Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Berkat didikan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan isteri, Dr Hamidah Mat, anak sulung mereka iaitu Nusaybah berjaya harumkan nama negara.
Nusaybah Maszlee menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang menggondol enam anugerah siswa cemerlang di Georgetown University Qatar.
Bukan sahaja mendapat CGPA 4.0, Alumni Sunway University, SMI al-Amin, dan AJK Mahasiswa Keadilan ini juga berjaya mendapat anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat Dekan, Thesis terbaik cemerlang dan juga anugerah pelajar paling cemerlang di dalam pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa.
Nusaybah merupakan anak sulung dalam empat beradik. Anak-anak Dr Maszlee yang lain iaitu Sumayyah, Rufaydah dan Mujaddid masing-masing menurut jejak ibu bapa mereka termasuk berkongsi minat suka membaca.
Pencapaian beliau telah menjadi inspirasi kepada para pelajar lain dari seluruh dunia, samada di Kampus utama Georgetown University di Washington, mahupun di kampus
Qatar.
Tahniah dan syabas Nusaybah! Pasti kejayaan ini menjadi kebanggaan ibu bapa serta dorongan untuk lebih kuat berusaha buat adik-beradik Nusaybah yang lain.
Suka tengok potret keluarga Dr Maszlee ni antaranya sewaktu masih bergelar Menteri Pendidikan suatu masa dulu. Keluarga pintar Malaysia!
This website uses cookies.