
Siapa yang tidak kenal dengan usahawan tersohor, Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid yang sinonim dengan gelaran Iron Lady Malaysia. Biarpun sudah lebih lima tahun pemergiannya, segala jasa beliau terus ‘hidup’ dan menjadi inspirasi.

Mohamad Syafiq Azim Shaheen atau Shafiq meneruskan legasi ibunya itu untuk membantu orang ramai terutama wanita menjana pendapatan.
Menurut Shafiq, ibunya bukan sekadar membantu dari segi kewangan tetapi lebih kepada memberi semangat dan motivasi agar golongan wanita dapat bangkit untuk menjadi usahawan berjaya.

“Seingat saya, ibu menghantar mereka ke kelas-kelas motivasi untuk menaikkan semangat. Bagi ibu, cara ini mampu membantu mereka meningkatkan diri dan perniagaan.
“Saya juga percaya kalau kita bagi duit sahaja, duit akan habis. Tetapi jika kita ajar mereka cara untuk menambahkan pendapatan tanpa bergantung pada orang lain, cara itu lebih baik,” tutur Shafiq.

Dalam pada itu, Shafiq turut berkongsi kenangan bersama ibu yang tidak dapat dilupakan ketika bulan Ramadan.
Dia sering dibawa ‘turun padang’ bagi melihat sendiri kehidupan golongan susah. Secara tak langsung, ia mendidik dirinya untuk bersyukur dan sentiasa merendah diri.

“Ketika saya berumur 15 tahun, ibu sering membawa kami adik-beradik pergi memberi zakat kepada golongan susah.
“Momen itu cukup meninggalkan kesan buat saya. Sehingga ke hari ini saya didik anak-anak dengan cara yang sama,” ujar Shafiq.

Bagi meneruskan legasi ibunya, Shafiq mempunyai cara tersendiri untuk membantu orang ramai dengan cara menghasilkan produk minuman kopi mampu milik dan berkhasiat di bawah jenama Madani Coffee, berperisa caramel macchiato.

Madani Coffee mengandungi bahan-bahan berkhasiat untuk penggemar kopi antaranya, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa), probiotik, fiber sitrus dan biji kopi premium 100 peratus arabika.
Bercakap lebih lanjut tentang perancangan bisnes, Shafiq yang bekerjasama dengan isterinya, Syida Melvin mensasarkan jualan sehingga 100 ribu paket (Madani Coffee) untuk tahun pertama.

Untuk rekod, Datuk Dr Maznah Hamid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2017. Exco Wanita UMNO ini meninggal dunia setelah mengalami komplikasi susulan pembedahan jantung.
Kredit Foto: Instagram Syida Melvin
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



Dialah wanita besi Pakistan, Muniba Mazari yang merupakan seorang pelukis, aktivis, hos televisyen serta motivator. Muniba merupakan graduan dalam jurusan Seni Halus.
TRAGIK
Kesan kecederaan itu Muniba bukan sahaja disahkan tidak dapat berjalan seperti sediakala bahkan peluang untuk memiliki zuriat juga musnah! Luluh hatinya tatkala mendengar kenyataan pahit itu daripada doktor yang merawatnya. Kemalangan itu mengubah kehidupannya secara total.
BANGKIT
Muniba kini bahagia bersama anak angkatnya, Neil berusia 9 tahun. Muniba juga meneruskan minatnya dalam seni lukis kerana itulah terapi jiwa buat dirinya untuk meneruskan kehidupan.
Muniba berjaya memberi kesedaran sekaligus membuka mata masyarakat supaya menghargai diri sendiri. Dalam setiap sesi motivasinya, Muniba sering menyatakan di sebalik ketakutan dan kebimbangan kadangkala manusia terlupa dengan keistimewaan yang Tuhan kurniakan.
“Kehidupan ini akan sentiasa ada dugaannya di mana-mana, pada bila-bila masa namun apa yang pasti semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Bagaimana untuk menghadapi, mengatasinya bahkan bagaimana untuk mengubah sesuatu kekurangan kepada kelebihan.
Kita juga tidak boleh menghakimi penderitaan orang lain kerana kekuatan itu pasti akan kembali kepada diri kita,” ungkap Muniba.
Menurutnya, apa yang boleh kita lakukan ialah membawa cerita inspirasi buat masyarakat. Apa yang penting bagi Muniba ialah konsisten melakukan yang terbaik atas apa yang dimiliki. Hanya diri sendiri yang mampu mengubah kehidupan.
Sumber: Instagram Muniba Mazari



















