Diam tak diam, anak bongsu kepada lagenda Raja Pop dunia iaitu Bigi Jackson sudah pun meniti usia dewasa. Masih segar lagi kenangan mendiang bapanya, Micheal Jackson
memperkenalkan Bigi yang ketika itu masih bayi kepada media di balkoni rumah mereka hingga mencetuskan kontroversi suatu ketika dulu… kini Bigi merupakan seorang lelaki tampan.
Ads
Tetap mengekalkan gaya rambut panjang dari usianya masih kecil hingga sekarang, Bigi atau nama sebenarnya Prince Micheal Jackson genap berusia 18 tahun pada
21 Februari lalu.
Sebaik mendapat ‘kunci’ kebebasan pada usia tersebut, Bigi merealisasikan hasrat pertamanya untuk memulakan kehidupan baru dengan membeli sebuah hartanah. Apa yang mengagumkan adalah jika kebanyakan remaja seusianya memilih untuk membelanjakan wang ke arah keseronokan, berbeza pula bagi Bigi. Menurut laporan media Today, Bigi merupakan pemilik sebuah rumah agam bernilai USD2.62 juta atau kira-kira RM10.9 juta.
Menariknya, kediaman berkenaan tidak hanya terletak di kawasan elit dan komuniti berpagar di Calabasas, California. Malah ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya termasuk kawasan kejiranan yang mesra, landskap menghijau dan pastinya menjadi tempat terbaik untuk anak muda ini meneruskan hidup tanpa kelibat bapa tersayang di sisi.
Bigi yang juga dikenali dengan nama kanak-kanaknya sebagai ‘Blanket’, dikatakan seorang remaja yang cukup menjaga privasi diri. Menurut kakak Bigi, Paris Jackson… rumah yang dibeli ini sudah tentu memenuhi apa yang diinginkan Bigi.
Mana tidaknya, hartanah berkeluasan 6,382 kaki persegi ini bukan sekadar mendapat pengawasan rapi tetapi juga dihias indah dengan reka bentuk mewah. Pendek kata, ia
menjadi kediaman impian dan berada di kelas A-list! Mempunyai enam bilik tidur dan tujuh setengah bilik air, setiap ruang kediaman diperincikan dengan penuh elegan.
Ads
Dilatari dengan rona putih, perabot mewah dan candelier… percikan gaya elegan serba megah terus terasa saat melangkah masuk ke kediaman ini. Sebaik memasuki pintu
utama, terbentang susur tangga yang cantik menuju ke tingkat atas yang seakan menyambut kehadiran tetamu. Kesediaan lantai kayu keras rona coklat gelap juga menyerlahkan lagi sisi eksklusif kediaman ini bagi seorang pemuda berstatus anak Raja Pop dunia!
Ads
Selain ruang dapur yang lengkap berkabinet mewah, luas dan kemas, terdapat juga ruang bar yang sudah pasti menjadi tempat tumpuan Bigi bersama keluarga besarnya kelak.
Mengintai ke halaman belakang rumah pula, suasana landskap menghijau yang luas dengan kesediaan kolam renang dan spa persendirian serta kaunter barbecue menjadikan ruang halaman ini amat ideal dijadikan tempat hiburan di samping rakan-rakan.
Dengan pembelian rumah mewah di Calabasas ini, Bigi dikhabarkan bakal keluar dari kediaman neneknya Katherine Jackson yang terletak di Estates of the Oaks. Sebelum ini, Bigi dan dua beradik iaitu Micheal Joseph Jackson dan Paris Jackson berada di bawah penjagaan nenek mereka.
Sumber: Today
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasa sangat terkejut apabila mendengar kanak-kanak 11 tahun cerita tentang rasa sayang terhadap lelaki yang berusia 41 tahun yang viral baru-baru ni. Bukan saja bercinta, malah mereka sudah bernikah. Adakah benar cinta itu buta atau kita yang buta dalam bercinta?
Kes ini tular pada jumaat lalu di laman facebook selepas perkara ini dikongsi oleh isteri kedua lelaki terbabit.
Lelaki terbabit didakwa melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun lepas di Thailand dan hanya diketahui oleh isteri pertamanya selepas dimaklumkan oleh rakan yang berkongsi foto perkahwinan suaminya itu.
Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Aziziah Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun dari Gua Musang, Kelantan yang didakwa berkahwin dengan lelaki yang berusia 41 tahun di Thailand.
Dr Wan Azizah yang juga bertindak sebagai Menteri pembangunan Wanita dan Masyarakat berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diarah untuk menyiasat perkara itu.
“Pihak JKM telah pergi ke rumah keluarga gadis berkenaan dan bertemu dengan ibunya. Namun, penyiasatan terperinci harus dilakukan kerana berita ini tular di laman facebook.”
“Kita mesti mengambil kira rujukan daripada undang-undang syariah di bawah kerajaan negeri dan mengambil maklumat tepat tentang kes ini dan perlu ada bukti tentang apa yang berlaku”, tambah Dr Wan Azizah.
Dalam pada waktu yang sama, kes ini juga telah mendapat perhatian masyarakat dan rata-ratanya tidak setuju dengan tindakan lelaki ini yang berkahwin dengan budak bawah umur yang mungkin boleh dikatakan sebaya anak ataupun cucu!
Kanak-kanak yang juga warga Thailand itu dikenali sebagai Ayu dia berkahwin dengan suaminya itu pada hari raya keempat yang lalu selepas dibawa oleh ibu bapanya sendiri ke Thailand untuk bernikah.
“Sejak berkahwin hampir dua minggu lalu, kami tidak pernah tidur bersama kerana Abe (suami) berjanji kami hanya akan tinggal bersama, lima tahun lagi.”
Ayu juga ada menjelas walaupun menerima kecaman daripada pihak luar, dia tidak mahu bercerai dengan suaminya itu kerana sudah ada rasa sayang dan suami seorang yang baik.
Selain itu, Ayu juga ada menjelaskan dia dan suami sudah lama kenal kerana suaminya itu juga merupakan bapa kepada rakannya di sana.
Tak dapat bayangkan bagaimana kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun harus memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri tatkala rakan sebaya yang lain masih lagi kayuh basikal pusing taman dan fokus dalam pembelajaran.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke London, United Kingdom (UK) bermula hari ini hingga 14 Mei.
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), lawatan khas itu atas undangan Raja Charles III sempena Istiadat Pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei.
“Seri Paduka berdua juga berkenan untuk menghadiri Majlis Resepsi dihoskan oleh Raja Charles III di Istana Buckingham pada 5 Mei,” menurut kenyataan Wisma Putra.
Lawatan khas itu amat signifikan dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi di antara Malaysia dan UK, terutamanya di antara institusi diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel.
Lawatan khas itu turut menzahirkan kepentingan hubungan erat di antara kedua-dua negara bekerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong di peringkat pemerintahan tertinggi negara.
Sumber: Bernama
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail yang selamat timang cahaya mata baru-baru ini. Setelah sekian lama tertanya-tanya dan menantikan detik kelahiran anak usahawan terkenal berkenaan, hari ini persoalan tersebut akhirnya terjawab!
Menerusi kenyataan media yang dikongsikan, Neelofa sudah pun bersalin pada Sabtu lepas. Lebih manis, Neelofa dan Haris turut mengumumkan nama cahaya mata sulung mereka iaitu Muhammad Bilal bin Muhammad Haris.
“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara.”
Buat masa sekarang, tiada gambar terkini yang dikongsikan oleh pihak Neelofa dan Haris. Sama-samalah kita nantikan wajah anak mereka apabila tiba masanya kelak.
Neelofa dan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Moga kehadiran Muhammad Bilal menyerikan lagi kehidupan pasangan romantis ini dan terus menjadi sumber inspirasi ramai.
Kredit foto: Instagram Neelofa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita Uqasha Senrose, menzahirkan rasa sebak sebaik sahaja membaca hantaran Instagram yang dimuatnaik oleh usahawan dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menitipkan...