Segala-gala di dunia ini adalah perkara baru bagi seorang kanak-kanak. Sifat ingin tahu mendorong minat mereka untuk bereksperimen dan meneroka perkara tersebut dengan jari-jemari kecilnya.
Tapi banyak perkara terpaksa dilarang kerana membahayakan keselamatan si comel. Masakan tidak, tiba-tiba mereka cucuk garfu ke dalam soket, bermain pili paip, tekan-tekan remote control televisyen serta macam-macam lagi benda yang tak sepatutnya.
Menyedari hal ini, Nona tertarik dengan pendekatan alat permainan yang dikenali sebagai Busyboard yang diusahakan oleh Farhana Liyana Abdul Razak, 29.
Busyboard merupakan sejenis papan yang direka dengan permukaan yang diletakkan pelbagai aksesori dan kelengkapan dengan fungsi-fungsi berbeza bagi memberi tumpuan kepada kemahiran motor kanak-kanak secara menyeluruh.
Alat permainan ini mudah menarik minat anak-anak sambil mengasah kemahiran otot atau seni motor halus. Ia sebenarnya sangat popular di Eropah dan telah diakui oleh pakar-pakar paediatrik untuk meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak normal, hiperaktif atau lembam.
Pendapat anda tentang skil motor kanak-kanak sekarang, adakah mereka kurang kreatif atau bagaimana?
Kanak-kanak sekarang kurang kemahiran seni motor halus kerana terlalu terdedah pada gadget. Pada awal usia, sepatutnya mereka perlu diberi pendedahan tentang segala kemahiran, tapi kebanyakan parents sekarang lebih senang jika anak-anak mereka duduk diam, tak kiralah di dalam atau di luar rumah.
Anak-anak patut dibiarkan aktif tidak kiralah secara fizikal atau mental. Aktif bermaksud mereka melompat, berlari, memanjat atau sebagainya, manakala secara mental pula otak mereka harus selalu berfikir untuk merangsang sel-sel otak berkembang.
Disebabkan parents sekarang terlalu sibuk bekerja, maka mereka lebih selesa jika anak-anak dibiarkan dengan gadget supaya dapat beristirahat dengan selesa. Kurangnya rangsangan terhadap seni motor halus kanak-kanak akan menyebabkan mereka sukar melakukan aktiviti harian seperi membutang baju, menzip seluar, menulis atau makan sendiri.
Akhirnya kanak-kanak lebih banyak spoon feed by parents dan tidak pandai berdikari pada masa depan. Ia juga akan menyebabkan otot-otot anak kaku serta mengambil masa yang lama untuk pulih semula.
Terangkan tentang Busyboard?
Busyboard direka khas untuk memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak merangsang seni motor halus. Ia adalah papan yang mengumpulkan alatan yang sering kita lihat. Terdapat 3 jenis Busyboard, iaitu board yang besar, bulat dan mini untuk travelling.
Bagaimana datangnya idea untuk menghasilkan Busyboard? Apakah cerita di sebaliknya?
Pada awal usia anak saya yang pertama, saya terkilan kerana pernah memperkenalkan gadget kepadanya. Tindakan itu menjerat diri kerana saya nampak dia menjadi agak agresif, kurang sabar, selalu tantrum dan sebagainya.
Jadi saya cuba kaji apa yang membuat dia selalu leka bermain dan biasanya alatan itu berbahaya. Jadi saya cari inisiatif untuk mengumpulkan alatan itu di atas sekeping papan. Ya, benar! Busyboard memang menarik perhatiannya, malah sampai sekarang pun dia masih lagi tertarik. Maka saya rasa perlu untuk saya kongsikan kaedah ini bersama ibu bapa lain.
Research anda sebelum hasilkan Busyboard ini?
Ada. Saya membuat research sebelum ini dan didapati banyak negara maju yang sudah membuatnya sejak awal lagi. Saya juga pernah berhubung dengan pembuat Busyboard
daripada Singapura dan Rusia untuk mendapatkan tunjuk ajar. Alhamdulillah mereka memberi respon yang amat baik. Thanks to Mrs. Daria from Mamafree Busyboard.Anda mempunyai background education atau berkaitan kanak-kanak?
Tidak. Hanya anak-anak yang mengajar saya dan saya belajar daripada mereka. Mereka adalah homeschool kids.
Farhana Liyana turut berkongsi beberapa rekaan Busyboard yang dihasilkan mengikut kecenderungan minat anak-anak. Beliau percaya, setiap kanak-kanak berbeza dengan minat yang berbeza.
Sebagai info, Busyboard rekaan wanita yang menetap di Shah Alam ini boleh didapati melalui Instagram @kugar.baby.stuff atau @busyboardmalaysia. Anda juga boleh melayari Facebook @busyboardmalaysia untuk keterangan lanjut. Norzalina Mohd Alias
This website uses cookies.