Gaya Hidup

Anak Gadis Tamatkan Pengajian, JUHI CHAWLA Titip Rasa Bangga Shah Rukh Khan Pula Siap Bagi ‘Surprise’!

Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla sememangnya dikenali antara ‘on-screen couple’ Bollywood paling diminati ramai. Perhubungan ‘teman tapi mesra’ mereka bermula dari filem gandingan mereka berdua, Raju Ban Gaya Gentleman dan seterusnya filem-filem seperti Duplicate, Yes Boss, Phir Bhi Dil Hai Hindustani dan One 2 Ka 4.

Gandingan skrin dan persembahan berkarisma mereka telah menjadikan Shah Rukh Khan dan Juhi antara pasangan Bollywood disayangi di kalangan penonton.

Selain menubuhkan perniagaan bersama, Shah Rukh dan Juhi turut saling memberikan sokongan kepada keluarga masing-masing.

Dan baru-baru ini, Shah Rukh Khan dilihat membuat kejutan dengan menulis kepsyen ‘sweet’ menerusi hantaran di laman rasmi Twitternya dengan mengucapkan tahniah kepada Juhi Chawla atas kejayaan anak perempuannya, Jahnavi Mehta yang berjaya menamatkan pengajian dari Universiti Columbia di New York.

“Ini satu pencapaian yang sangat hebat. Tidak sabar untuk berjumpa kamu nanti dan sama-sama meraikannya. Saya betul-betul bangga dengan kamu. Sayang kamu Jaanz,” tulis bintang filem Pathaan itu.

Anak perempuan Juhi, Jahnavi melanjutkan pengajian d Surrey’s Charterhouse di UK dan kemudian mengikut jejak langkah ayahnya dan suami Juhi Jay Mehta menyambung pengajiannya di Columbia University.

Selain itu, Juhi Chawla juga turut terbang ke UK untuk menemani dan menyaksikan sendiri majlis konvokesyen anak perempuannya. Pelakon itu turut berkongsi momen-momen majlis konvokesyen Universiti anaknya itu di IG Story nya.

Kelihatan suami dan anak lelakinya turut sama meraikan hari istimewa Juhi tersebut. Memang seronok tengok keakraban kedua-dua pelakon hebat ini kan!

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

 

 

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus