7 Mac ini genap 40 tahun usia Nora Danish! Tapi kalau lihat wajah isteri Nedim ini tidak menggambarkan usia sebenar pelakon popular drama Puteri tersebut. Mana tidaknya, dari awal menceburi industri sampai sekarang macam tak berubah muka Nora. Awet muda sungguh!
Bahkan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram sudah pun berusia 14 tahun. Rayqal ialah satu-satunya cahaya mata Nora hasil perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Anak teruna Nora ini sedang menyambung persekolahan di Kolej Tuanku Ja’afar di Mantin, Negeri Sembilan. Awal Januari lalu, Nora menerusi media sosial miliknya memuat naik gambar bersama Rayqal dan keluarga ketika sambutan ulang tahun ke-14.
Turut kelihatan ialah bapa Rayqal, Rizal Ashram. Yang pasti, bukan hanya hubungan baik Nedim, Nora dan Rizal yang menarik perhatian warga maya. Malah, kecantikan yang dimiliki aktres jelita tersebut turut menjadi bualan ramai.
Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, ketika ditanya susahkah untuk Nora sentiasa berpenampilan cantik ini jawapan jujurnya.
“Susah, memang susah. Paling susah untuk saya nak jaga berat badan. Sebab lepas melahirkan anak makan sedikit saja tapi berat badan cepat naik.”
22 Februari lalu, anak keduanya hasil perkahwinan bersama Nedim Nazri iaitu Mohamed Neqayl Nedim genap menginjak usia lima tahun.
“Happy 5th Birthday my youngest! Mommy loves you very much. You know you mean the world to me, right.
Semoga terus menjadi anak yang soleh, sayang. Doakan yang semua baik-baik untuk anak mommy. Amin amin YRA.”
Nora sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohamed Neqayl Nedim.
This website uses cookies.