Ibu mana yang tidak bangga apabila anak kesayangan yang ditatang Bagai minyak yang penuh berjaya membanggakan keluarga, apatah lagi lahir dalam keadaan tidak sama seperti rakan-rakan lain seusianya.
Bangga dan bersyukur. Itu kata-kata yang dizahirkan oleh selebriti terkenal Indonesia, Dewi Yull tatkala melihat kejayaan yang diraih anak bujangnya, seorang anak istimewa yang berjaya menggenggam tiga anugerah di sebuah universiti di Amerika.
Untuk makluman, Dewi Yull atau nama sebenarnya Raden Adjeng Dewi Pudjijati merupakan penyanyi yang tidak asing lagi buat peminat di republik itu dan Malaysia sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.
Dikurniakan dua anak istimewa, namun penyanyi itu tidak pernah berasa malu, jauh sekali merungut dengan anugerah daripada-NYA apabila kedua-dua anaknya Giscka Putri Agustina Sahetapy dan Surya Putra Sahetapy, kedua-duanya dilahirkan pekak dan bisu.
Namun begitu, Giscka Putri meninggal dunia pada tahun 2010 akibat radang otak. Kini Surya Putra menjadi salah seorang anak kebanggaanya walaupun remaja tersebut mempunyai kelebihan setanding insan normal lain. Justeru, penyanyi veteran tersebut sanggup berkorban apa sahaja termasuk memberi pendidikan yang terbaik.
Anak ketiga beliau merupakan satu-satunya mahasiswa yang meraih tiga pencapaian istimewa buat kali pertama sepanjang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di New York, Amerika Syarikat.
Difahamkan, sistem pembelajaran di Indonesia lebih menekankan bahasa verbal dan tulis serta tidak banyak meneroka bahasa isyarat bagi mereka yang dilahirkan pekak dan bisu. Justeru, Dewi Yull beliau nekad menghantar anaknya ke Amerika Syarikat.
Sumber: Sinar Plus (Zaiton Manaf)
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.