
Bahaya pendemik COVID-19 ini boleh menyerang siapa sahaja tanpa mengira usia. Virus ini telah merebak ke seluruh dunia dan semkin meningkat jumlah kesnya. Di Malaysia sendiri kes ini meningkat sebanyak 130 kes semalam menjadi 1,030 pada 20 Mac 2020.
Terbaharu, selebriti terkenal tanah air Neelofa Mohd Noor menerusi laman Twitter telah berkongsi bahawa anak kepada sepupunya yang bernama Noor Sameera binti Haji Mohd Nazlee, berusia 7 bulan telah disahkan positif COVID-19. Dikhabarkan sepupu kepada Neelofa yang bernama Noor Cahaya ini menetap di Brunei Darussalam.
Neelofa telah merayu kepada seluruh pengikutnya (follower) untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak buahnya ini.
Berikut pula perkongsian Neelofa menerusi Insta Story milik peribadinya;
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://cdn.nona.my/2020/03/whatsapp-video-2020-03-21-at-1.23.57-pm-21_02_643149.mp4Mari kita sama-sama doakan bayi kecil ini terselamat dari wabak yang berbahaya ini begitu juga dengan pesakit-pesakit lagi. #JomDudukRumah #StayAtHome.
Tiada BAZAR RAMADAN Tahun Ini. Peluang Terbaik Untuk MAKAN SECARA SIHAT Ketika Berbuka & Sahur Di Rumah

Ramadan al Mubarak bakal menjelma. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita bakal bertemu dengan bulan penuh keberkatan ini. Namun, kali ini suasananya sangat berbeza kerana buat pertama kali tiada bazar Ramadan dan solat tarawih berjemaah di masjid ekoran lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bermakna, tiada juga jamuan moreh.
Selalunya bazar Ramadan umpama pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman manis yang disediakan untuk berbuka. Ketika ini apa saja yang teringin pasti akan dibeli hanya kerana seharian berpuasa sekaligus mengabaikan amalan makan secara sihat.
Kenapa perlu makan secara sihat sepanjang bulan Ramadan? Ini adalah penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Jika masalah ini berlaku boleh mengganggu tumpuan kita yang sedang berpuasa.
MAKAN SECARA SIHAT
Makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang walaupun di bulan puasa. Semua kumpulan makanan perlu diambil mengikut Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu, ambil air secukupnya sama ada dalam bentuk minuman atau sup.
HIDANGAN SIHAT BERBUKA PUASA
Rata-rata gemar berbuka puasa dengan minuman dan kuih-muih manis. Bagi mengelakkan makan secara berlebihan, ambil makanan ringkas terlebih dulu ketika berbuka puasa. Ini juga mengelakkan ketidakselesaan sistem penghadaman. Mengikut sunnah, lebih afdal mengambil kurma sebagai makanan pertama ketika berbuka. Kurma kaya dengan tenaga dan serat.
Pengambilan makanan pedas dan berempah juga tidak digalakkan ketika berbuka puasa. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan perut di siang hari. Berikut contoh cadangan menu yang bagus diambil sepanjang Ramadan:
BERBUKA | 3 biji kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih. |
MAKAN MALAM | 1½ cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah. |
MAKAN LEWAT MALAM (MOREH) | Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich, kuih-muih, kacang atau buah-buahan. |
SAHUR
Amalan bersahur penting semasa berpuasa bagi membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur tidak digalakkan.
Semasa bersahur digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi ketika bersahur.
Pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan. Contoh makanan untuk sahur yang boleh diambil seperti berikut:
SAHUR | 1½ cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, ½ cawan sup sayur campur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong dan 1 gelas susu rendah lemak Atau 1 cawan bijirin sarapan dengan ½ gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong |
Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Tinggalkan Ciri LELAKI Seperti Ini Bila Memilih Pasangan, Pesan PROF MUHAYA!

Hati-hati bila memilih pasangan. Hendak cari teman lelaki memang senang tapi hendak cari orang yang mahu berkahwin dengan kita payah. Itu bait-bait pesanan yang dititipkan kakak kepada Datuk Prof Dr Muhaya ketika beliau mula-mula masuk universiti. Berpeluang membicarakan soal teman hidup kepada pengikut setianya menerusi laman sosial, pakar motivasi ternama ini pantas berkongsi pengalaman.
Ujarnya, “All ladies out there walau sesiapa pun lelaki yang berkawan dengan you, kalau kawan sebulan.. seminggu, no mention of getting married, tak jumpa mak ayah you, please jangan tertipu.
Sebab kita wanita masa muda macam barang perhiasan. Kalau kita bebas, boleh dibawa keluar… dia belanja kita, kita belanja dia, have fun saja, you are destroying your life. You are wasting your time and you are wasting your money because bila kita berkawan kalau tak ada tujuan untuk perkahwinan ikut sunah, memang sia-sia.
https://www.instagram.com/p/BrjIe8Wg9BP/
Whoever contact with you now, tengok solat dia. Is he a husband material.. is she a wife material. If not, don’t waste your time.”
Sementara itu, Prof Muhaya turut menjelaskan situasi golongan muda masa kini yang sukar mendirikan rumah tangga meskipun telah menemui pilihan hati masing-masing. Agak mengejutkan apabila beliau memberitahu antara penyebab mereka menunda perkahwinan adalah disebabkan wang.
“Ramai orang nak mendirikan rumah tangga, dah jumpa cinta tapi banyak orang saya jumpa beritahu nak simpan duit. Nak simpan duit untuk apa? Untuk belanja kahwin. Kenapa belanja kahwin? Sebab belanja yang tinggi.
Wanita yang yakin diri tak perlu mahar yang tinggi sebab dia yakin nilai diri dia pada ketakwaan bukan mahar dia. Apa kata, siapa yang lambat kahwin tu tunjuk video ini pada emak ayah. Stop plan the wedding.. plan the marriage. Plan the marriage dengan kahwin awal sebab takut lambat kahwin banyak maksiat pergi dating.
Don’t waste your time dating. Buat istikarah, kalau betul kahwin simple majlis.. then rancang perkahwinan dan duit belanja tu kita guna untuk beli rumah dan sebagainya.”
Kredit: Instagram Prof Muhaya
Walaupun Berat, Chef Wan Reda Lepaskan – “Wan Bisik Pada Telinganya, It’s OK For You To Go…”

Alunan bacaan yasin memenuhi seluruh kamar suite Cik Ani. Seisi keluarga Chef Wan termasuk sanak-saudara dan teman-teman rapat turut hadir menziarahi bonda kesayangan beliau. Chef Wan reda meski air wajahnya sugul. Suasana suram, masing-masing memendam kesedihan di sudut hati yang terdalam.
Awal pagi Khamis, Chef Wan berkongsi situasi kesihatan ibunya yang terbaring lemah. Sel-sel kanser hati sudah parah merebak, ditambah masalah penyakit demensia dan Alzheimer membuatkan mereka sekeluarga perlu bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan.
Masa bersama Cik Ani kian singkat. Sebak, tapi itulah hakikat kehidupan kita sebagai manusia yang tidak kekal. Tiada yang abadi kecuali amalan dan kasih sayang yang terus mengalir.
Sekitar Oktober lalu, Nona pernah dijemput secara eksklusif bagi meraikan ulang tahun ke-90 bonda tersayang Chef Wan. Sambutan hari jadi Cik Ani merupakan sesuatu yang sudah lama dirancang khas berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
“Pada zaman ini, tak ramai yang mampu hidup sampai umur 90 tahun. Emak dah melalui pelbagai onak duri dari zaman muda, membesarkan kami 7 orang adik-beradik,” jelas Chef Wan kepada Nona.
Dan baru-baru ini, kita dikejutkan dengan perkembangan terkini kesihatan Cik Ani atau nama sebenar Noraini Abdullah yang dilihat semakin lemah.
Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh Chef Wan menerusi Instagram, ibunya dikhabarkan kini tenat di hospital dan masih di dalam pemantauan doktor. Malah Chef Wan turut mengakui gusar dan tidak boleh tidur malam andai ibunya pergi ketika sedang tidur.
Chef Wan juga enggan memasukkan ibunya ke dalam ICU kerana kerana mahu detik-detik terakhir itu berlalu dengan tenang.
Dalam suasana duka yang menyelubungi keluarga Chef Wan, Nona mendapatkan khabar terbaru dari mulutnya sendiri tentang situasi Cik Ani dan perasaan beliau sebagai anak.
“Emak seorang pejuang. Tiga malam Wan takut nak tutup mata takut jika mak pergi tanpa Wan. Its painful to see orang yang dah nazak, lebih-lebih lagi ibu tersayang. You don’t want to let her go, but you know you must let her go in peace. Its ok to go, I whisper so many times to mak’s ears.”
Mengimbau kenangan bagaimana Cik Ani membesarkan Chef Wan dan adik beradik seorang drii, beliau mengakui cukup mengagumi dan menghormati ibunya.
“Kerana emaklah Wan wujud dan berada di sini untuk melihatnya menghadap llahi. Berjurai air mata trying so hard to hold the pain, but I realized Allah will need her back. Im so greatful to have her this long. Understanding that I had so much blessing from Allah, and I can let her go in peace eventually but perhaps also the saddest time of my live ever,” jelas Chef Wan lagi.
Tambahnya, “Wan rasa kurang beban kesedihan itu pun as Allah is next to me and my 2 malaikat kiri dan kanan yang menjadi saksi segala perbuatan dan kebajikan serta pengorbanan saya sebagai seorang anak mahu pun ketua keluarga.
I feel I have done a fantastic job to look after both my parent and became a source of inspiration to millions around the world what responsibilities is all about in elderly care, love, compassion and empathy as well as the meaning of pengorbanan.
Bila melihat wajah emak yang uzur dan letih, terbayang masa saya susah-susah dahulu, segala pahit getir dan pengorbanan ibu saya ini compared to mine is nothing.”
Begitulah besarnya jasa seorang ibu, takkan pernah cukup segala harta-benda di dunia ini untuk membalas kebaikannya. Sebagai seorang anak, pastinya Chef Wan berusaha keras memberikan yang terbaik buat kali terakhir. Semoga segala bakti dan usaha Chef Wan memuliakan ibu sehingga ke akhir hayat menjadi contoh terbaik buat generasi muda.