Jarang terungkap, akhirnya kemunculan anak Presiden Rusia yang juga pakar sains perubatan menyerlahkan kecantikan asli Dr Maria Vorontsova, serta-merta jadi tumpuan dunia!
Identiti dan kehidupan peribadi ahli keluarga Presiden Rusia, Vladimir Putin, jarang-jarang dikongsi dengan masyarakat. Seorang yang tegas dan sangat menjaga privasi, kisah hidup sosok pemimpin Rusia dengan populasi rakyat mencecah 144 juta orang itu dianggap tabu.
Namun baru-baru ni, kemunculan anak sulung Putin, iaitu Dr Maria Vorontsova hangat diperkatakan. Hadir sebagai panelis sempena sebuah sidang forum antarabangsa, mengungkap keperibadian wanita pintar berusia 39 tahun tersebut yang hampir tidak pernah muncul di khalayak ramai.
Menurut laporan New York Post, Dr Maria hadir di Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg pada Jumaat, 7 Jun 2024. Beliau dilihat menyampaikan gagasan isu inovasi bioteknologi dan bioproduksi.
Sebagai penyelidik di Pusat Penyelidikan Perubatan Endokrinologi, Kementerian Kesihatan Rusia, Dr Maria juga gigih menjalankan projek pengembangan teknologi genetik. Ini sekaligus mengangkat visi bapanya iaitu sains adalah masa depan.
KECANTIKAN
Memiliki seorang adik perempuan bernama Katerina Tikhonova, kedua-dua adik-beradik dari zuriat Presiden Rusia itu telah diundang sebagai panelis dalam forum yang sama. Katerina terdahulu lebih dekat dan dikenali masyarakat kerana aktif menyertai pelbagai kegiatan sosial.
Kemunculan anak Presiden Rusia yang juga pakar sains perubatan itu turut menyerlahkan kecantikan asli Dr Maria Vorontsova yang diwarisi dari ibu bapanya.
Dr Maria dan Katerina merupakan anak kesayangan Putin daripada perkahwinannya dengan bekas isteri, Lyudmila. Pasangan tersebut berpisah pada tahun 2013 setelah 30 tahun hidup bersama.
Presiden Rusia itu pernah berkongsi bahawa kedua-dua anaknya bekerja dalam bidang sains dan pendidikan, tapi tidak menyebutkannya secara spesifik.
Seorang yang cantik jelita, akhirnya terungkap kerjaya Dr Maria sebagai seorang ahli paediatrik endokrinologi. Beliau menyertai pasukan tenaga perubatan yang khusus menangani masalah kesihatan berkaitan hormon.
Lapor Newsweek, wanita berambut perang itu memiliki kelulusan pendidikan kedoktoran dari Moscow State University. Beliau pernah menerbitkan sebuah jurnal ilmiah berjudul Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism pada tahun 2021. Maria menggunakan nama penuhnya iaitu Maria Vladimorovna Vorontsova dalam jurnal tersebut.
Bukan itu sahaja. Dr Maria juga mendirikan bisnes dalam bidang perkhidmatan kesihatan swasta iaitu Nomenko di Rusia. Sebagai pengasas bersama Nomenko, syarikat Dr Maria terlibat dalam projek pelaburan penjagaan kesihatan swasta terbesar di negara mereka.
Dr Maria juga merupakan anggota The Russian Association for the Promotion of Science, sekaligus diiktiraf sebagai salah seorang pakar sains perubatan yang berpengaruh.
Berdasarkan sumber Wikipedia, beliau telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Belanda, Jorrit Faassen pada tahun 2008 sebelum berpisah sekitar 2015. Kini Dr Maria dikhabarkan bergelar isteri kepada Yevgeny Nagorny dan mempunyai dua cahaya mata.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/usia-130-tahun-kenali-sarahouda-stiti-yang-dinobatkan-jemaah-haji-tertua-2024/
This website uses cookies.