Perhatian lensa kamera saat berlangsungnya PAU2023 pastinya tertumpu pada anak perempuan bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib Razak. Dikenali sebagai ‘anak bossku’, jelitawan pintar yang menyandang jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai itu jelas memperlihatkan minat yang mendalam terhadap bidang politik seperti yang diwarisi daripada keluarganya.
Nama Nooryana Najwa atau mesra disapa Yana Najib mungkin agak asing bagi segelintir masyarakat namun bagi peminat politik tanah air, mereka pasti mengenali wanita ini.
Ibu dua cahaya mata berusia 35 tahun ini merupakan anak perempuan kepada Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam perkembangan terkini Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) yang kini rancak berlangsung di WTC Kuala Lumpur, kelibat Yana Najib yang manis berselendang merah jambu menarik perhatian…
Berkongsi sebuah video di media sosial, Yana Najib tidak menyembunyikan kesedihannya apabila barisan Pemuda UMNO menyampaikan penganugerahan TOKOH PEMUDA kepada ayahnya.
“Mencari yang bermakna
Dalam liku-liku perjuangan
Memilih yang sejati
Teman susah dan senang
Terima kasih Pemuda UMNO daripada kami sekeluarga atas penganugerahan TOKOH PEMUDA kepada ayahanda Dato Sri Mohd Najib.
Not a dry eye in the house.” Yana Najib
Tiba seawal pagi dan menghabiskan banyak masa disamping ahli-ahli Puteri UMNO yang lain di perhimpunan yang diadakan, jiwa politik Yana Najib jelas menyerlah. Beliau meresapi perjuangan bapanya dan cukup lantang berkongsi semangat ‘Bossku’ yang sinonim dengan bapanya.
“Yana Najib berjinak-jinak dengan politik. It’s in the DNA, I guess.”
Menelusuri sisi peribadinya, Yana bukan sekadar memiliki jiwa penyayang malah seorang pelajar yang cukup berdedikasi dan cemerlang dalam akademik kerana telah berjaya memperoleh pelbagai ijazah.
Dua tahun selepas berkahwin, Yana menggenggam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton, University of Pennsylvania pada tahun 2017 dan tahun lalu pada tanggal 31 Mei pula dia menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University!
Nooryana selamat bergelar isteri kepada Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 19 Mac 2015.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/kongsi-foto-kerusi-kosong-yana-najib-sebak-kenang-momen-ramadan-buka-puasa-dengan-bapa/
Hasil perkongsian hidup, Yana dan suami dikurniakan dua anak lelaki.
Sebelum bergelar isteri, dia merupakan graduan Bachelor of Science in Foreign Service dari Georgetown University pada 2011.