Tular di media sosial sedutan video seorang pelawak, Jocelyn Chia yang secara melampau mempersendakan tragedi MH370 sebagai modal lawaknya.
Ads
Jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’ itu nyata membuatkan ramai yang terkesan dengan kehilangan kapal terbang malang itu terkilan, termasuklah isteri kepada kru pesawat MH370, Intan Maizura Othaman.
Ibu kepada dua cahaya mata itu tampil menyelar dan meluahkan rasa terkilan dengan sikap pelawak itu berani dan sanggup mempersendakan tragedi hitam tersebut.
Intan dalam hantaran di laman Instagram miliknya berkata, apa yang disebut oleh pelawak tersebut tidak kelakar kerana anak lelakinya, Muhammad masih menangis sehingga ke hari ini lantaran kehilangan seorang ayah, malah ramai ibu-ibu masih bersedih dan hiba akibat kehilangan anak akibat insiden tersebut.
“Ia sangat tidak lawak. Tidak kisah seberapa jahatnya kamu, jangan sesekali memetik MH370 atau bergurau senda akan tragedi berkenaan. Anak saya, Muhammad, dia masih lagi menangis sehingga ke hari ini atas kehilangan seorang papa. Dan, kamu boleh lagi mempersendakan tragedi MH370,” luahnya.
“Adakah kamu tahu berapa ramai ibu yang masih menangis sehingga ke hari ini? Kamu tidak tahu kerana kamu tidak mempunyai empati dan hati. Atau mungkin kamu sendiri tidak mempunyai keluarga, kerana jika kamu ada keluarga, saya percaya mereka akan berasa kecewa dan malu atas kebodohan kamu,” tegasnya lagi.
Intan Maizura yang juga merupakan bekas krew Malaysian Airlines juga mengesa semua untuk berhenti menormalisasikan perkara jocelyn chiabodoh demi meraih perhatian.
Ads
Untuk makluman, Intan Maizura kehilangan suami, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan yang merupakan krew kabin pesawat MH370 dalam tragedi sembilan tahun lalu. Intan ketika itu sedang mengandung anak kedua, Muhammad.
Ads
Pesawat MH370 yang dijadualkan dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing, China dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 dan membawa 239 yang yang terdiri dari krew dan penumpang, sehingga kini masih belum ditemui.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum, bulan Zulhijah merupakan bulan yang penuh barakah. Jika Ramadan dikenali kelebihannya dengan sepuluh malam terakhir kerana salah satu daripada hari itu terdapat Lailatulqadar, maka Zulhijah pula mempunyai kelebihan sepuluh hari terawalnya. Begitulah Maha Pemurah Allah SWT yang mengurniakan ruang yang luas untuk hamba mendekatkan diri kepada-Nya.
Pendakwah, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kelebihan bulan Zulhijjah yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan ketakwaan dan pahala. Tambah Ustazah Asma’, beruntung bagi sesiapa yang menggunakan peluang istimewa ini untuk rebut ganjaran yang dijanjikan.Berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam bulan Zulhijah yang perlu diberikan perhatian wanita bagi melipatgandakan pahala:
1 HINGGA 10 ZULHIJJAH 1444H / 20 – 29 JUN 2023
MEMPERBANYAK AMAL SOLEH
Subhanallah, besarnya ganjaran beramal soleh dalam bulan Zulhijah ini. Sehingga dinyatakan bahawa jika keluar berjihad ke jalan ALLAH sekalipun masih tidak dapat menandingi pahala beribadah pada 10 hari terawal bulan ini.
9 ZULHIJJAH 1444h / 28 JUN 2023
PUASA SUNAT HARI ARAFAH
Amat rugi bagi sesiapa yang tidak berpuasa pada Hari Arafah bagi merebut ganjaran kerana ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa kita setahun sebelum dan selepasnya.
MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
Ambil ibrah daripada peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang tetap mengutamakan ALLAH walaupun terpaksa berkorban rasa kasih pada anak.
Menurut ahli fiqh, tasyrik adalah tiga hari setelah Hari Raya Aidiladha iaitu pada tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijah.
Ia dinamakan tasyrik kerana pada hari tersebut daging-daging korban dipanaskan di bawah terik matahari.
Daripada Nubaisyah al-Hudzali RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ
Maksudnya: “Hari Tasyrik adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat ALLAH.” (HR Muslim, hadis sahih).
Sebagai umat Islam marilah kita merebut peluang meningkatkan amalan sekali gus memanfaat peluang yang ada pada bulan ini. Semoga Allah menerima segala amal ibadat yang dijalankan dengan penuh kusyuk dan tawadduk.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal serta Raja Bollywood, Shah Rukh Khan dikhabarkan kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci di mana gambar-gambar pelakon itu yang berada di Makkah tular di media sosial sejak semalam. Menerusi foto-foto yang tersebar, Shah Rukh Khan kelihatan memakai pakaian ihram dengan memakai pelitup muka berwarna biru.
Dalam gambar-gambar tersebut, kelihatan Shah Rukh Khan sedang menunggu sesuatu dan beliau juga dilihat ditemani beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadinya.
Menerusi laman web Hindustan Times, Shah Rukh Khan menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem Dunki di Arab Saudi. Selepas menunaikan umrah, Shah Rukh Khan dilaporkan akan menyertai Festival Filem Laut Merah di Jeddah.
Perkhabaran Shah Rukh Khan menunaikan ibadah umrah disambut baik peminat dan rata-rata memberikan komen positif mereka mendoakan agar ibadah pelakon itu terlaksana dan diterima Allah S.W.T.
Dalam satu temubual bersama Times of India sebelum ini, Shah Rukh mengakui bahawa dia tidak pernah menunaikan umrah sebelum ini. “Menunaikan ibadah itu sudah semestinya ada dalam agenda saya. Saya teringin ke sana bersama anak lelaki saya Aryan dan anak perempuan Suhana.” Namun tidak diketahui sama ada keluarga Shah Rukh Khan menemaninya menunai umrah atau tidak.
“Sangat gembira melihat beliau menunaikan umrah dengan hasrat melawat tempat suci ini,” kata salah seorang peminatnya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam menangani pandemik COVID-19, nampaknya bukan netizen Malaysia saja yang memuja kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Figura yang diangkat sebagai Our National Hero itu juga kini tersenarai sebagai tiga doktor terbaik dan diyakini dunia atas ketangkasan beliau menangani krisis wabak di negara ini.
Memetik kata-katanya:
It is not about me. What is important at the moment is what we can do together as one for (the nation to break the chain of the) COVID-19 (transmission).
Dr. Noor Hisham pernah berkali-kali menyatakan bahawa bukan gelaran atau sanjungan yang dicari. Beliau sebaliknya menekankan misi utama Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu membendung penularan Coronavirus dengan secepat dan sebaik mungkin.
Pengiktirafan tiga doktor terbaik dunia ini diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Tenang Tapi Tangkas
Nona juga pernah menyiarkan pelbagai jasa serta sumbangan Dr. Noor Hisham sebagai salah seorang frontliners kerajaan. Baca artikel tentang beliau di sini.
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...