Selepas lima tahun melebarkan perjuangan dan amanah murni melahirkan Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dan Syahadah, Akademi Al Quran Amalilllah atau AKMALĀ bakal menambah lagi lima cawangan baharu tidak lama lagi.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan akademi itu sebanyak 10 dan secara tuntasnya memperbanyakkan lagi ruang dan peluang melahirkan āfast trackā tahfiz dalam tempoh kurang setahun.
Ads
Sehingga kini akademi terbabit yang beribu pejabat di Marang, Terengganu turut memiliki cawangan di Bukit Beruntung, Batu Pahat, Shah Alam dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Pengerusi AKMAL, Senator Tuan Haji Hussin Ismail, pihaknya terus berdaya saing dan optimis menerusi penambahan lima lagi cawangan baharu.
āLima cawangan baharu yang akan dibuka ialah di Seremban (Negeri Sembilan), Sungai Petani (Kedah), Kuala Kangsar (Perak), Kelantan dan Kuantan (Pahang).
āUsaha kita untuk terus melebar dan mengembangkan pengaruh AKMAL takkan pernah berhenti. Semua ini jihad dan harap ia dipermudahkan sentiasa,ā katanya.
Hussin berkata demikian ketika berlangsungnya acara Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi AKMAL 4.0 tanggal 5 Jun lalu di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Majlis yang dihadiri 2000 tetamu itu turut dirasmikan oleh Mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang mantan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan diserikan kehadiran barisan Exco Agama Kerajaan Negeri Terengganu.
āMajlis Haflah Takrimiyah Graduasi 4.0 ini menyaksikan 140 orang pelajar tamat pengajian dengan cemerlang termasuk sembilan daripadanya bergelar Syahadah.
āKita turut bangga salah seorang pelajar yang diraikan iaitu Tengku Maisarah yang juga anakanda kepada pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun dan suami, Ustaz Tengku Fadzli.
āPuteri ketiganya itu menjadi Hafizah Al-Quran dalam tempoh tujuh bulan di AKMAL. Kejayaannya dan semua amat membanggakan kami dan tentunya keluarga mereka,ā katanya.
Hussin dalam pada itu turut mempelawa lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai AKMAL.
Ads
āNak anak anda menjadi Hafiz dan Hafizah Al-Quran dalam tempoh setahun? InsyaAllah boleh.
āTemuduga pengambilan pelajar baru kemasukan kini dibuka, boleh daftar segera di:
Hafizsetahun.com. Untuk Tahfiz online boleh daftar di : Tahfizonline.com ,ā katanya.
Sementara itu, Ustazah Asma turut berkongsi kegembiraan dan kesyukuran di platform laman sosial mengenai kejayaan puterinya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu.
āAllahu Akbar, sungguh sebak dan sayu. Saya sendiri baru tahu anakanda kami, Maisarah (Tengku Maisarah) berjuang dalam tempoh 7 bulan 10 hari untuk khatam hafazan 30 Juzuk Al-Quran.
āMaklumat tersebut saya baca daripada jemputan rasmi acara dianjurkan. Kami memang menyaksikan kesungguhan, nekad dan air mata kelelahan Maisarah.
Ads
āKami tak pernah memaksa atau meminta untuk Maisarah selesaikan hafazan dalam tempoh yang secepat ini. Namun, setiap kali jumpa, Maisarah akan minta doa dan beritahu bila impian khatam hafazannya.
āSemua dengan izin dan pertolongan Allah jua. Terima kasih semua termasuk para guru dan pihak AKMAL. Juga kalian yang selama ini turut mendoakan, moga kembali pada kalian,ā kata Ustazah Asma.
Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya di Facebook rasmi menyingkap semula ucapan yang diberikan ketika majlis berlangsung.
āDalam ucapan, saya menyebut Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada seluruh manusia. Al-Quran menerangkan semua ilmu yang ada dalam kehidupan manusia sama ada ilmu wahyu atau ilmu dunia.
āApa yang penting ialah kita mesti memahami bagaimana menjadi al-Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan manusia.
āMenjadi kewajipan untuk mendalami ilmu selepas daripada kejayaan untuk menghafal Al-Quran dan disambung pengajian ilmu itu dalam pelbagai bidang.
āPelajar yang menghafal Al-Quran didapati lebih mudah untuk memahami ilmu lain tidak kira dalam mana-mana lapangan. Atas dasar tersebut, kita mesti terus beramal dengan Al-Quran. Barangsiapa yang beramal dengan ilmu yang Tuhan berikan kepadanya, Tuhan tambahkan lagi ilmunya,ā kongsinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat anda yang sedang merancang destinasi perecutian untuk hujung tahun ini! Jepun bakal menamatkan sekatan Covid-19 yang dikenakan ke atas pelancong asing dengan pembukaan semula sempadan bermula 11 Oktober ini.
.Menurut Perdana Menteri Fumio Kishida, pelawat individu mula dibenarkan masuk dan Jepun akan mengembalikan pengecualian visa.
Ketika berucap dalam sidang akhbar di New York baru-baru ini, dia mengumumkan bahawa had ketibaan harian di Jepun juga akan berakhir.
Jepun mengumumkan langkah untuk membatalkan sekatan ke atas pelancong asing selepas gelombang wabak menakutkan itu semakin reda.
Dalam pada itu, nilai mata wang Yen turut merosot ke paras terendah berbanding dolar dalam tempoh hampir suku abad, menjadikan kepulauan itu sebagai destinasi yang murah dan menarik untuk pelawat dari luar negara.
Menurut Kishida lagi, pada masa yang sama diskaun untuk perjalanan domestik juga akan diperkenalkan. Sebelum penularan Covid-19, Jepun membenarkan pelawat dari 68 negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat dan Singapura, untuk tinggal selama 90 hari tanpa visa.
Bilangan pengunjung mencapai rekod hampir 32 juta pada 2019, merosot kepada kira-kira 246,000 tahun lalu.
Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan perubahan kepada undang-undang yang membolehkan hotel menolak tetamu yang enggan mematuhi langkah kawalan jangkitan.
Berbeza dengan kebanyakan negara, topeng muka kekal digunakan secara universal di Jepun walaupun pada masa ini tiada kewajipan undang-undang untuk menggunakannya.
Sumber: https://www.jnto.go.jp/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai comel sangat Aafiyah! Pandai menari dan nampak ciri-ciri seorang entertainer persis ibunya penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Siti Aafiyah yang kini berusia empat tahun merupakan anak sulung kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Aafiyah dilihat membuat persembahan sempena hari graduasi tadikanya. Biarpun tidak dapat hadir kerana ada tugasan di Singapura namun DS Siti Nurhaliza berkongsi video persembahan anak kesayangannya itu di Instagram miliknya.
āSemalam anak ibu Aafiyah buat persembahan sempena graduation day. Aafiyah menghafaz dan menari. Ibu tidak dapat hadir kerana tugas yang perlu diselesaikan di Singapura.
āAlhamdullillah Aafiyah berikan yang terbaik. Bukan main dia menari ya. Terima kasih ayah temankan Aafiyah. Love you! Semoga terhibur menonton ya.ā
Paling menarik perhatian ramai ialah Aafiyah mampu menari dengan baik mengikut rentak lagu. Langsung tidak nampak kekok di pentas. Ramai juga yang teruja dengan gelagat Aafiyah yang nampak sangat enjoy dengan persembahannya itu.
Paling membuat ramai yang teruja apabila melihat penampilan Aafiyah yang comel bertudung! Rata-rata para peminat dan pengikut DS Siti Nurhaliza memuji kecomelan Aafiyah.
āMasya-ALLAH macam ibunya.ā
āWoww menari nampak ibu. Hebat Aafiyah.ā
āSubahanallah comelnye Aafiyah, berbakat seperti ibu.ā
āWahh bergaya Aafiah di pentas seperti ibu. Like mom like daughter.ā
āOn point step tarian Aarifah. Bagus.ā
Untuk info, Aafiyah dilahirkan pada Mac 2018. Keletah Aafiyah sentiasa menjadi perhatian warga maya. Baru-baru ini, DS Siti Nurhaliza yang terkenal dengan lagu āCindaiā mendedahkan enggan Aafiyah menjadi penyanyi. Sebaliknya, beliau mahu anaknya itu bergelar usahawan dewasa kelak.
Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir dua minggu di hospital akhirnya pelakon Zara Zya membuat pendedahan mengenai kesihatan dirinya yang didiagnosis fibroid dan ada cyst atau ketumbuhan. Perkongsian Zara tersebut nyata mengejutkan ramai pihak termasuk rakan artis dan peminat.
Biarpun sedang sakit namun pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin 2019 ini tetap tersenyum manis. Bahkan dia turut berkongsi keadaan dirinya sepanjang berada di hospital menerusi media sosial. Kuat semangat Zara!
Khabarnya Zara Zya yang didiagnosis fibroid dan cyst dijadual menjalani pembedahan pada Jumaat, 31 Mei ini.
Ujarnya, āDengan rendah diri, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi. Sama ada kenal ataupun tidak. Jikalau saya ada menyakiti anda, maafkanlah saya.
Hari Jumaat yang mulia, saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk buang cyst, fibroid dan facet joint injection.
Dah lama saya berkampung di hospital ni hampir dua minggu. Pada awalnya hanya ingin buat check-up sahaja untuk sakit Arthritis. Tetapi bersangkutan pula dengan masalah Cervical Facet & Lumbar Facet Syndrome.
Bukan itu sahaja, saya juga menghidapi Cyst (Bosniak IV) di kidney kiri dan saya juga ada fibroid.
Terima kasih pada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk maafkan saya ye. Ujian ini dari Allah S.W.T dan saya reda dengan semuanya.ā
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin seorang selebriti yang versatil. Bakat lakonannya bukan hanya mendapat perhatian peminat seni malah meraih pengiktirafan dalam industri seni tanah air.
Selain berlakon, Zara juga antara selebriti yang aktif berniaga dan menyertai misi kebajikan dalam usaha meringankan beban masyarakat yang kurang bernasib baik.
Sebelum ini, Zara pernah mengusahakan sebuah restoran iaitu Zara Zya Cooks namun terpaksa ditutup akibat Covid-19.
Semoga Zara Zya diberi kesembuhan segera dan dapat kembali meneruskan kerjaya seni seperti sediakala.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda āAbdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...