Inspirasi

Anak Pelakon Veteran Ahmad B, Jiwa Cekal Ainina Besarkan 2 Anak Perempuan & Anak Istimewa!

Ainina Ahmad B antara pelakon era 90an yang diingati sampai sekarang. Memiliki raut wajah lembut dan tidak lokek dengan senyuman, aktres ini dikenali kerana bakat lakonan yang dimiliki. Selain statusnya sebagai anak kepada pelakon veteran Allahyarham Ahmad Abdul Hamid atau lebih popular dengan nama komersial Ahmad B.

Mei lalu, Ainina genap meiti usia 55 tahun. Difahamkan dia mula menceburi bidang lakonan seawal usia belasan tahun sekitar tahun 90an. Lakonan pertamanya ialah menerusi filem Mr. Os pada tahun 1987.

 

Ainina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis Kumpulan Mega iaitu Rahmad namun berpisah pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Arieana dan Nur Araelisya.

Nur Arieana yang meniti usia 22 tahun berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Disember 2023.

Seorang lagi anak Ainina iaitu Nur Araelisya merupakan anak istimewa.

Difahamkan Araelisya menghidap Prader Willi Syndrome iaitu penyakit genetik yang jarang berlaku dan kompleks serta mempengaruhi bahagian tubuh. Ia turut menyebabkan masalah fizikal, mental dan tingkah laku.

Ujar Ainina di media sosial ketika merakam video di samping anak istimewanya, “Lama tahu saya nak buat video ni. Sekadar luahan hati bila ada yang tak faham bila ada yang kata kenapa dari kecil tak ajar cakap atau rajin berbual dengan dia kan umur dah 15 tahun pun tak bercakap lagi.

Bagi saya bila kita ada anak istimewa ni kalau dia pandai uruskan diri sendiri dan faham apa yang kita cakap, itu dah cukup bagus dah. Yang lain-lain biarlah dia buat ikut kemampuan dia. Tak perlu memaksa sangat sebab tu kadang saya jarang bawa anak bercampur sangat kecuali dengan orang yang memang kenal dia dari kecil dan bila dengan family atau sedara-mara.”

Selepas bercerai pada 2011, Ainina kembali aktif sebagai pelakon. Ia kemunculan semulanya dalam industri seni selepas penerimaan masyarakat terhadap pelakon bertudung sudak semakin terbuka waktu itu.

Selain berlakon, dia pernah terlibat dengan kerja di belakang tabir, suara latar dan alih bahasa.

Walau bergelar ibu tunggal namun Ainina sentiasa tampil positif dan ceria di samping anak-anak.

Allahyarham bapanya, Ahmad B menghembuskan nafas terakhir pada 2 Jun 2004 dan mempunyai empat orang anak iaitu Mohamad, Ainina, Omar Baki dan Abdul Rahman.

Artikel https://www.nona.my/sopan-lembut-je-orangnya-aida-khalida-cantik-semula-jadi-usia-lewat-60an/

Share
Published by
Suzi