Anda Punca Kepada Rambut Rosak. Baca Untuk Tahu Sebabnya.

551

Mahkota wanita yang satu ini memang sering menjadi tumpuan. Baik bertudung ataupun tidak, rambut perlu dirapi dengan baik untuk elakkan dari rosak dan berbau.

Antara sedar atau tak, inilah ‘penganiyaan’ yang kita sering lakukan pada rambut. Mewarna rambut sama ada menggunakan bahan semula jadi atau bahan kimia, blow dry atau perm hanyalah memberi gambaran cantik dari luar, tetapi bagaimana pula bahagian akar rambut itu sendiri?

IKLAN
IKLAN

Jom semak punca rambut rosak:

Bleaching

Proses drastik dengan memaksa rambut menerima zat kimia masuk secara terus ke bahagian kutikel dan menyingkirkan pigmen semula jadi rambut. Ia mengubah struktur rambut malah menjadikannya lebih rosak.

Kali pertama anda melakukan bleaching, ia akan mulai mengganggu akar rambut. Ini di tambah lagi dengan kesan blow dry yang dilakukan selepas bleaching.

Mewarna dan highlight

Hanya untuk menutup uban, anda sanggup menggunakan highlight dan pewarna rambut yang boleh meninggalkan kesan rosak pada akar rambut. Highlights dan zat pewarna separuh kekal tidak meninggalkan kesan seburuk bleaching.

Tetapi, perawatan ini juga akan merosakkan struktur rambut dan membuatkan rambut menjadi kering tambah-tambah lagi jika anda sering mewarnakan akar rambut atau menutup uban.

Perming

Ramai yang idamkan rambut berombak untuk nampak lebih seksi. Tetapi anda sebenarnya memaksa struktur rambut berubah mengikut acuan secara kasar. Bahan kimia yang digunakan pula tidak selamat untuk pertumbuhan rambut sihat.

Blow dry

Kepanasan daripada alat pengering rambut megubah ikatan hidrogen yang menjadikan rambut tampak sihat dan bersinar. Rambut boleh rosak secara kekal sekiranya anda sering menggunakan pengering rambut.

Apakata biarkan rambut kering dengan alami. Hanya biarkan seketika atau gunakan kipas angin saja.

Ikat rambut

Bagi yang memakai tudung, semestinya rambut sentiasa diikat rapi dan paling teruk jika ada di antara anda yang mengikat rambut ketika ia masih basah! Rambut basah berada dalam keadaan rapuh, jadi tidak hairanlah kenapa ia gugur dengan banyak saat anda membuka ikatan.

Kerap sikat

Kekerapan menyikat rambut bukan saja memudahkan rambut menjadi bercabang dan putus malah ia juga boleh menyebabkan minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala hilang fungsinya. Jika berada di rumah, cukuplah sekadar menyisir dengan jari.