus ibu ...