Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Dahulu keluarganya dihina, kini dialah Miss Universe Thailand. Itulah gambaran tepat yang dapat diberikan pada nasib Anna Sueangam-iam yang dinobatkan dengan gelaran itu selepas berjaya menundukkan 20 peserta yang lain.
Selain dari kemenangan merangkul mahkota tersebut, asal usul keluarganya turut mendapat perhatian ramai dek nasibnya tidaklah sebaik peserta-peserta yang lain.
Buat yang belum tahu, Anna berasal dari keluarga miskin di mana ibu dan bapanya merupakan pengutip sampah jalanan di kota Bangkok. Zaman kecil Anna hanyalah bermain dengan mainan terbuang bagi mengisi masa lapang berbanding kanak-kanak seusianya yang disuap dengan alat solek dan pakaian indah.
Nekad untuk mengubah nasibnya, Anna berazam untuk melanjutkan pelaharan sehingga berjaya menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan dari Universiti Kasetsart.
Namun perjalanannya untuk memenangi gelaran itu juga tidak mudah. Selain bukan penutur Bahasa Inggeris yang lancar, Anna juga merupakan peserta ‘underdog’ dan bukan pilihan untuk memenangi pertandingan tersebut. Apatah lagi Anna bukan bukan seorang ‘luk khrueng’ iaitu rakyat Thailand dengan kacukan seperti finalis-finalis yang lain.
Jika sebelum ini, gelaran Miss Universe Thailand itu dirangkul oleh peserta berasal dari keluarga kacukan, kini Anna berjaya memecahkan tradisi sebagai seorang anak jati Thailand yang sebenar. Pada tahun 2018, Anna pernah memenangi gelaran Miss Mobile Thailand 2018 dan tempat kedua Miss Beautiful Thailand Pageant pada tahun 2020, namun pada ketika itu diberi gelaran ‘Miss Garbage’ kerana kerjaya bapanya.
NONA cukup terinspirasi dari kisah Anna ini. Semoga maju jaya buat Anna dan diharapkan kisah asal-usulnya menjadi pendorong untuk semua yang pendidikan itu sesuatu yang sangat penting.
Foto: Instagram (@annasnga_1o)
This website uses cookies.