Gaya Hidup

Anak Bekas Menteri & Selebriti Indonesia, Aura Kecantikan Tengku Natasya Tawan Hati Putera Raja!

Bukan biasa-biasa tapi anak kepada bekas menteri dan selebriti Indonesia, aura kecantikan Tengku Natasya Adnan berjaya tawan hati putera raja!

Bagaikan pinang dibelah dua, berita perkahwinan anakanda Sultan Pahang, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dengan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan akhir-akhir ini menjadi bualan hangat.

Bakal dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober 2024, perkhabaran mengenai istiadat perkahwinan diraja anakanda ketiga Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu telah diutuskan menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang pada Isnin lalu.

ANAK BEKAS MENTERI

Kecantikan Tengku Natasya memikat perhatian ramai dan semestinya menjadikan wanita ini cukup istimewa di mata masyarakat.

Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri

 

Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri

 

Majlis Siraman

Beliau dilahirkan pada tahun 1995, kini memasuki usia 29 tahun sementara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Bin Tengku Abdullah dilahirkan pada 3 Ogos 1997 (27 tahun).

Bukan biasa-biasa tapi anak kepada bekas menteri dan selebriti Indonesia, aura kecantikan Tengku Natasya Adnan berjaya tawan hati putera raja!

Beliau merupakan anak kepada Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, seorang figura politik berpengaruh di Malaysia.

Bapanya memainkan peranan penting dalam politik negara, termasuk sebagai anggota Dewan Rakyat Putrajaya sejak 2004. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pelancongan Malaysia dari 2006 hingga 2008 dan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia dari 16 Mei 2013 hingga kejatuhan pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Tengku Adnan juga terkenal dengan kepakaran dalam bidang perdagangan, sebuah bakat yang diwarisi daripada keturunan Aceh. Pada tahun 1992, beliau pernah dinobatkan sebagai tokoh terkaya di Malaysia.

Instagram Tengku Nadira Adnan

Tengku Natasya Adnan dilahirkan daripada perkahwinan Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor dan Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini.

Ibunya yang dilahirkan pada 23 Mei 1966, adalah seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang dikenali sebagai bintang besar perfilman Indonesia pada tahun 1980-an.

Selepas bertemu dengan Tengku Adnan pada tahun 1988, Enny, yang pada ketika itu menerima sumbangan dana dari Tengku Adnan untuk salah satu filemnya, akhirnya berkahwin dengan beliau pada 13 Jun 1989 di Yogyakarta. Perkahwinan ini menggunakan adat suku Jawa, dan selepas berkahwin, Enny meninggalkan dunia hiburannya dan berpindah ke Malaysia.

Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri

Hasil perkahwinan mereka, Tengku Natasya Adnan dikurniakan lima adik-beradik, iaitu Tengku Iqbal, Tengku Hafiz, Tengku Nadira, Tengku Najwa, dan Tengku Nabila.

Selain daripada adik-beradik yang lahir daripada perkahwinan ini, Tengku Adnan juga mempunyai anak-anak dari perkahwinan sebelumnya, termasuk Tengku Daud, Tengku Balqish, Tengku Yazir, dan Tengku Nadiah.

Jelas sekali, kecantikan Tengku Natasya Adnan tidak hanya terletak pada penampilannya tetapi juga pada darah kacukan Indonesia yang mengalir dalam dirinya. Gabungan warisan Melayu dan Indonesia memberikan wanita hebat ini aura keunikan dan keanggunan yang memikat, menambah pesona dan karisma yang dimilikinya.

ISTIADAT JAWA

Al-Sultan Abdullah dan isteri Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli berangkat ke beberapa acara sempena istiadat perkahwinan itu antaranya Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal dan Majlis Siraman yang diadakan di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Sebelum ini, Tunku Azizah berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Tengku Natasya Puteri yang turut diadakan di ibu negara.

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

 

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/bahagia-anak-ramai-usia-65-tahun-datuk-jamal-abdillah-yakin-rezeki-nya/

Share
Published by
Norzalina