MasyaAllah, terang hati anak-anak Dr Asyraf Wajdi Dusuki ini. Dalam usia yang masih muda sudah mampu menghafaz Al-Quran. Sebagai ibu bapa, pasti ia sesuatu yang membanggakan. Mana tidaknya, bertahun-tahun mencurah keringat mendidik anak-anak… akhirnya membuahkan hasil.
Gemar berkongsi ilmu dan kisah anak-anak di laman sosial, Dr Asyraf yang merupakan ahli politik dan individu yang kental memperjuangkan agama sebenarnya seorang bapa yang sangat mementingkan ilmu Allah kepada anak-anak. Mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Nurdianawati Irwani Abdullah, pasangan bahagia ini dikurniakan enam anak iaitu Ammar, Affaf, Affan, Azzah, Azzam dan Attiyah yang baru berusia 3 bulan.
Kongsi Dr Asyraf, “Dalam ramai anak-anak, Ammar paling cepat hafaz. Umur sembilan tahun dah habis juzuk 30.” Sejak kecil lagi Ammar sudah berani berdepan khalayak ramai dan memenangi Pertandingan Menghafaz Al-Quran yang disertainya. Baik Dr Asyraf mahupun isteri… kedua-duanya cukup menggalakkan anak-anak menyertai majlis ilmu.
Bahkan sepanjang musim cuti sekolah juga bapa penyayang ini tak lepas mengingatkan anaknya untuk saling mengamalkan Mathurat. “Rutin anak-anak cuti sekolah. Sebelah pagi lepas balik masjid kena baca mathurat secara berjemaah sebelum semua kena menghafal Al-Quran mengikut bahagian masing-masing.”
Kelebihan Mengamalkan Al-Mathurat
Pagi ini selepas berjemaah di masjid, berkesempatan membaca Mathurat bersama-sama dengan anak-anak. Banyak fadhilat atau kelebihan himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Nabi SAW. Disenaraikan sebahagian sahaja kelebihan doa-doa ini sebagaimana dipetik daripada hadis-hadis sahih yang dikongsikan Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda:
https://www.instagram.com/p/BtenXsBhU9X/
1. Dilindungi diri dan keluarga daripada syaitab dan sebarang anasir jahat.
2. Rumah dan keluarganya selamat dan terpelihara daripada kemudaratan dan perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya dengan apa yang sangat diperlukan dari segi urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
6. Diredhai Allah dan sentiasa dalam perlindunganNya.
7. Terhindar daripada syirik.
8. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
9. Dipermudahkan dalam menyelesaikan hutang-piutang dand dimurahkan rezeki
10. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
11. 13. Membacanya di waktu pagi akan dipelihara Allah SWT hingga ke petang. Siapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
12. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan pelbagai lagi kelebihan.
Dr Asyraf Wajdi adalah anak ketiga kepada Datuk Dusuki Ahmad, 75 tahun yang merupakan bekas Presiden YADIM dan Datuk Nik Nooraini Nik Yahya, 72 tahun yang juga aktif mengajar ilmu agama. Moga perkongsian Dr Asyraf dapat dijadikan inspirasi didikan buat para ibu bapa agar dapat menekankan perkara sama kepada anak-anak mereka. Ingat, kejayaan di dunia dan akhirat kena seimbang.
Kredit: Instagram Dr Asyraf Wajdi Dusuki