Anak Sulung RITA RUDAINI Raih Anugerah Pengetua, Pointer Tinggi Di MRSM “Ini Hadiah Untuk Mommy…”

Siapa yang tidak mengenali pelakon Rita Rudaini bukan? Baru-baru ini, pelakon yang terkenal dengan filem Mami Jarum itu berkongsi momen indah apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Ulul Albab, Gemencheh.

Menerusi perkongsian video itu, kelihatan Airit dipanggil naik ke pentas untuk mengambil sijil serta piala yang disampaikan oleh pengetua sekolah.

Meluahkan rasa bangga, Rita berkata pencapaian anaknya itu merupakan hadiah hari jadi paling berharga daripada anak untuk dirinya. “Tahun lepas, Rayyan bagi hadiah masuk MRSM, hari ni dapat pointer tinggi pula!”

Ternyata kejayaan yang dikecapi anak Rita ini wajar dijadikan inspirasi apatah lagi Rita membesarkan anak seorang diri, namun dia berjaya membuktikan anak-anaknya juga mampu berjaya walau ketiadaan ayah di sisi. Rita juga sempat memberikan nasihat kepada anaknya supaya mengabaikan cemuhan dan kejian kerana Allah SWT sentiasa ada bersama mereka.

“Peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada untuk kita. Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untuk ku..sudah memadai…rezeki RAMADHAN.

Pada April tahun lalu, Rita Rudaini berkongsi momen menyentuh hati apabila terpaksa berjauhan buat pertama kali dengan anak apabila anaknya diterima masuk ke sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan.

Untuk rekap, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus