Tumpang bangga melihat kejayaan anak pelakon dan pelawak terkenal, Didie Alias memiliki kediaman sendiri. Lebih manis, rumah eksklusif yang dibeli Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan dan suami iaitu Razi Shahriman adalah hasil titik peluh mereka selepas lapan tahun hidup berumah tangga.
Selepas bertahun-tahun menyimpan wang akhirnya suami isteri ini mempunyai rumah impian yang terletak di kawasan perumahan Eco Forest di Semenyih, Selangor.
Berkongsi khabar gembira itu di media sosial, Dhaniyah turut memuat naik video ketika menerima kunci rumah sambil ditemani ibu bapa dan keluarga mentua. Dedahnya, “It took a lot of sacrifices I swear!
Sacrifice dari segi kewangan, lifestyle, social life dan macam-macam lagi yang tak mampu kita orang nak cerita. Biarlah semua tu simpan sebagai kenangan di masa susah dan senang.”
Ujarnya, “Huge thank you to my husband for making our dream come true. To finally have a house on our own. Thank you for being selfless all the time. Thank you sebab selalu put your family first walaupun you have to come second kadang last to ensure everyone is in good hands.
Lama kita bersabar, maintain our lifestyle, tak terburu-buru beli walaupun hati ni teringin tengok kawan-kawan ada rumah sendiri. Kalau yang kenal Iman (suami) mesti tahu dia
kalau buat something, mesti akan buat sampai dapat. Macam dia pilih rumah juga.
Kalau dia kata nak rumah yang ikut taste dia, dia akan usahakan sampai dapat. Sama macam pilih isteri, dia akan cuba sampai dapat and make sure apa yang dia pilih tu berbaloi,” jelasnya sambil berseloroh.
Dhaniyah juga menjelaskan ia merupakan pemberian paling berharga sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30.
Enggan mendabik dada dan menganggap kurniaan ini hasil titik peluh dia serta suami semata-mata, anak sulung Didie Alias dan Allahyarham Ridzuan Hashim ini percaya dia mampu memiliki aset berkenaan di atas berkat doa ibu ayah.
“We are so blessed to have a very supportive, most understanding, loving, in law. Both of us memang very lucky!
Mamy Didie Alias, ummi, ayah, daddy Isham Ismail dan arwah ayah yang tak pernah pressure anak menantu untuk beli rumah atau apa-apa pun lah.
Tak pernah pun nak susahkan anak-anak. Tak pernah meminta-minta sebab tahu anak-anak pun tengah usaha untuk family masing-masing. Always open minded, sentiasa mendengar dan paling best sebab both our parents let us made our life choices with their guidance.
Tambahnya lagi, “Alhamdulillah kita orang sempat juga bagitahu arwah ayah yang kita orang akan ada rumah sendiri. Dia mesti happy
sebab we finally have extra room that can fit everyone especially ayah.I’ve said it once but am not gonna stop saying this. Thank you for being the best dan doakan kita orang selalu. We love you.”
Dhaniyah yang merupakan graduan Master in Visual Communication and New Media dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) bergelar suri rumah sepenuh masa selain turut aktif sebagai digital creator.
Terdahulu, Dhaniyah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Seth Shahriman yang kini berusia lima tahun dan Suri Shahriman berumur tiga tahun.
Pada 22 Februari lepas, pasangan ini turut menerima kehadiran cahaya mata ketiga yang diberi nama Senja Shahriman.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/sambung-master-waktu-anak-baru-4-bulan-dhaniyah-guna-pengaruh-anak-selebriti-cetus-inspirasi/
This website uses cookies.