Anak Kampung Tuaran Kini Usahawan Berjaya, Vie Shantie Jalin MoU 3 Syarikat Gergasi China!

Vie Shantie Haroon sememangnya seorang wanita hebat dan wajar dijadikan inspirasi. Berusia 37 tahun kejayaan anak kelahiran Sabah ini bukan calang-calang kerana selain mengusahakan cabang bisnes muslimah VHijrah, dia juga usahawan arang batu yang berjaya menjalin kerjasama hingga ke luar negara.

Buat pertama kali pada Oktober tahun lalu Vie Shantie mendedahkan kepada umum mengenai perusahaan miliknya yang mendapat kontrak perdagangan arang batu di antara Malaysia, Indonesia, Singapura dan China selama 15 tahun.

Tak sampai setahun, satu lagi pencapaian membanggakan diraih wanita cantik ini apabila dia menandatangani perjanjian persefahaman dengan salah sebuah syarikat perlombongan dan pembinaan terbesar di dunia pada awal September lepas!

Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan

Berkongsi khabar gembira itu di media sosial, Vie mendedahkan, “Siapa sangka seorang yang hanya membesar di kampung Pulau Simpangan, Tuaran, Sabah hari ini menandatangani satu lagi perjanjian usahasama syarikat gergasi contractor and mining

di antara terbesar di dunia.

Kalau tidak kerana Allah yang memberi rezeki dan menyampaikan semuanya sesuai pada masa yang telah DIA tetapkan, saya pun masih lagi terasa semua bagaikan mimpi di siang hari.

Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan

Inilah perjuangan yang telah saya cita-citakan dan kerjaya yang saya telah usahakan selama bertahun-tahun bermusafir di negara orang. Ini bukan hanya untuk company
kami semata, tetapi untuk membantu masyarakat setempat dan pertubuhan ekonomi di daerah, bandar dan negeri terlibat dalam struktur mining hasil dari kerjasama syarikat
kami dengan beberapa syarikat local di Indonesia, inshaAllah.”

Kehadiran Vie Shantie ke China baru-baru ini turut ditemani suami tercinta yang juga ahli politik serta rakan niaganya, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.

Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan

“Duduk berlatarbelakangkan ‘POWERCHINA sign‘ di belakang dan di sisi ada suami yang merupakan rakan business saya dalam perniagaan merupakan suatu rahmat yang luar
biasa dari Allah SWT dalam kehidupan ini.

Di suatu sisi, semua ini bukanlah suatu usaha yang senang dikerjakan. Langsung tidak mengharapkan sebarang pujian dari sesiapa melainkan hanya ingin kongsikan sesuatu
agar bisa menyuntik semangat anak muda agar selalu bekerja keras selagi hayat di kandung badan.

Syukur alhamdulillah semoga perjanjian hasil kerjasama Syarikat Powerchina, Indonesia, Malaysia dan Hong Kong ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi dan sekaligus
mengurangkan pengangguran anak muda di daerah operation mining kami nanti.”

Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan
Kredit Instagram @vieshantiekhan

Bukan hanya satu MoU berjaya ditandatangani sebaliknya Vie Shantie meraih tiga perjanjian kerjasama dengan syarikat besar di China. “Hampir 10 hari kami di sini. Bukan hanya 1 tapi 3 Syarikat Gergasi China telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama syarikat kami dalam sektor perkapalan dan perkilangan (Shipping & Glass Factory), perlombongan (Mining) dan pembelian (Buyer).

Khabarnya, Vie Shantie sudah pun terlibat dengan perusahaan ini sejak sedekad yang lalu. Vie Shantie berkahwin dengan Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Vie Raissa.

Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mempunyai tiga anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/diam-diam-ubi-berisi-vie-shantie-usahawan-arang-batu-berjaya-dapat-kontrak-15-tahun-di-indonesia-singapura-china/

Share
Published by
Suzi