Lama tak dengar khabar pengacara televisyen cantik manis, Cheryl Samad. Mengintai media sosial figura ini, macam tak berubah muka Cheryl. Peminat industri muzik era 90an pasti merindui kepetahan wanita manis ini tatkala mengacara.
Cukup energetik, ceria dan sentiasa mengukir senyuman sepanjang mengendalikan program, membuatkan dia disenangi kerana karakternya yang menghiburkan.
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan anak kedua daripada tiga beradik, Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Marina Abdul Samad kini kian bahagia memegang status isteri dan ibu.
Meniti usia 43 tahun, pesona Cheryl tetap menarik pandangan apatah lagi dia dikurniakan raut wajah yang tidak dimamah usia.
Malah penampilan dan susuk tubuh isteri Ng Ping Ho ini tak ubah seperti anak dara! Cheryl merupakan anak kacukan Melayu dari bapanya. Manakala ibu Cheryl pula keturunan Eurasian.
Wajah Cheryl mula menghiasi kaca televisyen ketika menjadi model iklan komersial pada usia empat tahun. Difahamkan ia berlaku secara tidak sengaja memandangkan waktu itu dia menemani kakaknya yang menyertai uji bakat.
Bagaimana pun sekitar tahun 2009, Cheryl menjadi pengacara pilihan bagi pelbagai program berbentuk hiburan dan muzik. Namanya mula melonjak populariti sebagai pengacara ketika mengendalikan program Muzik-Muzik.
Selain itu, Cheryl juga pernah menghiasi program MTV Asia VJ, Malaysia Idol dan Anugerah Juara Lagu. Lebih manis, dia turut diberi kepercayaan untuk acara pembukaan Sukan SEA 2017.
Tidak sekadar berbakat dalam kerjaya pengacaraan, Cheryl mengasah bakat lakonan menerusi Ghost, Ghost 2 dan The Bridge.
Mei lepas genap 12 tahun usia perkahwinan Cheryl dengan KLoe Hotel, Ng Ping Ho. Menelusuri latar belakang lelaki ini, Ping merupakan pengarah filem, penerbit dan penulis skrip.
2 Oktober lepas, Ping menyambut ulang tahun kelahiran ke-50. Dia sebelum ini pernah terlibat dalam sitkom komedi TV berbahasa Inggeris seperti Kopitiam, Table for Two dan banyak lagi.
Pun begitu, sejak berkahwin Ping tidak lagi aktif di belakang tabir sebaliknya berkecimpung dalam bidang hartanah.
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella berusia 10 tahun dan Kate, tujuh tahun.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/berasal-dari-keluarga-kaya-low-profile-chempaka-emalin-pahamin-ratu-hati-azhar-sulaiman/
This website uses cookies.